Ballroom event |
Pihak pengurusan XM Malaysia sedang memberikan ucapan |
Kata-kata aluan pihak XM sebab lambat mula acara. Masalah teknikal projektor. |
Marios Pashardes sedang beraksi |
Aku sempat jugak berkenalan dengan trader-trader yang duduk di sekeliling tempat aku duduk dan juga waktu makan tengahari. Waktu makan tengahari aku sembang dengan sorang trader dari Melaka, dia datang sorang-sorang jer tapi dah trade lama juga cuma dengan broker lain (Tradefort). Ada sorang lagi aku sembang merupakan seorang senior lecturer (PHD) sains komputer daripada sebuah IPTA di Batu Pahat, Johor. Kemudian aku dengar cerita seorang uncle ni, dia cerita kata dia dah berhabisan ribuan ringgit pergi belajar Forex dan sekarang ni dia tengah mencari trader, dia siap offer untuk bagi RM40k untuk trade kepada trader yang berminat yang kebanyakannya ditolak oleh trader-trader yang uncle tu jumpa, mungkin sebab takut. Kalau aku pun takut jugak, kalau untung memang la suka, tapi kalau rugi berani ke nak tanggung? Ada tengok keputusan terkini PFT kat dalam FB (boleh search Professional Live Trading page di FB) dan lihat berapa trader yang tinggal daripada 40 trader yang sertai program tu? (3/4 daripada 40 traders tu dah kecundang dah pun).
Ada kawan aku sorang 2 minggu lepas memang dia untung lebih 150% daripada modal yang dia ada. Memang dia seronok gila la time tu. Minggu lepas, waktu aku pun trading hanyut sekejap, dia lost modal yang dia ada dan tengah nak guna balik keuntungan yang dia dah dapat minggu sebelum tu. Inilah realiti dunia seorang trader, kena sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang dugaan mendatang.
Aku dah meleret ke mana dah ni. Macam-macam benda dan info baru aku dapat bila menghadiri event macam ni. Selain daripada networking (aku memang jenis yang tak contact pun orang-orang yang aku jumpa pergi la mana-mana seminar pun, harap simpan je bisnes kad tu), aku dapat tahu pelbagai info yang aku tak pernah tahu pun sebelum ni, itu yang aku selalu tumpukan pun, untuk dapatkan idea baru.
Walaupun aku tak menang pun hadiah cabutan bertuah, aku masih lagi dapat offer 100% bonus untuk deposit akaun trading aku sehingga akhir bulan ni, itu yang menarik pun sebab bila broker bonus tu kita boleh kurangkan risiko deposit kita jadi separuh. Contoh kita depo USD100, kita dapat equiti USD200 so kalau margin level kita kalau tanpa bonus tinggal 100%, bila campur dengan bonus margin level jadi 200%, masih lagi ada peluang untuk recover ataupun plan macam mana nak maintain atau cut loss demi menyelamatkan akaun. Cara nak plan tu satu cara jer aku nampak, perlukan praktis dan juga pengalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan