MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 9 November 2014

Update Trade Minggu Pertama November 2014

Biasanya aku tulis update ni hari Sabtu, tapi aku terpaksa tangguhkan sekejap sebab ada tugasan penting yang aku kena siapkan. Dah siap baru la lega dan boleh beralih kepada menulis update blog ni pulak. Update blog ni sebenarnya bukannya kerja senang, kalau membaca hanya ambil masa 10 minit, nak menulis biasanya akan ambil masa 20 minit itu pun kalau idea dah ada dalam kepala. Kalau takde idea, nak kena cari la ilham dulu baru boleh menulis. Kalau macam aku, aku biasanya akan tulis apa je yang ada dalam kepala aku, selalunya aku akan ambil masa antara 1-3 jam untuk menulis update kalau blog post aku panjang la macam yang aku selalu tulis ni. Sebenarnya aku sangat kagum dengan penulis novel sebab boleh tulis buku novel yang tebal tu, bakat tu sebenarnya bukan semua orang ada.

Project PAMM

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Bulan November ni hanya ada 4 minggu ni jadinya image kat atas ni kecik sikit la berbanding bulan lepas. Hari Isnin lepas salah satu trade setup (BUY EURUSD) yang aku pasang sejak FOMC minggu sebelum tu akhirnya mengena stop loss setelah price bergerak ke bawah lebih 300 pips. Akaun-akaun aku yang lain pun terjejas sikit la tapi sebab sebelum ni aku dah terima pengajaran sebab tak guna stop loss, aku terima je la loss ni. Memang kalau tak kena stop loss pun, price memang akan turun jugak ke bawah pun, jadinya takde gunanya kalau aku masih hold pun, better aku bukak trade setup baru jer pun. Memang dah betul la cara aku tu, recovery period aku akhirnya membuahkan hasil apabila selepas berapa hari aku dah berjaya cover loss hari Isnin tu dengan sedikit peratusan positif. Kira okay la tu kan? Mari kita tengok graf dan peratusan pulak:

MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Oh yer, Jumaat lepas ada NFP. Selalunya bila NFP ni aku akan bersiap sedia sakan sebab nak 'scalping' la kononnnya, tapi kali ni aku macam tak berapa nak yakin sangat price akan menggila dan memang takde 'action' sangat pun. Menariknya, aku ada join webinar 3 jam FXstreet sempena NFP ni yang dikendalikan oleh Wayne McDonnell dari FX Boot Camp. Pada tahun 2008 waktu hari raya, aku pernah join webinar live waktu tu NFP jugak, 6 tahun selepas tu rupanya Wayne McDonnell ni ada lagi dan buat benda yang sama pulak tu. Memang teruja betul aku. Cara nak scalping NFP tu pun dia ada tunjuk live tapi memang malam tu tak berapa menjadi sangat pun. Kalau otai Forex yang dah berpengalaman bertahun-tahun pun boleh silap, aku yang setahun jagung ni lagi la jadinya apa yang penting sebenarnya nak manage risk jer. Apa yang best dalam webinar ni, dia bukan sahaja bercerita pasal teknik forex, dia jugak cerita pasal pengalaman dia dan tips-tips macam mana nak jadi seorang trader forex yang professional.

Antara tips trader professional yang aku ingat, kalau peratusan hasil trade tu tinggi, trader tersebut sama ada menggunakan leverage yang terlalu tinggi ataupun dia seorang yang dipanggil 'degenerate gambler'. Boleh google dan baca la pasal benda ni. Senang cerita, kalau anda trade forex dan anda terlalu taksub dengan trading tersebut duk asyik nak buat screenshot tayang keuntungan sana-sini, anda mungkin belum boleh dikategorikan sebagai professional trader lagi. Itu interpretasi aku la, mungkin ada yang tak bersetuju tu terpulanglah. Aku pun sebenarnya belum mencapai lagi taraf professional pun tapi aku sedang cuba mempersiapkan diri ke arah tu.

PAMM Investment Demo Accounts

Apa dah jadi dengan demo akaun kita yang aku dah reset balik minggu lepas?

PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
 (Start Date: 1/11/2014 - Current date:9/11/2014)
Kalau orang yang pentingkan keuntungan, mesti dia akan cakap "Alahai, USD100 aku seminggu baru dapat 67sen je? Sikit sangat la..bila nak kaya macam ni?". Cuba tengok pada amaun USD1 juta, dalam masa seminggu jer boleh dapat USD6 ribu lebih. Dah lebih daripada gaji bulanan aku ni tau. even USD600 lebih seminggu pun dah hampir nak capai dengan gaji bulanan aku. Aku trade amik risiko kecil jadinya dapat sikit la, tak sampai 1% pun. Tapi cara aku trade memang tak stress la. Cuba tengok partner aku trade, saiz lot dia guna bagi aku agak berisiko la tapi dia pandai kontrol so takpe lah. Dalam masa 5 hari trade, akaun dah dapat untung 12%. Kalau aku ada modal USD10k memang aku dah dapat profit yang menyamai gaji bulanan aku dah..haha.. Tapi dalam trading ni, memang takkan ada 2 trader yang sama dan serupa kecuali kalau buat copy trade la. Tapi walaupun copytrade pun, akan ada macam slippage jugak jadi keputusannya akhirnya tak sama jugak.

MQL5 MenjadiTrader NDD

Memandangkan penggunaan leverage yang lebih tinggi dan saiz lot yang terhad, akaun ni masih tidak berjaya untuk cover loss yang hari Isnin.

MenjadiTrader NDD MQL5
Masih ada lagi 3% untuk recover loss, jumlah subscriber pun dah menurun tapi subscriber kurang pun takde menjejaskan apa-apa pun.

Baru-baru ni aku dihubungi oleh seorang bakal trader yang berminat dengan hasil usaha aku ni. Malangnya aku dapati yang aku tak dapat nak memberikan bimbingan yang betul kat dia. Agaknya macam ni la kut apa yang sifu aku alami waktu dia mengajar aku dulu. Bila kita dah capai ke satu tahap yang selanjutnya kadang-kadang kita akan akan lupa macam mana perasaan waktu kita mula-mula ceburi bidang ni. Sebab tu kadang-kadang bila aku baca balik blog post aku yang lama-lama dulu, kesian pun ada, nak tergelak pun ada. Dia ada mintak aku tulis pasal macam mana nak buat yang copytrade tu sebab modal dia tak besar.

Bagusnya dia faham risiko trading forex ni dan dia tahu serba sedikit perbezaan bila guna modal besar dan kecik. Aku sebenarnya ada jugak merancang untuk membuat produk e-book tu tapi aku rasa aku tak boleh nak bagi free la sebab aku pun perlukan dana untuk membuat eksperimen dan aktiviti lain. Setakat ni memang semua modal ditanggung menggunakan duit simpanan aku dan lebihan duit gaji. Mungkin aku akan letakkan syarat jadi investor minimum USD25 di project PAMM MenjadiTrader baru boleh dapat produk e-book aku tu ke? Baru peringkat idea la ni.

Akaun MenjadiTrader NDD Copy Trades tu aku dah disable kan dah. Memang ada untung akaun tu tapi aku rasa macam eksperimen tu tak memberikan impak sangat jadinya aku akan simpan dulu modal USD60 tersebut. Aku sebenarnya nak bukak akaun PAMM lain lagi nak buat test berkenaan dengan jenis-jenis risiko menggunakan teknik trade setup yang sama, contoh macam (MenjadiTrader Low Risk PAMM, Medium Risk PAMM, High Risk PAMM). Malangnya aku kekurangan modal untuk melaksanakan segala aktiviti ni. Kalau ada di kalangan pembaca blog aku ni sudi untuk menjadi pemodal kepada projek aku ni (satu PAMM project USD200 jer cagaran modal), aku alu-alukan la ye? Hehe..buat advertisement pulak kat sini..huhu..

Hari Jumaat lepas ada satu promosi yang telah dibuat oleh seorang trader Malaya yang dikenali ramai iaitu Atuk Pemalu Ftt FX yang mana beliau kini telah menjadi IB kepada sebuah broker kendalian rakyat Malaysia berpengkalan di Bangi. Nama broker tu GAFX. Dalam PFT di FB, ada sorang peserta kat situ dengan nama Andy Pipskiller yang deposit USD2.1 juta kat akaun live trading. Dia la big bos broker tu yang aku dengat. Katanya 1,000 akaun yang didaftarkan akan diberikan USD50 percuma. Aku tanpa berlengah terus aje la register. Tapi ada syarat yang aku dengar kalau nak withdraw duit tu, kena trade sampai dapat USD100 dulu baru boleh withdraw katanya. Aku sebenarnya tak kisah sangat pun sebab aku nak buat akaun tu sebagai follower akaun MenjadiTrader NDD MQL5 lagipun broker ni takde pulak software MT4 MultiTerminal (software trading kegemaran aku). Apa yang menariknya, akaun demo dia guna server yang sama dengan live trading:

Akaun Demo MenjadiTrader di broker GAFX
Leverage akaun demo ni 1:100 dan maksimum leverage akaun di GAFX ni cuma 1:200 jer sebab broker STP kan. Leverage ni pun sebenarnya bagi aku cuma tools jer jadinya bukan satu masalah bagi aku. Oh yer, dalam masa sehari akaun demo dengan modal USD1000 ni follow akaun MenjadiTrader NDD dah dapat profit USD14.57. Alangkah indahnya kalau aku ada modal trade yang besar..huhuhu..

Aku ada buat update di page Broker Pilihan yang mana aku dah tambah pilihan broker aku iaitu LiteForex dan XM. Aku pun perlu cari income tambahan jugak jadinya aku rasa tak salah kalau aku jadi affiliate untuk 2 broker dalam masa yang sama. Aku pun memang pelanggan dua-dua broker ni, broker ni pulak masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri yang mana aku ada terangkan di page tersebut. Aku akan buat sedikit rombakan pada senarai page aku ni sikit sebab ada perkara-perkara tambahan aku nak tambah. Harapan aku agar pembaca blog aku ni mendapat manfaat la daripada apa yang aku dah tulis dalam blog ni.

Okaylah, sehingga ke update minggu depan pula.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)