Waktu kejadian tu berlaku, aku masih lagi dalam prospek meeting di tengah-tengah KL dengan team marketing syarikat aku kerja. Memang satu pergerakan harga yang agak luar biasa la waktu tu untuk semua pair xxCHF. Malam sebelum kejadian ni, aku mengalami stop loss trading plan dengan range 200 pips tu. Lepas tu ada pulak trading plan aku dengan range 100 pips pun terkena stop loss jugak, memang emosi sedikit terganggu la tapi apa pun kena terima la dah trading plan tak menjadi. Salah satu kelemahan trading plan yang aku gunapakai adalah kalau trend price sangat kuat contoh macam downtrend di EURUSD sekarang ni, memang profit aku sikit sangat. Kalau ada sedikit ranging baru la profit ada lebih sikit. Kelebihan trading plan aku adalah boleh kawal risk (dan profit) dan kalau price retrace ke zone negatif pun tak gelabah sangat la sebab memang takkan MC atau stop out.
Okaylah, kita tengok keputusan trading minggu ke-3 ni:
Jan 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 |
Jan 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 |
Jan 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader |
Antara penyakit yang trader akan hadapi tak kira la sama ada loss teruk atau profit besar adalah 'overtrading'. Aku pun sebenarnya tak terkecuali daripada penyakit ni walaupun aku guna berdisiplin guna trading plan sistem. Waktu hit stop loss Rabu malam tu, aku memang kecewa la sebab lepas stop loss tu price retrace balik ikut trading plan aku tu (SELL). Waktu tu la perasaan nak balas dendam timbul. Aku tahan perasaan aku tu dan masuk tidur. Esok lusanya memang price tak turun jugak pun dan melepasi jugak price stop loss aku tu. Katakanlah aku pergi buat trading balas dendam, contoh aku letak full lot trade pada price semasa, memang 2 kali rugi la aku kalau hit stop loss sekali lagi.
Pengajaran minggu ni ada kaitan dengan tips yang sifu aku minggu lepas iaitu 'Always protect your investment'. Risk management sememangnya satu amalan yang sangat penting dalam menguruskan bisnes trading tak kiralah anda trader atau broker.
PAMM Investment Demo
Perkembangan terkini akaun PAMM Investment Demo kita:
Disebabkan drawdown sebanyak 1.61%, maka profit bagi akaun USD100 akaun MenjadiTrader kembali semula ke profit akhir bulan lepas. Akaun USD100 partner aku Melaka LFX masih lagi cuba untuk recover.
Perkembangan terkini akaun PAMM Investment Demo kita:
PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx (Start Date: 1/11/2014 - Current date:17/1/2015) |
MQL5 MenjadiTrader
MenjadiTrader Lite adalah pemenang bagi minggu ni dengan 10% pertumbuhan daripada minggu lepas. Subscriber pun dah bertambah lagi sorang.
Sejak beberapa minggu ni, aku telah dihubungi oleh beberapa pembaca blog aku ni. Aku amat berterima kasih kepada semua pembaca aku kerana sudi membaca coretan aku yang tak seberapa ni. Apa yang aku tulis ni semuanya merupakan luahan minda dan perasaan aku tanpa tapisan dalam bidang trading forex ni. Aku sebenarnya kesunyian takde geng nak bersembang pasal forex ni sebab aku hidup dalam persekitaran di luar dunia Forex trading ni. Tapi bila aku berada di dalam kelompok forex trader contoh macam kat seminar hari tu, aku rasa macam rendah diri la pulak. Mungkin aku ni bukan jenis yang pandai nak bercakap tarik orang dan terer bersosial kut.
Apa pun, aku harap pembaca aku terhibur dengan segala informasi yang aku kongsikan ni. Semoga sukses selalu.
Akaun Public MQL5 MenjadiTrader |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan