MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Isnin, 13 April 2015

April 2015: Laporan Trading (Week 2)

Minggu ke-2 bulan April 2015. Masih belum pulih:

April 2015 (Week 2): MenjadiTrader PAMM 144842
April 2015 (Week 2): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Nampak gayanya strategi yang aku gunapakai sepanjang minggu ke-2 ni tidak begitu membuahkan hasil dengan keadaan pasaran yang berubah-ubah ni. Sebenarnya pada awal minggu ke-2 ni, entri aku dah positif 'BUY', dah profit dah pun. Disebabkan oleh sifat pemalas aku yang semakin menjadi-jadi ni, ntah kenapa ntah aku malas betul rasa nak monitor dan adjust position aku mana yang patut, daripada positif terus hit stop loss. Patutnya aku adjust ke 'breakeven' pun dah okay sebenarnya tapi disebabkan 'kemalasan' melanda, aku terima la padahnya..Hahahaha..

MQL5 MenjadiTrader
Apr 2015: Akaun Public MQL5 MenjadiTrader (Week 2)
Member Melaka LFX dah mencanak akaun dia nak pulih. Takperlah, aku maintain jer la slow and steady. Aku ni nak kena tambah motivasi diri ni, biasalah bila berada dalam keadaan selesa ni akan menjadikan diri malas nak berusaha atau sekurang-kurangnya membuat revision study ke mana-mana yang patut. Mungkin aku patut amik anak murid kut baru aku jadi semangat nak meningkatkan skill trading ni..hahahaha..ada sesiapa berminat?

Apr 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 2)
Aisey, sikit je pips dapat kumpul minggu ke-2 ni. Cukuplah kut update buat masa ni. Aku masih lagi berhutang 2 blog post event ni. Aku cuba rajin-rajinkan diri aku sikit minggu akan datang ni. Adios..

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)