MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 6 Disember 2015

Dec 2015: Menangani Isu Drawdown

Hari ini aku telah dihubungi oleh seorang awek daripada Taiwan yang bekerja dengan satu broker yang berpengkalan di Australia. Aku tak nak dedahkan lagi nama broker tu tapi hasil perbualan chat dengan awek yang berasal daripada Panama tu bagi aku agak menarik. Sebenarnya awek tu nak ajak aku jadi IB broker Australia ni, aku takde masalah nak jadi IB ni cuma aku ni ada masalah nak ajak orang lain join. Aku tak berapa suka nak rekrut orang, nak ajar orang sebab aku ada sedikit sejarah yang tak best dalam bidang MLM. Mungkin tu kelemahan aku jadinya aku masih lagi di takuk yang lama walaupun dah 2 tahun lebih dalam bidang forex trading ni. Ada sesiapa boleh tolong aku tak dalam hal ni? Hehe..

Waktu aku mula-mula berkecimpung dalam bidang forex trading ni, antara hasrat yang aku tanam adalah untuk menjadi seorang fund manager. Kalau korang tengok Projek PAMM yang aku jalankan sekarang ni, itulah salah satu daripada langkah awal yang aku telah buat. Namun demikian, walaupun usia akaun PAMM aku ni dah pun mencecah 613 hari (setakat 5 Disember 2015), takde investor pun yang sangkut dalam program aku ni. Mungkin marketing aku kurang berkesan atau mungkin investor tak berapa suka kut program PAMM ni kut.

Sejak beberapa minggu ni atau hampir sebulan lebih, matawang USD telah pun mengukuh dengan hebatnya. Malang bagi aku pulak, aku ingat USD akan melemah jadinya aku telah pun membuang stop loss ada satu setup aku ni. Terus jadi macam ni:

MenjadiTrader PAMM Akaun live trading 19 November 2015
Bagi aku kalau dah lebih -USD1,000 tu drawdown dah melebihi Stop Loss dah. Kalau sebelum ni drawdown aku 12%, sekarang ni dah bertambah jadi 18%. Hampir -USD7,000 drawdown kat akaun aku ni hari tu, mujur margin level boleh bertahan sebab melebihi 1000%. Kalau margin level 50% memang dah stop out dah akaun aku ni dan musnah segala usaha aku. Keajaiban berlaku pada hari Khamis apabila EURUSD tiba-tiba mencanak lebih 450 pips. Terus habis position aku close sebab hit TP dan aku dapat la untung sikit. Masih lagi penyakit trader dalam diri aku belum sembuh iaitu aku tak nak cut loss dan kalau negatif ribu-ribu pun takper tapi kalau positif berapa ratus pun dah rasa nak close. Mungkin aku belum boleh jadi professional trader lagi kut.

Apa pun, motif aku nak sampaikan di sini adalah drawdown ni sebenarnya normal dalam forex ni. Cuma kalau drawdown tu lebih-lebih contoh macam 50% daripada capital, tu tandanya trader tu high risk. Macam aku ni kira agak low risk sebab lot saiz aku dah kira siap-siap berapa nak ruginya.

Okaylah, perkembangan akaun Projek PAMM semasa aku:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 5 Disember 2015
Nampak macam best jer kan, biru jer sejak 4-5 bulan yang lepas. Korang tak tahu macam mana mentalnya aku nak mengawal floating negatif ribu-riban nak menyelamatkan akaun aku ni, main hedging lepas tu main martingale sikit-sikit sampai la keajaiban berlaku. Walaupun trading ni kira macam hobi aku jer pun tapi ko dah bina profile sekian lama, takkan nak kasi lenyap macam tu jer kan? Dia macam ko dah ada akaun FB sejak sekian lama lepas tu tiba-tiba akaun FB ko kena tutup, ko tak rasa bengang? Analoginya macam tu la.

Aku sebenarnya dah lama tak jumpa dengan orang yang aku boleh sembang forex, aku pergi dinner hari tu pun takde sembang dengan sapa sangat pun. Last week ada seminar HotForex jemput, aku tak dapat hadir sebab kena jaga anak. Harapkan ke FB jer la, tu pun tak ramai pun yang sanggup nak cerita macam apa aku cerita dalam blog ni, banyak yang iklan nak promote kelas la, group la, program la dan macam-macam yang berbentuk bisnes. Mungkin aku ni jer yang anti-sosial..haha..

Dah jadi luahan perasaan la pulak blog aku ni. Apa pun, tinggal lagi 3 minggu jer bulan Disember ni untuk bertrading. Market katanya akan jadi lengang sikit sebab fund manager besar-besar kat luar sana dah cuti akhir tahun. Katanya mungkin bulan Feb tahun depan baru market aktif balik. Sepanjang 2 tahun aku trading ni, aku tak berapa boleh nak confirmkan pun apa yang dikatakan tu, kadang betul kadang tak, market sekarang ni mungkin dah tak sama macam dulu kut.

Okaylah..selamat bertrading kepada trader di luar sana. Semoga di akhir tahun ni ada la buat profit daripada takde langsung..huhu..bye..

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)