Feb 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 (Week 1) |
Feb 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 (Week 1) |
Feb 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 1) |
Daripada 3 akaun utama aku yang dipamerkan di FXJunction, akaun H aku terpaksa rehatkan disebabkan equiti dah tak cukup. Tinggal akaun G dan H sahaja masih lagi aktif. Ada lagi 2 akaun di broker XM pun masih lagi aktif tapi aku anggap akaun Micro XM tu sebagai akaun demo aku je memandangkan modalnya pun kecik je. Jadinya, minggu ni aku cuma berjaya memperolehi 163 pips sahaja. Punca akaun H kehilangan 1,782 pips adalah disebabkan range bagi entri setup aku tersilap agak dan risiko setiap group entri adalah 40% yang telah menyebabkan drawdown yang teruk bila terkena stop loss.
PAMM Investment Demo
Selepas 14 minggu pelaburan demo kita:
PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx (Start Date: 1/11/2014 - Current date:7/2/2015) |
Macam biasa, akaun demo MenjadiTrader naik sikit, akaun Melaka LFX turun sikit. Aku rasa akaun demo investment aku ni okay lagi la. Jom kita tengok PAMM Investment Demo aku yang lain:
Aku sebenarnya berkeinginan untuk membuat portfolio pelaburan di mana PAMM Manager pilihan aku adalah daripada Malaysia dan prestasi trading mereka haruslah konsisten dan untung. Senarai di atas adalah antara yang aku dah jumpa PAMM Manager daripada Malaysia. Mesti la Menjaditrader berada di kedudukan teratas sebab dah memang aku punya sendiri, yang kedua pula aku punya rakan trader Melaka LFX. 2 akaun teratas ni bermula seawal akaun ni mula wujud. Kekurangan Investment Demo Account ni adalah takde letak tarikh pulak bila kita mula melabur. Tapi apa pun, di kedudukan ke-3 tu aku tak kenal tapi aku tahu dia daripada Malaysia, so far tradingnya okaylah. GJ Maniac dan Jalopeno ni geng kepunyaan LiteForex Pantai Timur, trading agak high risk tapi profit memang agak hebat, cuma akaun ni agak baru. Kebanyakan akaun PAMM yang high risk ni mengikut pengalaman aku follow akaun diorang tak kekal lama, itu jer la yang aku risaukan.
Kita teruskan dengan PAMM Manager majujayafx, aku terjumpa iklan di Carigold di segmen forex e-market. Macam biasalah, bila iklan mestilah indah-indah target profit hebat tapi realitinya dah nak MC dah pun, sedih..Seterusnya akaun charlie french fx, PAMM manager ni aktif membuat posting di FB, kalau tengok screenshot entry dia semua sniper tepat, hebat dan hentak full margin. Serius aku cakap, aku sendiri tengok screenshot tu aku pun teruja dan tertanya-tanya apa rahsia candlestick yang dia tahu yang aku tak tahu. Realitinya, drawdown akaun demo investment aku dengan PAMM manager ni dah jatuh sebanyak 85%, sedih lagi. Terakhir sekali EntryFX.com ni aku terjumpa di FB juga, menariknya akaun ni tak tersenarai dalam PAMM monitoring tapi aku macam pernah jumpa dengan pemilik akaun ni suatu masa dahulu. Labur demo USD100 sekarang tinggal 65 sen je? Mujur duit demo je. PAMM Monitoring ni sistem yang telus jadinya memang tak boleh nak sorok-sorok. Ada 2-3 lagi akaun PAMM Manager Malaysia yang aku dah delete sebenarnya cuma aku nak luahkan rasa kecewa aku sebab akaun demo investment aku ni overall tak memuaskan.
Rasanya dah ramai trader dah mengenali kewujudan pertandingan Professional Forex Trader di FB. Di situ banyak dibongkarkan realiti sebenar forex trading ni. Aku sebenarnya agak kecewa bila ada trader yang suka tayang-tayang screenshot profit ni sebab memang betul bila profit tu memang profit pun, cuma gambaran sebenar realiti trading ni takde pulak siapa nak tunjuk. Contoh gambaran sebenar tu yang macam graf aku tunjuk kat dalam blog aku ni.
PAMM Investment Demo Accounts (PAMM Manager Malaysia) |

MQL5 Menjaditrader
Akaun MenjadiTrader Lite merudum sebanyak 41% berbanding minggu lepas. Aku besar kemungkinan akan privatekan terus kut free signal ni. Realitinya nak jaga banyak akaun ni memerlukan fokus dan dedikasi yang tinggi atau bahasa lainnya maintenance tinggi terutamanya dari segi masa. Aku ni manusia biasa jer, bukannya boleh buat banyak kerja sangat dalam satu masa atau bahasa inggerisnya 'multi-tasking'. Kalau aku masih nak teruskan signal ni mungkin aku kenakan cas la kut..huhu. Akaun Melaka LFX jatuh 3% berbanding minggu lepas. Akaun MenjadiTrader PAMM 144842 pula naik 1% berbanding minggu lepas. Nak naik punya la susah, nak turun laju jer..haha..dalam dunia sebenar pun sama jugak, nak hasilkan sesuatu tu memakan masa yang lama tapi nak musnahkan sekejap je. Itu lumrah kehidupan kan?
NFP 6 Februari 2015
Seperti bulan lepas,aku biasanya takkan lepaskan peluang untuk bersama trader-trader seluruh dunia melihat apa yang akan berlaku kepada pasaran forex pada pengumuman Non-Farm Payroll atau lebih dikenali sebagai NFP. Sebelum pukul 9pm aku dah bersiap sedia di depan laptop dan join webinar NFP yang ke 105 oleh master sifu Wayne McDonnell. 105 bulan? Dah dekat 9 tahun tu. Lama giler siut:
Akaun Public MQL5 MenjadiTrader |

NFP kali ni aku pasang setup buy pada GBPUSD sebab aku jangkakan result NFP akan melemahkan sementara kekuatan USD dan boleh la dapat sikit profit, malangnya aku silap jadinya entri aku terus masuk 'plan B' iaitu untuk dapatkan position price terjun tu je sebab aku jangkakan minggu depan GBPUSD akan mengalami sambungan arah correction. EURUSD aku tak berapa yakin jadi aku tak trade pun semalam. Antara apa yang pelajari malam tadi (ini jer yang aku ingat pun sepanjang 3 jam webinar. Dah la clash dengan Maharaja Lawak Mega, mencabar betul) :
- Bagaimana proses pembelian bond yang dijamin kerajaan adalah lebih baik berbanding belian stok saham tetapi perlu dibuat pada masa yang bersesuaian. (Ada macam bunyi ASB tak benda ni?) Banyak lagi benda-benda fundamental dia cerita tapi aku masih lagi cuba nak hadamkan..huhu..
- Wayne ni trade forex duit dia sendiri tapi dia jenis yang 'risk averse'. Maksud risk averse ni dia hanya akan trade bila dia betul-betul yakin dan konfiden dengan sebab-sebab kenapa dia buat keputusan trade tersebut dengan risiko yang rendah. Contohnya dia masih lagi berpendapat USD akan terus kuat dan Euro akan terus lemah mungkin dalam tempoh 3-4 tahun lagi disebabkan oleh polisi yang telah ditetapkan oleh ECB sejak price mulai jatuh pada tahun lepas. Jadinya dia akan terus beli matawang USD.
- Wayne ada cerita pasal kes matawang Swiss yang mana semua trader-trader di seluruh dunia telah ditipu buta-buta oleh Swiss National Bank yang telah menyebabkan pertumbuhan nilai matawang yang dibina musnah dalam tempoh kurang daripada 5 minit. Dia sangat marah dengan kes tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
- Wayne ada cerita pasal rahsia orang kaya menjadi bertambah kaya dan bagaimana harus mindset ini diterapkan dalam minda seorang trader. Sebenarnya jawapannya dah ada dah pun dalam buku 'Rich Dad Poor Dad' cuma kita je kadang-kadang tindakan tu takde.
- Wayne terangkan sekali lagi bagaimana menggunakan binary option sebagai insurans kepada trading forex dalam tempoh waktu yang singkat. Sangat menarik dan mungkin aku akan cuba praktiskan menggunakan akaun InstaForex aku bila aku dapat kumpulkan modal sikit nanti.
Aku sebenarnya rasa macam apa yang aku cerita ni macam aku syiok sendiri je sebenarnya sebab aku cuba bayangkan aku ni pembaca baru blog ni dan aku rasa aku dapat bayangkan aku tak paham apa benda yang aku baca dalam blog ni..hahaha..
Okaylah, semoga pembaca sekelian mendapat sedikit pengetahuan dan iktibar daripada apa yang aku dah tulis selama ni.
Okaylah, semoga pembaca sekelian mendapat sedikit pengetahuan dan iktibar daripada apa yang aku dah tulis selama ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan