MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog
Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan

Isnin, 4 Januari 2016

Ulasan Prestasi Trading Project PAMM MenjadiTrader Sepanjang Tahun 2015

10:38 PTG 1
Kita telah pun memasuki tahun 2016. Cepat betul masa berlalu. Sebelum tu aku nak ucapkan "Selamat Tahun Baru 2016" kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Biasanya orang bila time tahun baru ni suka tetapkan azam itu ini, tapi aku bukan jenis yang suka nak buat azam-azam ni jadinya kita 'go with the flow' jer la.

Memandangkan aku ni seorang trader, jadinya tiba masanya untuk aku membuat laporan trading dan juga prestasi trading untuk projek PAMM aku sepanjang tahun 2015:

Graf growth akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 4 Januari 2016
Berdasarkan kepada tool MQL5 yang aku gunakan setiap kali untuk melihat perkembangan semasa trading projek PAMM aku ni, bagi tahun 2015 aku telah berjaya mendapatkan profit sebanyak 15.17% iaitu perkembangan yang sihat la. Bulan lepas iaitu bulan Disember hasilnya agak kurang sebab aktiviti aku kurang dan market pada instrumen yang aku trade pun agak kurang jadinya memang kuranglah.

Sekurang-kurangnya profit yang dijanakan oleh projek aku ni melebihi dividen ASB yang diumumkan bulan lepas iaitu 7%. Kira okaylah tu kan? Rasanya kalau aku ambil risiko yang lebih lagi, mungkin aku boleh untung lebih lagi rasanya. Apa pun, hasil ni bagi aku mencukupi dah dengan risiko trading yang rendah yang boleh diterima oleh jantung aku. Serius aku cakap aku ni cepat cemas bila tengok drawdown aku teruk sangat ataupun bila margin level aku dah semakin sikit.

Mari aku tunjuk pulak graf equiti, graf ni penting sebenarnya sebab daripada sini kita boleh tengok sama ada trader tersebut pandai mengawal equiti ataupun modal trading yang ada di dalam akaun.

Graf equiti akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 24 Disember 2015
Kalau kita tengok garisan hijau dalam graf kat atas tu, itu adalah jumlah equiti yang 'floating' ataupun yang diapungkan di dalam market berdasarkan nilai lot yang kita masuk pada harga-harga instrumen yang didagangkan. Macam garisan hijau aku tu kita tengok dipermulaan trading dulu aku ada ambil risiko yang tinggi yang telah menyebabkan equiti aku melonjak naik sedikit, selepas tu lama sikit aku duk kawal dan bergerak mendatar jer sampailah baru-baru ni aku bermain dengan floating yang agak tinggi dan telah melonjak ke paras tertinggi setelah memecahkan resistance..hehe..dah macam ulasan bola la pulak aku tulis ni..

Jom kita tengok tools lagi satu yang aku gunakan iaitu FX Junction:

JayDee FX Page
Aku memang suka mencuba sebarang jenis analytic tools ni, ianya membantu untuk kita memahami dengan lebih jelas keadaan semasa. Contoh kalau tengok pada graf di atas, sepanjang jangka hayat akaun ni, aku telah berjaya mengumpulkan 16,784 pips.


Ada orang dia trade segala macam jenis pair, aku ni pulak hanya trade 2 jenis pair jer iaitu EURUSD dan GBPUSD. Ada jugak orang tanya aku, rugi la tak trade banyak instrumen lain yang broker dah sediakan tu tapi aku biasanya akan jawab dalam forex trading ni, ada 1001 cara dan teknik untuk kita profit jadinya terpulanglah pada pendapat masing-masing tapi yang penting kita mesti PROFIT dan jangan rugi.


Daripada statistik di atas, dapat disimpulkan yang aku ni pun bukannya seorang trader yang cemerlang sangat pun. Secara keseluruhan aku punya trading yang berjaya cumalah 62% je pun. Kalau kat sekolah aku dapat markah C jer. Cuma macam aku cakap tadi, yang penting PROFIT mesti mengatasi kerugian, itu adalah asas perniagaan yang paling basic pun.

Jadinya itulah setakat ni ulasan yang boleh aku berikan terhadap projek PAMM yang telah aku jalankan selama 92 minggu. Katanya tahun ni akan jadi lebih mencabar lagi tapi kita ni hanya merancang, tuhan yang akan menentukannya. Semoga segala usaha anda untuk tahun 2016 ni berjalan dengan lancar dan jayanya.

Khamis, 24 Disember 2015

Dec 2015: Musim Cuti Tiba

11:15 PG 0
Menjadi seorang yang hebat adalah impian semua orang, namun begitu bila dah jadi hebat ada harga yang terpaksa dibayar iaitu kita dah bukan jadi seorang yang biasa jadinya kita akan banyak berseorangan. Itulah kehidupan bagi seorang yang hebat. Bukanlah aku nak kata aku ni dah hebat, aku ni orang biasa jer pun dan aku memang tetap nak jadi seorang yang biasa. Pada aku, menjadi seorang yang hebat banyak kekurangan daripada kebaikan daripada perspektif aku buat masa ni la. Mungkin perspektif aku akan berubah di masa akan datang.

Satu perkara yang masih lagi menjadi tabiat aku adalah mencari ilmu-ilmu atau teknik-teknik baru dalam forex trading supaya trading aku akan jadi lebih profitable daripada sekarang. Walaupun sebenarnya aku dah tahu istilah 'high risk=high profit' tapi sebenarnya ada cara 'low risk=high profit' bila kita gabungkan teknik tu dengan masa-masa yang tertentu. Itu yang selalunya dikatakan 'holy grail' atau ilmu mahaguru forex trading yang paling tertinggi. Apa pun, seperti pepatah dalam cerita 'Spiderman The Movie' "With great power comes great responsibilities", apa sahaja tindakan dalam forex trading ni sebenarnya ada sebab dan akibatnya.

Sepanjang 2 minggu lepas, aku masih lagi bertrading. Walaupun dikatakan market tengah slow sebab cuti panjang sempena perayaan krismas dan tahun baru ni, market tetap bergerak jugak.

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 24 Disember 2015
Untuk projek PAMM aku yang dah masuk hari yang ke 632 ni, aku masih lagi berjaya kekalkan momentum biru iaitu peratusan positif tapi tak cecah lagi 1% pun. Bila akaun equitinya makin tinggi ni sebenarnya nak mencapai prestasi yang lebih tinggi menjadi semakin susah sebenarnya. Apa pun, aku tetap akan cuba yang terbaik bagi mengekalkan projek aku ni selama yang boleh.

Aku nak share dengan korang semua untuk projek PAMM aku ni ada berapa ramai follower atau subscriber aku di MQL5 (memandangkan signal ni free jer pun) dan daripada mana sepanjang tahun 2014-2015:



MQL5 ni sebenarnya berasal daripada Russia jadinya sememangnya orang Russia la yang paling ramai follow signal aku ni. Malaysia pun rupanya ramai gak. Ada yang negara aku jarang dengar pun ada. Rasanya ni jer la pun kalau nak cerita benda yang aku banggakan pun..hahaha..

Aku ada lagi satu akaun personal yang aku trade di broker XM. Akaun yang ni pulak aku tengah duk kawal drawdown yang agak tinggi sebab aku terambil risk yang tinggi sedikit. Kebaikan trading method yang aku pakai adalah aku boleh kira segala risk, jarak pips, berapa lot dan kawalan margin percentage untuk buat proses recovery. Satu perkara jer la yang aku masih lemah iaitu nak baca carta dan tentukan waktu bila boleh trade high risk atau low risk. Tu yang walaupun aku dah lama duk trading ni, aku masih lagi mempunyai kelemahan yang tersendiri.

Aku adalah peminat blog MoshedFX, baru-baru ni aku terbaca pasal satu artikelnya bertajuk Cara Pengurusan Akaun Sebagai Seorang Full Time Trader. Memang sangat menarik yang telah mencetuskan idea-idea yang bernas untuk aku cuba implementasikan dalam kerjaya trading part time aku ni. MoshedFX sememangnya berada di dalam senarai idola forex trader aku buat masa ni, idea yang dikongsikan dalam blog beliau sememangnya sangat tip-top!

Okaylah, setakat ni jer la dulu coretan aku. Selamat bercuti kepada mereka yang bercuti!

Sabtu, 12 Disember 2015

Dec 2015: Plan Tidak Menjadi

7:28 PG 0
Aku sebenarnya ada benda lain yang aku tengah buat selain daripada duk main trading forex ni. Profit yang boleh dapat sebenarnya jauh lagi banyak daripada trading forex ni tapi kalau nak tahu apa benda, aku tak boleh share kat sini, kena la jumpa aku face to face. Trading forex ni aku buat macam aku main game jer sekarang ni sebab tak larat la nak beremosi trading forex ni.

Oh yer, sebenarnya cara yang paling pantas nak berjaya dalam sesuatu bidang adalah dengan mencari mentor. Dulu aku ada mentor forex trading ni, ntah mana dia hilang aku pun tak tahu. Sebab tu aku cari mentor/coach yang lain. Setakat ni alhamdulillah, perancangan yang mentor aku buat untuk aku telah pun membuahkan hasil. Namun demikian, buat masa ni aku rasa aku belum layak lagi menjadi seorang mentor pun. Kalau setakat nak sharing-sharing tu boleh lah.

Okay, aku nak share apa perkembangan semasa projek PAMM aku ni. Aku sebenarnya sedih gak dengan projek aku ni, dah nak dekat 2 tahun punya projek tapi sorang investor pun tak melekat. Aku macam syok sorang-sorang jer..akaka..

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 12 Disember 2015
Jatuh 2% siut minggu lepas sebab ada trade setup aku terkena stop loss. Kali ni aku tak berapa nak emosi sangat la bila kena stop loss tu jadinya aku 'let it go' je la..hahaha..

Graf equiti akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 12 Disember 2015
Minggu lepas aku nak tunjuk graf ni kat korang, tapi mungkin tak berapa nak nampak. Jadinya minggu ni dah boleh nampak la. Nampak tak garis hijau yang menjunam ke bawah tu? Waktu tu la aku duk beremosi sebab drawdown akaun gila-gila turun. Mujur aku tak ambil tindakan 'cut loss' kalau tak memang dah jatuh teruk dah aku punya profit score.

Citer benda lainlah, minggu lepas aku dihubungi oleh IB HotForex. Sebenarnya aku yang mengada email tanya macam-macam, jadinya IB ni biasalah (aku ni pun IB gak sebenarnya..hahaha) dia cerita la kebaikan broker itu ini macam-macam. Bila aku dah register dan buka akaun semua, sekali tu aku tengok lot saiz akaun tu tak menepati citarasa trading plan aku. Lepas tu pulak, banyak sangat pilihan akaun yang boleh bukak pulak tu. Aku dah jadi pening, terus aku tak nak pikir dah kekonon nak trade kat broker tu...hahaha..

Citer lain, aku baru-baru ni baru aje withdraw komisyen IB. Tak sangka pulak aku ni dah la malas nak promote, harap ke tulis-tulis dalam blog cipisan aku ni jer tapi ada jugak orang yang bertrading di bawah link affiliate aku, besar pulak tu akaun nya (aku rasa besar la kut sebab lot saiz dia boleh tahan..aku pun tak seberani tu nak trade lot besar-besar..hahahaha). Macam best pulak bila ada sikit duit komisyen ni, kadang-kadang aku cakap kat diri aku sendiri "apa la ko ni, ko boleh buat banyak duit komisyen lagi tapi ko ni pemalas!"..hahaha..

Okaylah, tiba-tiba aku rasa macam banyak benda pulak nak cerita tapi aku simpan untuk minggu depan pulak la ye?

Ahad, 6 Disember 2015

Dec 2015: Menangani Isu Drawdown

12:08 PG 0
Hari ini aku telah dihubungi oleh seorang awek daripada Taiwan yang bekerja dengan satu broker yang berpengkalan di Australia. Aku tak nak dedahkan lagi nama broker tu tapi hasil perbualan chat dengan awek yang berasal daripada Panama tu bagi aku agak menarik. Sebenarnya awek tu nak ajak aku jadi IB broker Australia ni, aku takde masalah nak jadi IB ni cuma aku ni ada masalah nak ajak orang lain join. Aku tak berapa suka nak rekrut orang, nak ajar orang sebab aku ada sedikit sejarah yang tak best dalam bidang MLM. Mungkin tu kelemahan aku jadinya aku masih lagi di takuk yang lama walaupun dah 2 tahun lebih dalam bidang forex trading ni. Ada sesiapa boleh tolong aku tak dalam hal ni? Hehe..

Waktu aku mula-mula berkecimpung dalam bidang forex trading ni, antara hasrat yang aku tanam adalah untuk menjadi seorang fund manager. Kalau korang tengok Projek PAMM yang aku jalankan sekarang ni, itulah salah satu daripada langkah awal yang aku telah buat. Namun demikian, walaupun usia akaun PAMM aku ni dah pun mencecah 613 hari (setakat 5 Disember 2015), takde investor pun yang sangkut dalam program aku ni. Mungkin marketing aku kurang berkesan atau mungkin investor tak berapa suka kut program PAMM ni kut.

Sejak beberapa minggu ni atau hampir sebulan lebih, matawang USD telah pun mengukuh dengan hebatnya. Malang bagi aku pulak, aku ingat USD akan melemah jadinya aku telah pun membuang stop loss ada satu setup aku ni. Terus jadi macam ni:

MenjadiTrader PAMM Akaun live trading 19 November 2015
Bagi aku kalau dah lebih -USD1,000 tu drawdown dah melebihi Stop Loss dah. Kalau sebelum ni drawdown aku 12%, sekarang ni dah bertambah jadi 18%. Hampir -USD7,000 drawdown kat akaun aku ni hari tu, mujur margin level boleh bertahan sebab melebihi 1000%. Kalau margin level 50% memang dah stop out dah akaun aku ni dan musnah segala usaha aku. Keajaiban berlaku pada hari Khamis apabila EURUSD tiba-tiba mencanak lebih 450 pips. Terus habis position aku close sebab hit TP dan aku dapat la untung sikit. Masih lagi penyakit trader dalam diri aku belum sembuh iaitu aku tak nak cut loss dan kalau negatif ribu-ribu pun takper tapi kalau positif berapa ratus pun dah rasa nak close. Mungkin aku belum boleh jadi professional trader lagi kut.

Apa pun, motif aku nak sampaikan di sini adalah drawdown ni sebenarnya normal dalam forex ni. Cuma kalau drawdown tu lebih-lebih contoh macam 50% daripada capital, tu tandanya trader tu high risk. Macam aku ni kira agak low risk sebab lot saiz aku dah kira siap-siap berapa nak ruginya.

Okaylah, perkembangan akaun Projek PAMM semasa aku:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 5 Disember 2015
Nampak macam best jer kan, biru jer sejak 4-5 bulan yang lepas. Korang tak tahu macam mana mentalnya aku nak mengawal floating negatif ribu-riban nak menyelamatkan akaun aku ni, main hedging lepas tu main martingale sikit-sikit sampai la keajaiban berlaku. Walaupun trading ni kira macam hobi aku jer pun tapi ko dah bina profile sekian lama, takkan nak kasi lenyap macam tu jer kan? Dia macam ko dah ada akaun FB sejak sekian lama lepas tu tiba-tiba akaun FB ko kena tutup, ko tak rasa bengang? Analoginya macam tu la.

Aku sebenarnya dah lama tak jumpa dengan orang yang aku boleh sembang forex, aku pergi dinner hari tu pun takde sembang dengan sapa sangat pun. Last week ada seminar HotForex jemput, aku tak dapat hadir sebab kena jaga anak. Harapkan ke FB jer la, tu pun tak ramai pun yang sanggup nak cerita macam apa aku cerita dalam blog ni, banyak yang iklan nak promote kelas la, group la, program la dan macam-macam yang berbentuk bisnes. Mungkin aku ni jer yang anti-sosial..haha..

Dah jadi luahan perasaan la pulak blog aku ni. Apa pun, tinggal lagi 3 minggu jer bulan Disember ni untuk bertrading. Market katanya akan jadi lengang sikit sebab fund manager besar-besar kat luar sana dah cuti akhir tahun. Katanya mungkin bulan Feb tahun depan baru market aktif balik. Sepanjang 2 tahun aku trading ni, aku tak berapa boleh nak confirmkan pun apa yang dikatakan tu, kadang betul kadang tak, market sekarang ni mungkin dah tak sama macam dulu kut.

Okaylah..selamat bertrading kepada trader di luar sana. Semoga di akhir tahun ni ada la buat profit daripada takde langsung..huhu..bye..

Ahad, 22 November 2015

Menghadiri Grand Gala Dinner XM 21 November 2015

10:06 PTG 2
Pada akhir tahun lepas, aku telah menghadiri XM Gala Dinner 2014 di Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Tahun ini pula, XM Grand Gala Dinner 2015 telah diadakan di JW Marriot Hotel di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang. Untuk pendaftaran Gala Dinner ni aku perlu ada sekurang-kurangnya USD200 dalam akaun yang aku nak register ke Gala Dinner ni. Jadinya pada awal bulan November 2015 aku telah pun menggunakan kad kredit aku untuk membuat deposit:


Macam biasa, aku ni daripada dulu seorang yang suka mencari peluang kalau boleh aku akan minimakan kos sehabis yang mungkin kalau boleh free lagi bagus, jadinya untuk dinner ni kos aku cuma 68 sen sahaja apabila aku membuat withdrawal USD200 beserta USD 3 untung trading pada 17/11. Hahaha..tapi aku bawak wife aku teman jadinya kena deposit akaun wife aku jugak, disebabkan timing tak berapa kena kena bayar jugak la berapa puluh ringgit disebabkan oleh pertukaran matawang di antara RM dan USD. Trick ni rasanya kalau siapa yang biasa buat transaction online ni tahu la tu.

Hari dinner pun tiba semalam, kebetulan pula ada ASEAN Leaders Summit di KL Convention Centre dengan kehadiran President USA iaitu Obama Barrack di KL. Waktu aku nak masuk parking dalam JW Marriot, aku terpaksa keluar daripada kereta disebabkan Secret Service President USA nak check kereta, habis dia suluh enjin depan bonet belakang siap bawak anjing penghidu bau semua luar dalam kereta. Aku tak pasti la sama ada Obama ni tinggal kat JW Marriot KL ni ke waktu lawatan dia ke Malaysia. Dah setel yang tu, time nak amik parking tiket kena check lagi dengan pak guard Nepal dengan cermin 360 darjah tu nak tengok ada bom tak bawah kereta aku. Satu pengalaman yang agak luar biasa bagi aku. Masuk tempat parking kat lif, rupanya naik satu tingkat jer daripada tempat parking:

XM Gala Dinner 2015 at Starhill Conference Centre
Sampai-sampai jer tengok orang semua dah masuk dalam dewan utama dah dengan Harith Iskandar duk tengah perform atas pentas.
Harith Iskandar sedang perform atas stage
Aku tak dapat nak concentrate sangat lawak Harith Iskandar ni sebab sampai lambat lepas tu perut lapar. Makan dulu..
Aturcara Grand Gala Dinner XM 2015
Dah macam disco dah aku tengok lampu-lampu dalam dewan ni
No. meja aku. Aku main duduk jer sebab diorang takde booking meja pun.
Penyampaian hadiah lucky draw XM Gala Dinner
Banyak pulak aku tengok persembahan magic sempena Gala Dinner ni, pengurusan XM ni suka pulak magic-magic ni. Jangan diorang suka buat magic sudah..hahaha..

Makanan di JW Marriot ni pada aku biasa jer sebab ada tempat lain lagi sedap, tapi aku nak komplen lebih-lebih pun tak guna jugak dah orang sponsor kan? Dapat pulak lagi beg berisi T-shirt dan powerbank kecik dengan logo XM. Kira okaylah tu.

Malangnya aku tak menang pun apa-apa lucky draw tapi aku tetap berpuas hati la merasai pengalaman dinner XM untuk tahun ni. Katanya tahun depan diorang nak buat kat Thailand pulak, memang tak la kalau aku nak ke sana pun. Dah la aku takde kenal sapa-sapa pun dalam dinner ni, main terjah jer pun.

Oh yer, aku masih lagi bertrading guna XM ni. Macam aku terangkan dalam page Broker Pilihan aku, aku belum jumpa lagi broker forex lain yang memiliki ciri-ciri yang aku suka macam yang ada pada XM ni. Lagi pun kalau ada banyak akaun dengan broker ni, macam la banyak sangat duit aku ada pun..huhuhu..


Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)