Dah pun masuk bulan Februari 2015. Bulan Januari 2015 memang satu bulan penuh dengan aksi turun naik. Mari kita lihat hasil trading sepanjang bulan Januari 2015:
|
Jan 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 |
|
Jan 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 |
Setelah berhempas pulas minggu lepas recover loss minggu ke-3 pada minggu lepas dengan sedikit keuntungan, dalam masa 2 hari sahaja profit yang dikumpulkan hanyut ke dalam arus retracement dunia Forex. Sedihnya waktu kejadian hit Stop Loss, aku berada di hadapan laptop melihat sahaja price melanggar stop loss yang aku dah tetapkan. Pulak tu, satu kejadian aneh juga berlaku pada malam loss tu, aku tak pasti sama ada memang kejadian ini disengajakan atau di luar kawalan server trading LiteForex-pamm.com waktu tu (aku trade juga di broker XM tapi price bergerak laju je jadi bukan masalah line internet aku waktu tu), tapi memang price bergerak slow motion malam hari Selasa tu dan lihat apa yang terjadi ketika price melanggar stop loss aku:
|
MT4 MenjadiTrader pada malam 27 Jan 2015 |
Nampak tak kotak berwarna kuning tu bandingkan dengan price semasa waktu tu. Server boleh tak close position aku pada paras stop loss yang aku dah set kan. Aku dalam masa yang sama running 6 akaun trading aku sendiri tapi hanya akaun MenjadiTrader PAMM 144842 ni je yang terlekat. Mujur satu akaun jer yang sangkut. Aku waktu kejadian dah gelabah dah, aku close dan restart software MT4 aku lepas sebab MT4 software ni selalu hang sebab banyak makan memori, dah la memori laptop aku ni kecik 2GB RAM jer. Bila restart balik MT4 aku baru la position close tapi malangnya ini yang telah berlaku.
|
MT4 MultiTerminal MenjadiTrader History View |
MT4 MultiTerminal adalah platform kegemaran aku untuk buat entri trading sebab cepat aku nak buat multiple entri position. Sedih bila tengok SL trigger siap ada dalam comment tu perkataan 'gap'. Disebabkan oleh gap tersebut, aku telah kerugian sebanyak USD51.08. Nampak sikit jer USD51 tu lagi-lagi pulak equiti ni virtual jer. Kemudian mujur gap aku kena ni sikit je, cuba jadi gap macam kes matawang Swiss 2 minggu lepas, tak ke lagi kerugian besar aku nak kena tanggung. Aku baru jer cerita minggu lepas pasal sistem di server mungkin boleh pergi skip stop loss minggu lepas, dah minggu ni kerisauan aku tu terkena pada aku sendiri perkara yang aku cerita. Tu aku cakap, sistem IT ni bukannya sempurna dan dalam dunia digital ni, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku tanpa sebarang amaran. Aku pernah terlibat dalam proses disaster recovery IT satu masa dulu, memang satu proses yang rumit, melibatkan banyak pihak dan memakan masa yang panjang, pulak tu kerugian sememangnya terpaksa ditanggung oleh client waktu tu.
Bab teknikal satu hal la, satu lagi hal adalah emosi aku yang terganggu disebabkan oleh stop loss. Memanglah stop loss ni limitkan loss dan aku dah kira dah berapa kerugian sebelum mula letak entri trading lagi, cumanya sebagai seorang manusia ni loss tetap loss jadinya emosi mesti merudum jugaklah. Aku buat keputusan untuk berehat malam tu lupakan sementara trading dan kembali trade esoknya. Jatuh 3% tu, ada akaun aku yang lain jatuh 8% lebih. Menariknya bila loss ni, waktu tu la idea trade yang baru muncul, time profit takde pulak idea-idea ni nak datang...Mmm..
|
Jan 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 5) |
Disebabkan aku mengamalkan trading 'fix dollar trade', makanya loss aku takde la sampai MC akaun. Kalau akaun MC atau lagi teruk stop out tu dah lebih 80-90% equity dalam akaun hilang, emosi waktu tu memang lagi teruk la lagi-lagi kalau amaun yang terlibat 4-5 angka. Jadinya aku terpaksa la terima untuk permulaan trading di tahun 2015 ni, aku bermula dengan prestasi -1%.
Analisa Akaun
Hanya untuk entri laporan bulanan sahaja aku akan membuat ulasan analisa bagi akaun aku ni. Menggunakan tools daripada FX Junction, berikut adalah ringkasan aktiviti trading aku sepanjang bulan Januari 2015:
|
Jan 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 5) |
Bulan Januari 2015, hanya 60% sahaja trade aku yang berjaya profit. Secara keseluruhan pula iaitu sejak akaun dibuka pada April 2014, faktor kejayaan trade aku adalah 66%. Secara puratanya trade aku memakan masa 2 hari sahaja. Trading di EURUSD membuahkan hasil kejayaan yang lebih tinggi iaitu 71% tetapi profit serta jumlah pips lebih banyak dihasilkan pada trade GBPUSD. Aku masih ada open trade sebanyak 12 posisi BUY dengan 4 daripadanya berada di dalam zon positif. Jom aku tunjuk graf pulak:
|
Graf analisa akaun MenjadiTrader PAMM 144842 Jan 2015 |
Ni konon-konon akaun aku ni macam stok saham la, tahap pertumbuhan akaun trading aku sekarang ni sedang 'ranging' dan sangkut di support level sekitar 27% profit, bila cecah 30% je dia ada rejection sikit. Aku tengah berusaha untuk memandu akaun aku ni kasi break out level 30% ni tanpa meningkatkan tahap exposure risiko trade yang aku gunapakai sekarang ni. Semoga breakout ni akan berlaku pada bulan Februari ni, insya' allah.
Idea Baru - Mendapatkan Profit Melalui Lot Saiz
Aku baru teringat, dalam forex trading ni sebenarnya ada banyak cara untuk menghasilkan profit bukan setakat daripada trading dan affiliate sahaja. Satu lagi kaedah untuk mendapatkan komisyen daripada broker adalah dengan rebate daripada lot saiz. Cumanya kena guna atau buka akaun yang ada menawarkan rebate lot la. Broker sebenarnya mengambil untung daripada nilai spread jadinya semakin tinggi lot saiz anda maka lagi besar keuntungan broker. Melalui akaun jenis rebate, sekiranya anda breakeven atau rugi sikit pada bulan tersebut, anda masih lagi berpeluang untuk mendapat sedikit komisyen daripada lot saiz tersebut. Satu jer la masalah dengan cara ni, kebiasannya kita perlu buat banyak entri baru lagi banyak kita boleh dapat pecahan pips tersebut. Ini just idea jer la, aku belum test lagi. Ada sesiapa dah pernah cuba ke kaedah ni?
PAMM Investment Demo
Perkembangan PAMM Investment Demo bagi bulan Januari 2015:
|
PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
(Start Date: 1/11/2014 - Current date:1/2/2015) |
Kedua-dua akaun MenjadiTrader dan juga Melaka LFX mengalami sedikit drawdown. Aku tak nak la komen banyak-banyak, lagi banyak komen lagi sakit hati sebenarnya. Wakakaka..
MQL5 MenjadiTrader
|
Akaun Public MQL5 MenjadiTrader |
Akaun MenjadiTrader PAMM 144842 jatuh 4% daripada minggu lepas. Akaun MenjadiTrader Lite pulak jatuh 36%. Akaun Melaka LFX jatuh 9%. Langit tak selalu cerah, jadinya perlulah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam dunia Forex yang cepat dan laju ni.
Okaylah, mood kecewa dan sedih sebab loss walaupun cuma -1% masih lagi menyelubungi suasana. Nak kena reset balik mood trading ni untuk esok. Semoga pembaca blog aku sukses selalu.
4 ulasan:
Awal bulan februari ni euro lebih fundamentalis daripada teknikal. Saya perhatikan trade tuan lebih kepada teknikal. Mungkin tuan perlu lebihkan perhatian kepada fundamental. (cuma pandangan saya yang kurang arif)
Terima kasih atas komen. Memang ternanti-nanti komen pembaca blog sebenarnya. Aku sebenarnya lebih banyak trade berdasarkan pada risk model (eg. risk 5-10% per group entri tak kisah sama ada buy atau sell), tak berapa ambil kira teknikal dan fundamental sangat, memang cara ni banyak kekurangan dan hasil pun sikit. Kelebihan risk model ni satu jer, ianya mematuhi rule pertama yang sifu aku tetapkan iaitu 'Protect your investment'.
Agreed.. semua pro trader punya rule No.1 is to protect the investment capital. Sama macam kalau kita beli kereta kena protect dari segi insurance. Lepas tu nak drive dari Point A ke B, C dan seterusnya kena lihat teknikal dan fundamental dari Point A ke tempat yang dituju :) saya tidak berniat merendahkan ilmu sifu Tuan dan Tuan sendiri, sekadar berkongsi pandangan yang tak seberapa ni :)
Janganlah terlalu merendah diri my fren, kita semua ada pendapat masing-masing. Trading ni sebenarnya level playing game, semua orang tarafnya sama, bezanya cuma pada kekuatan modal je. Ini pun pendapat aku yang baru setahun jagung..huhu..malam tadi 3 jam duk dengar pasal kisah fundamental dengan pro trader Wayne McDonnell di Webinar FXStreet. Memang banyak perkara lagi aku tak tahu dan sebenarnya market Forex ni sebenarnya hanya satu bahagian daripada pasaran dunia trading di luar sana..
Catat Ulasan