MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 18 April 2015

April 2015: Laporan Trading (Week 3)

Minggu ke-3 bulan April 2015. Drawdown berterusan:

April 2015 (Week 3): MenjadiTrader PAMM 144842
April 2015 (Week 3): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Dah masuk minggu ke-3 trading plan aku asyik terkena stop loss. Nak pulih pulak bukannya senang sebab pendekatan aku yang mengambil kira fixed incremental risk, aku jenis yang tak berani nak 'bom' atau 'full margin' punya entri. Masih lagi duk memikirkan apa lagi strategi yang aku boleh gunapakai untuk mengelakkan drawdown yang semakin meruncing ni. Kalau ikutkan hati, aku rasa nak berhenti je daripada 'trading forex' ni, tapi memandangkan aku dah pun melaburkan banyak tenaga, modal dan paling utama masa aku, aku nak tak nak perlu juga teruskan usaha aku ni. Rasanya aku kena jumpa sifu balik untuk re-charge motivasi aku, hari tu aku dah jumpa sifu time dinner LiteForex di Shah Alam tapi tak sempat nak sembang panjang dengan dia.

Di samping tu, masalah minggu lepas iaitu kawalan untuk dapatkan entri 'breakeven' masih lagi gagal terlaksana disebabkan aku tak sempat nak luangkan masa membuat analisa di laptop. Tu antara kelemahan bila jadi part time trader ni sebab terpaksa membahagikan masa antara tugas kerja full time dan MenjadiTrader ni.

Apr 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 3)
Aiseymen, aku kehilangan 390 pips minggu ke-3 ni. Aduhai...

Satu perkara menarik yang berlaku walaupun di saat-saat drawdown yang kecil ni, 2 orang investor baru bagi projek PAMM muncul dan telah pun meletakkan sedikit modal di dalam akaun mereka. Kalau korang masih samar-samar berkenaan projek PAMM ni, konsep PAMM di LiteForex ni mengambil pendekatan saham sebenarnya cuma nilai saham tersebut adalah di atas nama manager bagi fund tersebut. Kiranya sekarang ni akaun PAMM MenjadiTrader 144842 mengalami penurunan sebanyak hampir -4%, itu sebenarnya satu diskaun kepada pelabur jadi ini antara salah satu faktor kenapa pelabur baru ni muncul di PAMM project ni. Waktu untung kalau pelabur masuk memang habis dana pelabur tu nanti akan terkesan disebabkan drawdown. Mungkin aku patut buat PAMM Project tambahan bagi perlaksanaan 'diversification' dalam overall trading plan aku.

MQL5 MenjadiTrader

Apr 2015: Akaun Public MQL5 MenjadiTrader (Week 3)
Akaun MenjadiTrader Lite telah pun dikeluarkan daripada senarai MQL5 MenjadiTrader disebabkan oleh tiada sebarang aktiviti trading lebih daripada 2 minggu. Letih sebenarnya nak maintain banyak-banyak akaun ni lagi-lagilah part time trader macam aku ni. Oleh yang demikian, aku kena jadikan tugasan trading ini seringkas yang boleh. Aku sebenarnya berhajat nak tingkatkan lagi ilmu aku dalam forex trading ni cuma aku kena cari masa je sekarang ni.

Cukup setakat ini dahulu, tengok apa jadi pulak minggu depan.


Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)