MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Jumaat, 3 Julai 2015

Jun 2015: Laporan Trading (Week 3, 4 & 5) Bulanan

10:45 PG 3
Aku dah makin lama makin kurang trade dan makin kurang update blog ni, adakah momentum trading forex aku ini akan berakhir. Apa pun mari kita lihat apa berlaku pada trading aku bulan lepas:

Jun 2015 (Week 3, 4 & 5): MenjadiTrader PAMM 144842
Jun 2015 (Week 3, 4 & 5): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL 5
Nampak gayanya kecundang balik bulan Jun lepas. Mari buat analisis trading setup yang aku dah buat:


Jumlah setup EURUSD - 10
Jumlah setup GBPUSD - 6
Jumlah keseluruhan setup - 16
Jumlah setup hit stop loss - 5

Disebabkan SL aku besar dan TP kecik, itu menyebabkan hasil kurang memberangsangkan. Mungkin setup yang aku gunapakai ni tak berapa sesuai dalam keadaan situasi matawang EURUSD dan GBPUSD sekarang ni. Aku takde masa sangat nak buat analisa ni jadi aku banyak biarkan pada setup aku ni jer.

Okaylah..semoga bulan Julai ni ada la kut hasilnya. Aku akan cuba untuk luangkan lebih banyak masa buat analisa berbanding bulan Jun. Adios..

Ahad, 14 Jun 2015

Jun 2015: Laporan Trading (Week 1 & 2)

1:26 PTG 0
Setelah sekian lama, aku akhirnya ter'skip' laporan mingguan yang biasanya aku buat. Mungkin lepas ni aku update 2 minggu sekali jer la kut, setiap minggu ni terasa macam takde apa sangat nak dikongsikan. Jadinya mari kita lihat perkembangan akaun MenjadiTrader PAMM Project:

Jun 2015 (Week 1 & 2): MenjadiTrader PAMM 144842
Jun 2015 (Week 1 & 2): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Tak tahu kenapa aku punya trading plan ni asyik naik turun naik turun jer. Dah macam tak berapa nak konsisten sangat. Sepanjang 2 minggu lepas ni, aku tak berapa nak bukak sangat pun MT4 aku di laptop, pulak tu banyak hari jugak aku outstation lah, balik kampung lah, lagi la kurang masa aku spend buat analisa pasaran. Tapi apa pun, yang penting aku dah pun buat withdrawal untuk salah satu akaun trading personal aku. Walaupun takde la banyak mana untung tu, tapi yang penting pulangan tu ada daripada hilang terus modal yang ada. Rentak trading aku ni memang kurang menarik tapi sekurang-kurangnya kerugian tu takde la teruk sangat.

Sehingga lain kali pula.

Selasa, 2 Jun 2015

Mei 2015: Laporan Trading (Week 5) dan Bulanan

10:20 PG 0
Terlewat sikit nak update ni. Maka tamatlah bulan Mei 2015 dengan keputusan trading penuh seperti di bawah:

Mei 2015 (Week 5): MenjadiTrader PAMM 144842
Mei 2015 (Week 5): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Bila dah terlewat update ni, dah mula lupa apa yang berlaku minggu lepas. Tak banyak aksi berlaku sebab cara aku trading dah slow down. Kadang tu satu hari tak tengok pun akaun trading aku. Ini adalah disebabkan aku dah tahu berapa risiko aku nak ambil dan berapa untung yang bakal diperolehi. Kalau aku ada masa aku adjust stop loss positif, baca analisis review daripada penganalisis professional, tu jer la yang biasa aku buat. Aku tak tahu kenapa sampai sekarang ni aku masih tak boleh nak faham sepenuhnya lagi support dan resistance. Apa pun syukur bulan Mei ni akaun aku berada di paras positif semula.

Ada banyak perancangan sebenarnya tapi semuanya tak menjadi, mungkin aku ni terlalu 'ambitious' tapi satu benda pun tak berapa nak gerak. Apa pun, sehingga kita bertemu semula minggu depan.

Ahad, 24 Mei 2015

Mei 2015: Laporan Trading (Week 4)

12:00 PTG 0
Sinar harapan minggu lepas hampir termusnah namun masih lagi terkawal secara keseluruhan:

May 2015 (Week 4): MenjadiTrader PAMM 144842
May 2015 (Week 4): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Pada hari Selasa lepas, market USD telah mengambil alih penguasaan makanya habis entri aku semuanya terkena stop loss. Habis terus semua profit yang aku dah kutip minggu lepas. Namun begitu, entri aku yang berikutnya berjaya memperolehi sedikit keuntungan dan pada hari Jumaat berjaya mengutip lagi sedikit profit. Aku kadang-kadang terasa macam asyik kejap untung kejap rugi jer jadi macam letih la pulak tapi sekurang-kurangnya aku takde la total loss.

Member aku Melaka LFX sekarang ni dah berjaya mencapai 100% profit. Memang power! Baru-baru member aku ni ada menghubungi aku untuk ajak aku join projek yang dia sekarang ni tengah rancang, katanya untuk menarik minat para trader di Malaysia ni marketing perlu power jadinya ROI kalau boleh tunjuk contoh macam 100% return baru la trader-trader di Malaysia ni teruja. Aku memang tak nafikan perkara ni sebab aku sendiri pun teruja bila tengok orang duk post ScreenShot atau SS profit jer memanjang, cuma disebabkan aku sudah ada pengalaman trading naik turun ni tahu yang bila tinggi profit maka risikonya pun tinggi aku jadi macam serba salah pulak nak menarik minat para trader yang kebiasaannya akan jadi 'Mat Depo' ni. Aku dah lama tak jadi mat depo tapi tak jugak jadi 'Mat Withdraw' sebab aku punya trading plan risikonya kecil jadi pulangan pun kecil. Kelebihan yang aku ada cuma aku ni trading long term jer.

Okaylah, sehingga minggu depan pula sebelum kita masuk ke bulan yang baru.

Selasa, 19 Mei 2015

Mei 2015: Laporan Trading (Week 3)

2:45 PTG 0
Terlewat sikit nak update blog ni. Adakah ini sinar harapan untuk recover loss 2 bulan sebelum ini:

May 2015 (Week 3): MenjadiTrader PAMM 144842
May 2015 (Week 3): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Setakat 2 minggu dalam bulan Mei 2015 ni, aku hanya buat beberapa setup je sebab aku dah letih nak buat banyak entri jadinya aku swing kan aje posisi aku. Hasilnya boleh tahan juga. Perlu diingat juga swing ni kalau tak kena gaya loss pun boleh tahan juga jadinya bersyukur jugak la sebab entri aku kena dengan major trend sekarang ni iaitu bagi EUR/USD dan GBP/USD adalah pada posisi 'buy'. Apa pun, dalam forex ni kadang-kadang major trend boleh juga jadi retracement ataupun reversal terus jadinya terma-terma yang digunapakai tu haruslah difahami.

Sekian dahulu la kut buat sementara ni. Aku tersangat busy dengan kerja hakiki aku jadinya trading ni dah jadi no. 2 ataupun hobi dah sekarang ni. Sekian..

Isnin, 11 Mei 2015

LiteForex Great Hundred Season 4 Grand Dinner Mac 2015

11:57 PTG 0
Blog post ni sepatutnya ditulis pada bulan Mac 2015 tapi disebabkan sifat bertangguh aku (yang aku masih cuba nak atasi), bulan Mei 2015 baru la berkesempatan nak tulis. Pada bulan Februari 2015 yang lalu, satu jemputan daripada broker kegemaran aku iaitu LiteForex telah pun aku terima:


Setakat ni dah 2 grand dinner aku pernah hadiri sebelum ni:
  1. Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014
  2. Gala Dinner XM 2014

Suasana dalam dewan Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam
Persembahan daripada Caliph Buskers..memang mantap!!
Mana-mana event ada kekurangan ada kelebihan, aku sebenarnya prefer kalau majlis ni buat waktu siang tapi dah nama pun dinner, nak buat macam mana. Aku cuma nak komen pada permainan yang dibuat oleh organizer ni macam syok sendiri dan kurang menarik hadirin yang datang untuk tunggu sampai majlis berakhir. Sepatutnya setiap hadirin dapat la macam nombor cabutan bertuah tapi rupanya majlis tu untuk mereka yang layak sahaja jadinya pukul 10.30pm dah ramai dah yang cabut termasuklah aku.

Apa pun, yang penting sebenarnya perut dah terisi dan semoga LiteForex terus mengadakan acara majlis makan-makan ini di masa-masa akan datang.

Mei 2015: Laporan Trading (Week 1 & 2)

2:37 PTG 0
Minggu pertama/kedua bulan Mei 2015:

May 2015 (Week 1 & 2): MenjadiTrader PAMM 144842
May 2015 (Week 1 & 2): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Aku berada di luar kawasan sejak daripada hari Khamis 7 Mei 2015 sampailah hujung minggu. NFP pun aku tak berapa tengok sangat sebab sibuk duk buat kerja lain. Disebabkan oleh kekurangan aktiviti forex minggu pertama bulan Mei ni, makanya sikit jer la hasil yang diperolehi. Sebenarnya boleh dapat lebih lagi tapi aku biarkan aje profit aku tu floating dengan harapan supaya aku intai-intai kat mana boleh aku entry lagi sekali.

Aku dah ada buat PAMM Projek yang baru yang diberi nama MenjadiTrader X tapi aku belum sempat lagi nak publishkan lagi projek ni. Next week la kut, aku cuma nak update jer perkembangan semasa aktiviti trading aku sepanjang minggu lepas.

Sekian..

Sabtu, 2 Mei 2015

April 2015: Laporan Trading (Week 5) dan Bulanan

10:54 PG 0
Minggu ke-5 bulan April 2015:

April 2015 (Week 5): MenjadiTrader PAMM 144842
April 2015 (Week 5): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Trading pada minggu terakhir telah berjaya membuahkan sedikit hasil untuk memulihkan segala kerugian yang telah dialami di minggu ke-2, ke-3 dan ke-4 kecuali minggu pertama. Bila aku baca balik post laporan minggu pertama bulan April 2015 dulu, baru aku teringat yang aku demam waktu loss minggu tu jadi kepala tengah tak berapa betul. Namun begitu, bulan April 2015 ini merupakan bulan kerugian aku yang paling teruk bagi tahun 2015 ini.

Minggu lepas aku ada tunjuk 2 investment demo account untuk PAMM manager yang menjadi 'favourite' aku, minggu ni modal investment demo aku bernilai USD100 pada mulanya kini tinggal:

April 2015 (Week 5): Investment Demo Accounts
Sedih pulak aku tengok baki equiti yang tinggal tapi beginilah realitinya dunia forex ni, bila kita trade high-risk dan market bertukar arah, memang kesannya pada equiti juga adalah parah. Tengok member kita Melaka LFX, sangat bergaya dengan peningkatan equiti yang agak tinggi.

Rupanya NFP bukan 1 Mei la pulak, aku tersilap info la minggu lepas. Oh ye, aku dah pun remove beberapa widget kat tepi blog aku ni dan berbekalkan baki modal pelaburan (USD460 je tinggal daripada modal USD1,000 3 bulan lepas..rugi siut..nanges..) aku akan tambah satu lagi project PAMM yang akan diberi nama 'MenjadiTrader X'. Untuk projek PAMM baru ni, aku masih akan gunakan teknik yang sama (menggunakan excel file keramat aku) tetapi aku akan tinggikan sikit risk aku disamping currency pair yang aku akan gunapakai adalah AUD/USD dan NZD/USD. Kita akan tengok nanti akaun projek PAMM yang mana akan memberikan profit/loss yang lebih banyak. Ini merupakan salah satu langkah aku untuk diversify portfolio projek PAMM aku sekarang ni.

Okaylah, semoga bulan Mei 2015 ini akan membuahkan hasil yang lebih baik lagi.

Selasa, 28 April 2015

April 2015: Laporan Trading (Week 4)

3:34 PG 0
Minggu ke-4 bulan April 2015:

April 2015 (Week 4): MenjadiTrader PAMM 144842
April 2015 (Week 4): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Nak nangis, nak berhenti, nak letupkan akaun semua ada dalam fikiran dan emosi aku sekarang ni. Empat minggu berturut-turut berada dalam zon negatif, dah bermacam-macam cara aku cuba untuk sesuaikan trading setup aku dalam keadaan market sekarang ni tapi masih belum berjaya, asyik hit stop loss jer. Cara aku motivasikan diri adalah dengan melihat hasil trading rakan-rakan trader yang lain:

April 2015 (Week 4): Investment Demo Accounts
Sebelum ni aku betul-betul teruja dengan gaya 'high risk' trading PAMM Manager GJ Maniac dan Jalopeno, malangnya high risk ni pun sebenarnya cara paling cepat untuk dapatkan pulangan tinggi dan juga kerugian yang tinggi jadinya investment demo akaun aku bernilai USD100 untuk kedua-dua akaun demo ni dah drawdown lebih daripada 50%. Lagi sakit jiwa sebenarnya kalau katakan aku letak duit betul pada manager ni. Member kita Melaka LFX sekarang ni dah steady sikit sebab dia ambil pendekatan untuk trade pada waktu-waktu tertentu sahaja. Mungkin aku patut tiru pendekatan yang member ni amalkan kut buat masa ni..huhu..

Okaylah, tu aje komen dan ulasan aku buat masa ni. Bulan ni aku tak berharap sangat untuk berjaya recover loss yang dialami, apa pun aku akan cuba yang terbaik sebab minggu seterusnya ni ada 2 news yang besar iaitu FOMC dan juga NFP pada 1hb bulan Mei. Harapannya adalah aku akan cuba swing position aku dan cuba yang terbaik tanpa risikokan modal yang terlalu tinggi.

Sekian, terima kasih kerana mengunjungi blog MenjadiTrader.

Sabtu, 18 April 2015

April 2015: Laporan Trading (Week 3)

9:09 PG 0
Minggu ke-3 bulan April 2015. Drawdown berterusan:

April 2015 (Week 3): MenjadiTrader PAMM 144842
April 2015 (Week 3): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Dah masuk minggu ke-3 trading plan aku asyik terkena stop loss. Nak pulih pulak bukannya senang sebab pendekatan aku yang mengambil kira fixed incremental risk, aku jenis yang tak berani nak 'bom' atau 'full margin' punya entri. Masih lagi duk memikirkan apa lagi strategi yang aku boleh gunapakai untuk mengelakkan drawdown yang semakin meruncing ni. Kalau ikutkan hati, aku rasa nak berhenti je daripada 'trading forex' ni, tapi memandangkan aku dah pun melaburkan banyak tenaga, modal dan paling utama masa aku, aku nak tak nak perlu juga teruskan usaha aku ni. Rasanya aku kena jumpa sifu balik untuk re-charge motivasi aku, hari tu aku dah jumpa sifu time dinner LiteForex di Shah Alam tapi tak sempat nak sembang panjang dengan dia.

Di samping tu, masalah minggu lepas iaitu kawalan untuk dapatkan entri 'breakeven' masih lagi gagal terlaksana disebabkan aku tak sempat nak luangkan masa membuat analisa di laptop. Tu antara kelemahan bila jadi part time trader ni sebab terpaksa membahagikan masa antara tugas kerja full time dan MenjadiTrader ni.

Apr 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 3)
Aiseymen, aku kehilangan 390 pips minggu ke-3 ni. Aduhai...

Satu perkara menarik yang berlaku walaupun di saat-saat drawdown yang kecil ni, 2 orang investor baru bagi projek PAMM muncul dan telah pun meletakkan sedikit modal di dalam akaun mereka. Kalau korang masih samar-samar berkenaan projek PAMM ni, konsep PAMM di LiteForex ni mengambil pendekatan saham sebenarnya cuma nilai saham tersebut adalah di atas nama manager bagi fund tersebut. Kiranya sekarang ni akaun PAMM MenjadiTrader 144842 mengalami penurunan sebanyak hampir -4%, itu sebenarnya satu diskaun kepada pelabur jadi ini antara salah satu faktor kenapa pelabur baru ni muncul di PAMM project ni. Waktu untung kalau pelabur masuk memang habis dana pelabur tu nanti akan terkesan disebabkan drawdown. Mungkin aku patut buat PAMM Project tambahan bagi perlaksanaan 'diversification' dalam overall trading plan aku.

MQL5 MenjadiTrader

Apr 2015: Akaun Public MQL5 MenjadiTrader (Week 3)
Akaun MenjadiTrader Lite telah pun dikeluarkan daripada senarai MQL5 MenjadiTrader disebabkan oleh tiada sebarang aktiviti trading lebih daripada 2 minggu. Letih sebenarnya nak maintain banyak-banyak akaun ni lagi-lagilah part time trader macam aku ni. Oleh yang demikian, aku kena jadikan tugasan trading ini seringkas yang boleh. Aku sebenarnya berhajat nak tingkatkan lagi ilmu aku dalam forex trading ni cuma aku kena cari masa je sekarang ni.

Cukup setakat ini dahulu, tengok apa jadi pulak minggu depan.


Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)