MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 14 Februari 2015

Februari 2015: Laporan Trading (Week 2)

Minggu ke-46. Keputusan daripada hasil trading adalah seperti berikut:

Feb 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 (Week 2)
Feb 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 (Week 2)
Aku sekarang ni macam dah beralih arah daripada intraday trading kepada swing trading pulak. Market untuk 2 currency pair yang aku trade sekarang ni macam tak boleh nak jangka sangat, nak kata trending tak trending pun tapi range high dengan low agak besar jugak. Apa pun, hanya dua hari ni sahaja iaitu hari Isnin dan hari Khamis je yang aku berjaya kutip sedikit profit. Sebenarnya boleh je kalau aku nak kutip lebih tapi kena tengok time frame kecik la, aku ada masalah sikit bila guna time frame kecik ni sebab aku tak nak terikat sangat duduk depan laptop. Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Aku kena sentiasa ingat satu benda je, 'Jangan Overtrade', itu resepi nak bagi 'drawdown' bertambah ada la.

Pun begitu, aku punya open position dah lebih negatif USD200 dah ni. Ni semua gara-gara hari Khamis lepas la, aku duk jangka GBP akan lemah waktu news tu sebab semua tempat aku refer kata mungkin matawang GBP akan lemah, sekali bila keluar news hamik kau, BOE umumkan inflasi di UK menurun, terus beramai-ramai trader beli GBP naik dekat 200 pips lepas tu price lekat kat area atas tu sampai hujung minggu. EU pun tak ketinggalan dengan kes Greece dan mesyuarat-mesyuarat penting yang lain, US Dollar lemah sekejap. Aku ni takde la pandai sangat nak ambil tahu pasal fundamental ni, tapi aku cuba la jugak faham-fahamkan. Bila rujuk pada indeks US Dollar, buat masa ni trend masih lagi kekal dalam kedudukan menaik jadinya aku akan cuba untuk kekalkan position aku bias kepada SELL sebab berkemungkinan market belum sampai lagi kepada tahap reversal lagi. Perkara paling mencabar bila jadi trader ni adalah nak buat keputusan, memang sangat-sangat mencabar.

Feb 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 2)
Aku mungkin akan keluarkan akaun H aku daripada senarai di atas. Sebenarnya rasa sayang jugak nak tinggalkan akaun tu sebab ada kredit broker USD200 dalam tu tapi aku dah takde modal lain sekarang ni. Apa pun, minggu ni bagi akaun G dan I, aku berjaya closekan 185 pips. Rasanya bila kita dah lama trading ni, sebenarnya pips ni cuma salah satu faktor ukuran je, banyak lagi faktor lain terutamanya lot saiz dan margin yang perlu diambil kira sekali jadinya takde memberikan sebarang impak sangat pun.

PAMM Investment Demo

Minggu ke-15 PAMM investment demo kita:

PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
 (Start Date: 1/11/2014 - Current date:14/2/2015)
Memandangkan aku ada floating negatif USD200, jadinya equity pelaburan USD100 jatuh 22 sen berbanding minggu lepas. Secara keseluruhan equiti masih lagi okay. Rakan kita Melaka LFX mengalami kejatuhan sebanyak USD9.39 (pelaburan USD100), kesnya sama jugak iaitu gara-gara matawang GBP menguat dan terkena stop loss.

Jom kita tengok demo akaun orang lain yang aku tunjuk minggu lepas:

PAMM Investment Demo Accounts (PAMM Manager Malaysia)
Semua orang (termasuk akaun aku sendiri) makin jatuh kecuali GJ MANIAC dengan Jalopeno. Member pantai timur kita ni hebat betul la. Malangnya aku tak berapa berani lagi nak cuba-cuba untuk trading currency pair EURJPY atau GBPJPY. Rasanya bukan aku tak berani, aku cuma tak boleh nak fokus banyak sangat pair sebab aku ni cuma part time trader jer pun..hahahaha..

Meluaskan Skop Pandangan Mengenai Trading

Forex ni cuma satu instrumen daripada pelbagai lagi instrumen yang ada di dalam dunia trading. Rasanya kita perlu juga membuka minda kita dengan apa sahaja market yang ada di luar sana. YouTube merupakan satu tempat yang aku guna untuk melihat apa sebenarnya yang didedahkan oleh orang-orang berpengalaman sepanjang mereka berkecimpung dalam dunia trading. Antara trader idola aku adalah Anton Kreill. Aku dapat tahu pasal Anton ni sejak aku tengok Million Dollar Trader - BBC beberapa minggu lepas di YouTube. Memang sangat menarik.

Boleh search Million Dollar Traders di YouTube
Banyak benda kita boleh belajar di YouTube ni, antara yang aku belajar adalah macam mana nak bezakan antara 'conflict of interest' di antara trader dan broker. Kemudian perbezaan di antara 'retail trader' dan 'professional trader'. Satu perkara yang menarik minat aku adalah professional trader mesti mempunyai 'basic salary', dah nama pun professional, mesti la ada pihak yang membayar kemahiran tinggi yang dimiliki tu kan? Banyak la persepsi yang agak mengelirukan sebelum ni akan nampak jelas bila kita dah faham bagaimana industri trading ni membuat profit. Ada juga diceritakan pasal apa itu investment banking dan hedge fund. Memang semua benda ni sangat asing bagi aku tapi penting untuk kita ketahui. Paling penting yang aku dapat simpulkan, jangan berangan nak jadi full time trader kalau situasi kewangan anda masih lagi bergantung harap sepenuhnya kepada gaji..hahaha..

Okaylah, sehingga kita bertemu lagi di minggu hadapan. Selamat belajar mengenai trading dan sentiasa belajar dan terus belajar dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Main snipe je..tengok time news ada 3 kepala dekat investing.com..kalau ada news biasa currency tu jatuh..cnth ada news aud tp us kurang...mlm tu aud naiklah..biasanyala kecuali ada nfp..5 minit sblm news standby..cari indicator yg boleh btl2 confirm..just untuk double check..bukak lot besar..tp bagi cukupla margin...kalu modal 1K...semalaman nak 3k rileks je..tutup lepas eur tutup market.dalam kul 11.45 mcm tu la..lepas tu dia nak naik turun lantak dia la...try main akaun cent dulu...1k baru usd10..100usd boleh try 10 kali...nnt bila dah biasa..mst tahu nak open apa...buat penat jee tgg depan terminal untuk main swing n lot kecil..cuma nak kongsi...sori main terjah je...tp bagusla blog ni...n rekod progress..terbaikk

Menjadi Trader berkata...

Menarik jugak cara saudara Tanpa Nama ni. Kena cuba praktis kaedah ni untuk akaun sampingan. Diversify sikit..huhu..terima kasih saudara!

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)