Akhirnya aku hadir ke kelas live trade yang ditunggu-tunggu malam semalam. Peliknya, aku sorang jer student, yang lain-lain semua tak nampak muka (aku mana kenal sapa pun kecuali Sifu..haha). Apa pun sifu aku memang seorang yang sempoi, walaupun aku sorang jer dia tetap teruskan kelas. Dah jadi lebih kurang macam personal coaching la. Kelas start jam 8.30 malam dan habis jam 4 pagi. Memang mata dah mengantuk bila dah pukul 1-2 pagi tapi demi mempertahankan akaun yang semakin susut duit modal, tunggu jugak la. Sifu pun trade jugak guna live akaun, akaun dia pun ada sedikit lost, sapa cakap sifu takde loss, sifu pun manusia biasa jugak macam kita.
Disebabkan timing silap sikit jer, terus akaun jadi mengecik. Apa pun, skill dan teknik yang dah aku belajar daripada sifu memang takkan jumpa kalau setakat baca atau dengar lecture jer. Tu pasal la Nabi tuntut kita pergi menuntut ilmu dengan berguru, jangan duk mengada nak belajar sendiri. Apa pun, aku rasa lagi berbaloi akaun mengecik daripada berbelanja ribuan ringgit masuk kelas yang tak tentu lagi macam mana perlaksanaan (action) apatah lagi hasil pulangan. Pengalaman lalu dah mengajar aku yang kita boleh berbelanja banyak dan anggap semua tu pelaburan untuk diri sendiri, malangnya cara untuk mengira pulangan tu selalunya akan dilupakan.
Bagi aku sendiri, aku lebih suka bertindak daripada cakap jer lebih tapi keputusannya tak seperti yang diharapkan. Cumanya dalam Forex trading ni corak pemikiran kena lain sikit, mengharapkan hasil sahaja tak cukup tapi mesti dilaksanakan sebab bila tak cuba, kita takkan tahu. Di bawah ni screenshot apa yang berlaku kepada akaun live trade aku:
|
Akaun PAMM aku ni |
Kalau tengok screenshot tu nampak macam aku dah rugi banyak, tapi sebenarnya aku rugi lebih kurang RM50 jer. Ada cerita disebalik akaun PAMM ni, kalau nak tahu memang kena pergi berguru. Sifu aku pulak kata kelas yang aku join ni dia dah tutup dah pun penyertaan baru, kira macam aku ni bertuah la (walhal aku sorang je pun, nak bertuah apanya). Menariknya sifu telah menggariskan yang sebenarnya dalam trading forex ni kita perlu anggap ianya satu perniagaan. Dalam perniagaan adakalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah, itu adalah normal. Tapi betul jugak cakap sifu tu sebab kalau kita nak bukak kedai atau gerai sekali pun, kita perlu ada modal dan modal tu akan hangus sebab kita akan gunakan modal tu untuk operasi. Kalau nak laburkan modal pun dah tak sanggup, tak payah berniaga la kalau macam tu. Betul tak?
Okaylah, minggu depan adalah operasi untuk recover lost yang telah berlaku. Itu cerita minggu depan pulak la. Selamat berhujung minggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan