MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Khamis, 18 Disember 2014

Menghadiri Gala Dinner XM 13 Disember 2014

Bulan November yang lepas, broker XM telah menjemput aku untuk menghadiri Gala Dinner XM bagi tahun 2014. Kalau bulan Oktober lepas aku dah pergi ke Gala Dinner InstaForex, kali ni tiba giliran XM pulak. Menariknya tempat Gala Dinner ni berada di lokasi luar KL tapi tak jauh sangat pun. Jadinya aku pun ambil kesempatan ni angkut semua anak bini aku holiday terus kat Colmar Tropicale Bukit Tinggi.

Oh ye, aku menulis blog ni di kala FOMC US sedang berlangsung. Terbangun lewat malam saja je nak tengok apa yang berlaku, jangkaan aku USD akan lemah atau kekal di takuk yang sama. Buat masa ni percaturan aku nampak macam betul tapi selagi tak hit TP buy aku, aku takleh komen lebih-lebih la, walau apa pun risk reward aku dah ditetapkan jadinya takdenya nak sakit jantung tengok graf gerak laju turun naik tu. Nak tidur pun takper.

Okaylah, macam biasa aku suka biarkan gambar berbicara daripada aku duk bercerita. Aku tak berkesempatan nak ambil gambar banyak-banyak ataupun bersosial waktu event tu sebab kena jaga anak aku yang berumur dua tahun yang tak nak duduk diam langsung. Kalau lepas je, ada je dia nak lari ke sana-sini, aku yang naik letih. Ni je la gambar yang aku sempat snap pun:

Booth registration Gala Dinner XM
Aku sampai pun dah lambat, orang dah habis makan dah pun. Mujur aku dah lunch dulu sebelum sampai ke tempat ni. Muka orang-orang yang sama macam seminar XM dululah.

Dewan Gala Dinner XM di The Chateau
Ada presentation daripada sorang trader daripada Johor tentang macam mana dia trade itu ini. Aku tak berapa minat nak dengar sangat. Biasalah, bila kita dah trade secara konsisten kita mula la jadi macam berlagak la konon...hahaha..tapi sebenarnya aku kalau boleh nak dengar tapi memandangkan aku bawak anak bini aku jadinya aku terpaksa utamakan diorang dulu la. Kononnya nak check-in awal, sekali tu dah siap habis round kat sekitar Colmar Tropical yang ala-ala France tu, pukul 4.30pm baru dapat bilik. Punya la ramai orang nak check-in, lepas tu ada pulak aku dengar sorang brader ni dia bawak family dia semua parking kat atas tempat seminar tu sekali tu luggage diorang kena curi. Brader tu datang nak join Gala Dinner XM ni la sekali jalan-jalan macam aku buat la kut tapi mungkin nasib tak berapa baik ada pencuri pulak kat tempat ni. Aku tak tahu apa cerita la sama ada dapat tangkap pencuri tu ke tak lepas tu sebab katanya semua tempat dalam kawasan ni ada CCTV.

Disebabkan check-in pun lambat, makanya aku dan family pun lambat jugak masuk dalam Gala Dinner tu dah lebih pukul 6pm baru sampai. Biasalah, dah siap nak keluar dah ni sekali tu anak pulak nak kena salin lampin sebab dah berak pulak. Macam-macam hal..

Persembahan di Gala Dinner XM
Tak banyak pun cabutan bertuah yang ada dan aku dan ramai lagi tak bertuah pun.

Magic show di Gala Dinner XM
Persembahan sepanjang Gala Dinner ni pada aku agak hambar sikit. Ada yang komedi tu sebab dia dalam English jadinya macam tak kena gaya pun ada jugak. Aku pulak duk sibuk kejar anak aku jadinya tak dapat nak menikmati sepenuhnya majlis Gala Dinner ni. Cuma yang terkilannya makanan yang dihidangkan macam kekurangan sesuatu, tak tahu la nak kata sebab dah berada di tempat tinggi ni ke atau rasa makanan tu sendiri macam terkurang. Apa pun, aku makan je la dah perut lapar.

Aku baru je buat deposit ke akaun XM aku siang tadi, katanya semua peserta Gala Dinner XM ni akan dapat 100% bonus pada no akaun yang didaftarkan berdasarkan email. Bila aku depo guna Skrill, aku dapat 50% je. Aku malas nak komplen pasal benda ni sebab macam mana pun, aku rasa minggu depan aku dah nak withdraw balik berapa je hasil yang aku dapat kutip nanti.

Untuk team XM Malaysia, memang aku tabik kat korang punya follow up event management. Korang memang tip-top jaga client. Jarang aku jumpa penganjur event yang sentiasa akan email dan SMS remind kat peserta pasal sesuatu event tu. Pada aku, walaupun kadang-kadang tu ada kekurangan dari segi features sesuatu produk atau servis tu tapi kalau hubungan antara pelanggan tu aku puas hati, aku akan sentiasa hargai hubungan customer service lagi tak kira la produk dan servis ada yang lagi menarik di tempat lain. Jadinya keep up the good work team XM Malaysia dan kalau ada event lain lagi jangan lupa jemput aku join sekali. :-)


Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)