MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 24 Januari 2015

Januari 2015: Laporan Trading (Week 4)

Kalau minggu lepas kecoh pasal matawang Swiss, minggu ke-4 ni semua traders dan investor di seluruh dunia resah dan gelisah pasal matawang Euro pulak. Termasuklah aku sekali sebenarnya sebab aku trade di major currency pair paling terkenal iaitu EURUSD. Aku sebenarnya paling risau kalau sistem pergi skip stop loss yang aku dah set sebab aku memang faham bila server dan sistem overload (aku kan kerja dalam bidang IT), apa saja kemungkinan boleh berlaku. Itu baru bab sistem, bab broker pulak biasanya diorang akan naikkan margin requirement, apa maksud margin requirement tu? Aku cerita kemudian la siap aku kasi senario yang berlaku pada hari Khamis lepas.

Jadinya bagaimana hasil trading aku minggu ke-4 bulan Januari 2015 ni?

Jan 2015: MenjadiTrader PAMM 144842
Jan 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Pada mulanya aku ingat nak swing position SELL aku mulai daripada hari Isnin sampai Khamis, sekali tu hari Selasa position aku mengena stop loss yang dah positif adjustment (tengah training lagi teknik stop loss adjustment, selalunya trader yang long term swinger suka guna kaedah ni). Jadinya terpaksa buat trading setup semula dan hold. Aku mula ingat broker LiteForex kira okaylah sebab hari tu waktu kes matawang Swiss takde apa-apa impak sangat yang aku tahu (market maker broker rata-rata takde masalah pun). Sekali tu 3 jam sebelum acara ECB hari Khamis tu, dapat mesej ni di salah satu akaun aku:
3 jam sebelum acara pengumuman ECB
Okay lagi la sebab diorang mesej awal-awal, masalahnya aku dah hold position sejak daripada hari Rabu lagi. Aku tengok margin level aku, okaylah boleh tahan lagi ni, masih dalam ribu-ribu percent lagi. Kemudian..
40 minit sebelum acara pengumuman ECB
Okaylah, dah kurang sikit percent aku. Masih boleh bertahan la takde masalah.

20 minit sebelum acara pengumuman ECB
Aiseyman..aku bajet 2 fold jer. Sekali dah jadi 4 fold. Apa sebenarnya maksud twofold dan fourfold margin ni. Aku bagi senario la senang sikit nak faham, kalau aku bagi calculation ni aku tahu ramai tak suka nak kira, okay contohnya korang dah open position EURUSD percent level korang tinggal 800%, broker announce jer twofold margin level korang akan turun jadi 400%, boleh bertahan lagi lah. Broker annnounce fourfold jer, margin level akan turun lagi jadi 200%, kira dah paras-paras leher la. Cuba bayangkan kalau dah full margin (200% margin level tu kira dah floating negatif full margin dah sebenarnya..), kalau margin level cecah je bawah 100%, margin call akan muncul iaitu warna merah status bar kat software MT4. Kalau korang subscribe email notification, email daripada broker akan muncul untuk korang top-up akaun. Anytime jer bawah 100% tu stop out akan berlaku dengan position yang paling besar saiz akan di close kan secara automatik oleh broker, jadinya drawdown waktu tu dah memang gedabak dah walaupun sebelum acara news tu bermula. Kalau ada pending order trigger pun, status yang akan ada adalah [deleted. no money]. Rugi kan?

Bagi mereka yang dah biasa MC berkali-kali tu, aku gerenti mesti korang pernah alami perkara ni punyalah. Kalau belum pernah MC, cuba la di akaun yang beramaun kecil (akaun demo kalau MC takde thrill dan takde pengajaran sangat). Aku walaupun dah lama tak MC, aku masih lagi fobia dengan dua perkara ni, Margin Call dan juga Stop Out. Aku akan cuba sedaya upaya untuk elakkan daripada 2 perkara besar ni berlaku. Sememangnya kalau korang jenis yang menganggap margin call atau stop out tu adalah stop loss anda, terpulang pada citarasa masing-masing la, cuma bagi aku cara tu akan memberikan laporan prestasi akaun yang buruk. Even kalau kita main game pun, kita mesti at least nak cecah rekod 'High Score', kenapa mesti berikan laporan prestasi yang buruk untuk trading akaun kita? Tak terjejas ke psikologi dan mental bila asyik tengok prestasi negatif ni?

Okaylah, cukup dengan senario dan juga celoteh aku di atas. Akaun aku survive je lepas ECB tu sebab margin level aku tak pernah cecah di bawah 1000% pun. Aku seorang yang mempunyai tahap toleransi risiko yang rendah, aku tak berani nak letak risiko tinggi jadinya return aku pun tak tinggi la. Apa pun, aku happy dengan corak trading aku walaupun rugi dan rasa down minggu lepas, aku cepat lupakan perasaan down aku tu untuk bangkit berusaha recover kembali.

Di bawah ni prestasi bagi semua akaun-akaun aku yang di publishkan di FXJunction. Semakin ramai trader-trader di seluruh dunia yang dah mula copytrade akaun aku. Aku rasa kalau berterusan lagi, tak lama lagi, amaun di akaun FXJunction aku boleh aku guna untuk bayar VPS yang aku subscribe USD7 sebulan tu. Cover modal aku VPS aku tu..huhu..

Jan 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction
Seribu lebih pips aku berjaya kumpulkan dalam tempoh seminggu ni. Sebenarnya berapa ribu pips ni bagi aku takde memberikan sebarang makna sangat pun kalau 1 pip tu 1 sen. 1000 sen baru USD10. Position lot saiz aku ada pelbagai. Ini setakat nak tengok high score la kalau kita tengok pada perspektif gaming. 

Aku tunjuk sikit perbezaan akaun growth yang aku eksperimen sendiri. Sebelum ni kan aku dah tamatkan akaun MenjadiTrader NDD disebabkan oleh peningkatan kontrak saiz daripada 10,000 kepada 100,000. Awal bulan hari tu aku berjaya dapatkan sedikit dana bernilai USD1,000, jadinya aku dapatkan juga 100% bonus LiteForex untuk kurangkan risiko dan jadikan equiti trading aku USD2,000. Aku kemudian mirrorkan semua position aku sama dan sebiji dengan akaun utama aku iaitu MenjadiTrader PAMM 144842. 2 minggu trading dan inilah hasilnya:

MenjadiTrader NDD 128592 (Jan 2015)
Kalau akaun MenjadiTrader PAMM 144842 performance rate 2.21%, akaun MenjadiTrader NDD mencapai performance rate hampir 2 kali ganda iaitu 7.46%. Semua entri dan exit position sama, bezanya cuma pada lot saiz dan saiz akaun sahaja. Of course la semua ni memerlukan pengiraan yang bagi kebanyakan orang agak kompleks tapi sebenarnya bila guna Microsoft Excel simple jer sebenarnya. Apa yang perlu aku buat sekarang ni cuma nak tambah kosong je kat belakang yang mana aku masih lagi usahakan. Minta maaflah, aku tak berapa yakin dengan cara teori gandaan USD10 jadi USD100 jadi USD1,000 jadi USD10,000 jadi USD100,000 jadi 1,000,000,000 dalam masa yang singkat. Terlalu banyak faktor yang perlu diambil kira terutamanya dan perkara paling pokok iaitu RISIKO.

Mesti korang fikir 'Hek eleh, apasal mamat ni kecoh betul duk asyik cerita pasal risiko? Kasi hentam jer la, baru la POWER!! Mesti ramai giler follower, peminat dan pelabur'. Tapi kena berfikir sejenak, apa sebenarnya yang perlu kecoh-kecoh nak dikejarkan? Takkanlah tak baca pasal kes matawang Swiss hari tu? Apa pun, sebenarnya trading performance aku boleh berlipat kali ganda lagi minggu ni sekiranya aku keluar daripada trading plan asal aku. Malangnya aku jenis yang tak berani ambil risiko yang tinggi jadinya ini merupakan kelemahan trading setup yang aku pakai ataupun ini mungkin juga merupakan kelemahan diri aku sendiri. Apa pun, pepatah Inggeris mengatakan 'Better Late than Never'.

PAMM Investment Demo

Mari kita lihat perkembangan PAMM Investment Demo kita:

PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
 (Start Date: 1/11/2014 - Current date:17/1/2015)
Akhirnya rakan kita Melaka LFX kembali pulih ke zone positif. Akaun USD100 kita dah naik 10%. Akaun-akaun lain yang bezanya cuma pada angka kosong di belakang tu, korang tengok sendiri dan fikir-fikirkanlah mengenai risiko wang pelaburan andai kata kita mempunyai amaun sebanyak itu suatu hari nanti.

MQL5 MenjadiTrader

Akaun Public MQL5 MenjadiTrader
MenjadiTader Lite melonjak sebanyak 29% daripada minggu lepas. Akaun Melaka LFX meningkat 10% manakala akaun MenjadiTrader PAMM cuma 3%. Nampak tak perbezaan antara akaun beramaun kecil dan beramaun besar? Aku rasa macam dah banyak kali aku sentiasa tekankan pasal modal ni jadinya kalau ada trader yang teruja dengan high percentage growth tu, korang kena sentiasa beringat bila skala dah semakin membesar.

Aku ni seorang yang kurang sikit nak update FB status tapi aku rajin duk follow status FB orang lain terutamanya status FB berkenaan forex di Malaysia. Baru-baru ni munculnya sorang personaliti trader yang baru dan semakin meningkat bintangnya, followernya memang ramai betul. Walaupun aku ni setahun jagung pengalaman trading ni, jiwa newbie aku ni masih ada lagi jugak jadinya agak menarik jugak bila aku duk follow mamat di FB ni yang duk tunjuk screenshot dan berkongsi tips trading lot gajah. Teknik yang digunapakai apa yang aku nampak adalah teknik scalping iaitu trading menggunakan timeframe 1 minit, 5 minit, 15 minit dan 30 minit berpandukan indikator. Dulu aku pernah jadi scalper ni tapi aku dapati tak kena dengan jiwa aku yang takut pada risiko yang besar. Setiap kali aku buat entri, bila floating negatif jer, dalam aircond pun berpeluh, jiwa resah gelisah gundah gelana kecut perut. Aku beralih kepada intra-day dan sekarang ni berjinak-jinak dengan swing pulak. Apa pun, agak menarik juga bila aku baca ada investor besar yang berkehendakkan mamat ni untuk trading menggunakan dana yang besar. Aku akan terus follow mamat ni dan mengikuti rapat perkembangannya.

Minggu lepas ada sorang pembaca aku rajin duk tanya aku pasal nak belajar forex. Macam aku pernah cerita sebelum ni, aku ni jenis yang tak berminat nak mengajar (mungkin sebab bakat nak jadi pengajar tu kurang mungkin) jadinya aku gunakan konsep tutorial iaitu aku tanya soalan-soalan basic dan spesifik dan minta mamat ni jawab. Hanya separuh daripada soalan aku bagi tu dia jawab betul jadinya perlu usaha lagi la aku nasihatkan dia. Malangnya minggu ni dia dah takde pulak email aku nak mintak sambung tutorial ke apa ke. Aku sebenarnya takde masalah pun kalau dia tak hubungi aku semula pun, aku boleh fokus pada trading aku dengan masa yang aku ada. Ada satu istilah ni dipanggil 'spoon feed', iaitu guru akan suapkan ke mulut anak murid semua benda. Ala..mesti korang tahu punya apa kesannya 'spoon feed' ni bila pergi sekolah. Pendapat aku senang je, perlu atau berbaloi ke aku yang terhegeh-hegeh nak cari orang yang nak belajar forex semata-mata untuk dapatkan untung melalui link affiliate aku?

Aku dah merepek ke mana dah ni. Tinggal lagi seminggu je sebelum kita menamatkan trading session bulan Januari 2015 ni. Sebelum aku menamatkan blog entri ni, ni satu lagi berita gempar bagi trader matawang Euro ni:
Berita berkenaan kenaikan margin daripada broker LiteForex
Mujur aku dah close semua position aku di currency pair EURUSD. Sabtu Ahad dah la tak boleh akses MT4 sebab market close jadinya kalau sesiapa yang ada open position matawang berkaitan dengan EURO tu silalah berdoa agar akaun anda selamat..huhu..

Oh yer, kalau berminat nak belajar pasal risk management, korang boleh ikuti webinar percuma di FXStreet tapi dalam English la. Kalau korang berada di tempat yang susah nak attend kelas (aku tinggal di KL jadi bersepah kelas Forex atau otai-otai Forex yang aku boleh hubungi), korang boleh belajar pasal Forex ni percuma je sebenarnya:

Webinar 'Risk in your forex trading' di FXStreet.com
Semoga pembaca-pembaca blog aku ni jaga risiko trading korang dan semoga sukses selalu.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)