MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Selasa, 28 April 2015

April 2015: Laporan Trading (Week 4)

Minggu ke-4 bulan April 2015:

April 2015 (Week 4): MenjadiTrader PAMM 144842
April 2015 (Week 4): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Nak nangis, nak berhenti, nak letupkan akaun semua ada dalam fikiran dan emosi aku sekarang ni. Empat minggu berturut-turut berada dalam zon negatif, dah bermacam-macam cara aku cuba untuk sesuaikan trading setup aku dalam keadaan market sekarang ni tapi masih belum berjaya, asyik hit stop loss jer. Cara aku motivasikan diri adalah dengan melihat hasil trading rakan-rakan trader yang lain:

April 2015 (Week 4): Investment Demo Accounts
Sebelum ni aku betul-betul teruja dengan gaya 'high risk' trading PAMM Manager GJ Maniac dan Jalopeno, malangnya high risk ni pun sebenarnya cara paling cepat untuk dapatkan pulangan tinggi dan juga kerugian yang tinggi jadinya investment demo akaun aku bernilai USD100 untuk kedua-dua akaun demo ni dah drawdown lebih daripada 50%. Lagi sakit jiwa sebenarnya kalau katakan aku letak duit betul pada manager ni. Member kita Melaka LFX sekarang ni dah steady sikit sebab dia ambil pendekatan untuk trade pada waktu-waktu tertentu sahaja. Mungkin aku patut tiru pendekatan yang member ni amalkan kut buat masa ni..huhu..

Okaylah, tu aje komen dan ulasan aku buat masa ni. Bulan ni aku tak berharap sangat untuk berjaya recover loss yang dialami, apa pun aku akan cuba yang terbaik sebab minggu seterusnya ni ada 2 news yang besar iaitu FOMC dan juga NFP pada 1hb bulan Mei. Harapannya adalah aku akan cuba swing position aku dan cuba yang terbaik tanpa risikokan modal yang terlalu tinggi.

Sekian, terima kasih kerana mengunjungi blog MenjadiTrader.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)