MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 10 Januari 2015

Januari 2015: Laporan Trading (Week 1 & 2)

Bertemu kita sekali lagi di bulan Januari 2015. Kita dah pun selesai sesi dagangan minggu pertama dan kedua Januari 2015. Minggu pertama sehari je jadinya kita boleh abaikan la tapi rekod tetap direkodkan la jugak. Sebelum ni aku ada tulis di blog entri aku yang aku akan ubah sikit format cara aku tunjukkan laporan. Bila fikir balik, aku ingat aku kekalkan aje cara aku paparkan hasil trading tapi aku tambah sikit la kandungan dan gambar bagi nampak menarik lagi.

Jan 2015: MenjadiTrader PAMM 144842
Jan 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Minggu pertama dan kedua bulan Januari 2015 ni market bergerak agak aktif jugak. Aku cuma trade EURUSD dan GBPUSD jadinya market memang betul-betul 'bearish'. Aku memang takde buat entri 'BUY' pun. Jadinya aku berjaya la closekan position aku setiap hari. Cumanya aku nampak macam cara aku buat ni tidak berapa menguntungkan sebab aku takut nak hold position lama-lama jadinya aku banyak terlepas peluang untuk buat profit yang lebih lagi berdasarkan aku punya trading entry plan. Kalau tengok pada graf MQL5 di atas, aku tak mengalami sebarang loss lagi dan hasil trading aku meningkat sebanyak 1.62%. Lagi 2 bulan jer lagi akaun MenjadiTrader PAMM 144842 ni akan berumur setahun. Cepat betul masa berlalu kan? Oh yer, Nanti aku cerita pasal pengalaman trading NFP malam tadi kat bawah sikit.

Kat bawah ni email mingguan yang aku dapat daripada FX Junction bagi laporan mingguan kesemua akaun aku yang di link kan dengan FX Junction:

Jan 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader
Aku sewa VPS paling murah di SWVPS.com yang berharga USD7. Kos USD7 ni aku keluarkan duit poket aku sendiri jadinya aku tengah usahakan mekanisma untuk kos ini dibayar oleh hasil yang lain. Setakat ni FX Junction aku dah ada beberapa signal subscriber dan bilangan follower aku semakin hari bertambah bilangannya. Harap-harap aku akan berjaya la kumpulkan USD7 tu untuk aku tampung kos VPS ni.

Dalam forex, orang suka tengok jumlah pips yang kita boleh perolehi. Jadinya imej di atas adalah jumlah pips yang aku berjaya perolehi sepanjang minggu ni.  Akaun MenjadiTrader PAMM 144842 berjaya memperolehi 907 pips ataupun 2% pertumbuhan minggu ni. Akaun MenjadiTrader Lite 931947 terkena stop loss semalam, jadinya hanya berjaya perolehi 724 pips ataupun 1% je pertumbuhan. Akaun G tu pula berjaya dapat sama pips serupa macam Akaun I (entri exit semua sama kecuali lot saiz je berbeza) tapi pertumbuhan akaun adalah sebanyak 5% disebabkan oleh equiti yang kecil.

Akaun G aku tu dulu merupakan akaun MenjadiTrader NDD yang satu ketika dahulu pernah popular di Signal MQL 5. Sejak LiteForex besarkan kontrak saiz akaun NDD untuk samakan dengan akaun STP, aku berhenti trade guna akaun NDD ni. Baru-baru ni aku berjaya dapatkan sedikit modal baru, jadinya aku gunakan modal ni untuk trading di akaun ini balik. LiteForex pulak tengah buat promosi 100% bonus kat akaun NDD ni, jadinya aku ambil peluang ni sekali untuk dapatkan equiti yang lebih banyak bagi mengurangkan risiko trading plan aku. Aku ingatkan bila aku mula balik trade ni, signal di MQL5 aku ni akan aktif semula, malangnya signal MQL5 bila dah status 'archive' dah tak boleh nak aktifkan semula kecuali contact balik

Aku sebenarnya suka menganggap trading forex ni macam bisnes trading biasa tapi perlu ditukar 'mindset' dengan kelebihan-kelebihan berikut:
  1. Tak perlukan produk, matawang tu sendiri adalah produknya. Kita cuma perlu tahu bila nak beli dan bila nak jual. Contohnya, EURUSD sekarang ni harganya 1.1840 jadinya matawang Euro dah murah dan banyak trader sekarang ni duk beli Euro dan tunggu harganya naik. Cumanya matawang ni tak semudah macam saham sebab dia pairing so perlukan sedikit pengalaman untuk memahamkannya.
  2. Tak perlukan simpan stok, produk matawang ni semuanya dalam bentuk digital. Risikonya cuma kalau broker songlap atau IB yang songlap. Tu jer..
  3. Katakan la anda ada modal USD1,000 ataupun RM3,300 (rate LiteForex). Kalau anda kerugian USD500 pun lepas tu terdesak nak guna, anda masih boleh withdraw USD500 (rate LiteForex RM1,550) jadinya masih boleh gunapakai modal tersebut. Bandingkan kalau kita buka bisnes jual mesin penapis air, kita ada stok 10 kotak yang terjual 5 kotak jer, tengah terdesak nak guna duit ni contohnya road tax insuran kereta dah mati nak kena renew, boleh ke nak jual baki 5 kotak tu senang?
Itu antara sikit contoh yang aku boleh fikirkan la. Aku tak suka anggap bisnes Forex ni high risk sebab high risk tu kita sendiri yang buat definisi tersebut. Kita ada segala macam kemudahan komputer, kalkulator, Microsoft Excel nak kira semua risk tersebut, kenapa perlu kita trading main agak-agak ataupun nak hentak full margin? Itu semua mentaliti trader yang tak betul.

PAMM Investment Demo

Bagaimana perkembangan PAMM Investment Demo kita? Mari kita lihat:

PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
 (Start Date: 1/11/2014 - Current date:10/1/2015)
Minggu lepas profit kita USD7.77, minggu ni profit dah naik kepada USD9.29. Walaupun tak banyak tapi kalau aku seorang investor, aku dah cukup puas hati sebab modal aku semakin minggu semakin bertambah dan tak hilang. Melaka LFX tinggal lagi sikit lagi nak recover loss yang dialami. Oh yer, aku dah ada sorang investor yang attach USD50 minggu lepas yang aku pun tak tahu sapa sebab dia tak nak share informasi pasal diri dia. Sekarang ni investment dia dah jadi USD50.54, esok hari Ahad akan berlakunya rollover bermaksud profit sharing 50:50 automatik pelabur tersebut USD0.27 tanpa pelabur tersebut perlu buat apa-apa. Kalau pelabur tersebut nak keluarkan modal sekali dengan modalnya sekali pun takde masalah sebab memang PAMM LiteForex takde tetapkan sebarang syarat pun nak keluarkan profit tu bila.

NFP 9 Januari 2015

Semalam telah berlakunya acara bulanan yang seringkali ditunggu-tunggu oleh semua trader yang suka trade waktu news announcement. Sebelum pukul 9.30pm lagi aku dah bersedia di depan laptop untuk menghadapi NFP ni disamping aku join Webinar bulanan international coach trader Wayne McDonnell. Aku rasa aku pernah cerita yang Wayne McDonnell ni adalah pengasas FX Bootcamp dan aku pernah join webinar ni pada tahun 2006 dulu. Boleh pulak internet aku putus-putus time NFP ni, bengang betul aku. Mujur aku dah pasang perangkap set risk awal-awal kalau tak lagi kelam kabut aku.

Webinar NFP dengan Wayne McDonnell FXStreet 9 Jan 2015
Sebenarnya aku telah tersilap calculation pada hari Khamis yang mana aku dah buat satu entri setup EURUSD dengan stop loss pada price 1.1835. Aku dengan nekadnya telah biarkan trading setup tu kalau kena stop loss waktu NFP aku redho jer. Keajaiban berlaku di mana price tak naik pun malah turun lagi ada, aku pun tanpa berlengah aku adjust stop loss aku ke 1.1780 waktu price turun di bawah 1.1770. Setengah jam lepas tu atau bila news US yang seterusnya keluar, price naik semula dan stop-loss aku pun trigger (tapi dengan profit la) dan setup trading plan SELL aku yang seterusnya pun masuk. Dapatlah sikit profit walaupun tak banyak. Aku baca analisa kata mungkin price EURUSD akan naik tinggi lagi tapi ikut pengalaman aku yang setahun jagung ni, price boleh gerak ikut suka dia jer, bukannya kita boleh ramalkan dengan tepat pun. Pakar forex pun kadang tu ramal pun salah ataupun ramalan pakar tu hanya akan berlaku esok atau 2-3 hari lagi. Tak percaya? Cuba la sendiri tengok.

Berbalik kepada cerita webinar NFP tadi, aku suka cara Wayne tu bercerita (yerlah dah otai). Malam tadi dia ada share benda-benda yang aku tak pernah tahu pun. Dia share satu website ni tradethenews.com yang mana ada komentari macam komentari bola tu tapi dia baca semua price-price komoditi, matawang semua waktu market New York open, memang sangat havoc tapi sangat menarik. Teruja siut.. Sebelum webinar habis jam 11.30pm, dia share macam mana dia trade tapi dia insurankan trade dia dengan Binary Option. Aku pernah belajar pasal binary option ni tapi tak berapa faham sangat lagi la, tapi konsep dia insurankan forex trade tu dengan binary option memang tersangat-sangat menarik. Yerlah, aku ni seorang yang tak sukakan high risk sangat jadinya aku kalau boleh nak rendahkan seminima yang boleh risk aku tapi dalam masa yang sama reward tu perlu lebih la sebab nak untung. Binary Option ni salah satu cara la, malangnya broker aku gunapakai sekarang ni takde pulak binary option. Menariknya broker InstaForex ada yang dipanggil option trading yang konsepnya sama dan kosnya pun sangat minima (berbanding apa yang Wayne tu guna) jadinya ini merupakan satu peluang yang sangat menarik untuk aku cuba bila aku ada modal tambahan nanti. Oh yer, aku saja nak sharekan kat blog ni sebab kadang-kadang aku lupa jadinya bila aku baca blog aku ni di masa akan datang mungkin aku boleh ingat balik semua ni. Bukan ke itu tujuan blog ditulis, kan?

MQL5 MenjadiTrader

Akaun Public MQL5 MenjadiTrader
Minggu lepas MenjadiTrader Lite growthnya adalah 121%, minggu ni dah naik 10% kepada 131% walaupun waktu NFP semalam terkena stop loss. Akaun MenjadiTrader PAMM 144842 growth meningkat sebanyak 2% daripada 28% kepada 30%. Akaun Melaka LFX minggu lepas 48%, minggu ni meningkat 2% kepada 50%. Jadinya kesemua akaun aku dan partner aku menunjukkan peningkatan. Okaylah tu kan, sekurang-kurangnya ada kemajuan walaupun cuma 1% atau 2%.

Sebenarnya tanpa sifu, aku takkan sampai ke tahap yang sekarang ni. Jadinya aku sangat-sangat berterima kasih kepada sifu aku. Setahun yang lalu, aku korbankan waktu tidur aku bersama sifu bertrading sampai ke pukul 4 pagi di ofis LiteForex Damansara. 3 bulan aku kejar sifu aku untuk dapatkan satu teknik trading guna Excel file jer yang aku gunapakai sampai sekarang ni. Sifu aku baru-baru ni berjaya aku hubungi, sifu aku ni seorang silent trader tapi aku memang sangat mengagumi cara pemikirannya dan segala pengalamannya memang luar biasa. Ada 2 tips ringkas yang sifu aku share, yang pertama tu aku tak berapa faham sangat tapi yang paling penting yang selalu trader-trader abaikan adalah tips no. 2 iaitu 'Always Protect your Investment'. Sememangnya aku sangat particular pasal risk bila nak mula trade.

Okaylah, macam terlebih panjang pulak aku duk menulis kali ni. Harap pembaca aku semua mendapat kalau tak banyak sedikit manfaat la daripada pengalaman aku ni. Sebarang komen daripada anda semua aku sangat hargai.

1 ulasan:

Saifulffmb berkata...

Salam tuan.

Penulisan blog terbaik. Perkataan tersusun rapi dan mudah saya faham sikit walau orang baru dalam forex.

Tuan tak buka kelas trading untuk orang baru macam saya ke ?

Terima kasih.

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)