MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 21 Disember 2014

Update Trade Minggu Ketiga Disember 2014

Motivasi aku agak down sikit weekend ni nak tulis update blog ni. Trading ni sebenarnya kita boleh je konon nak kata ikut disiplinlah, tak nak libatkan emosilah semua tu tapi hakikatnya sebagai manusia biasa kita mesti akan tewas juga sekali-sekala. Sebab tu kita perlukan sokongan dan aku sekarang ni kekurangan sokongan sebab aku rasa macam aku trade sorang-sorang..huhu..apa pun aku dah janji dengan diri sendiri untuk buat update setiap minggu jadinya aku kotakan juga janji tu macam mana pun.

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Akaun PAMM MenjadiTrader 144842 MQL5
Minggu ke-3 ni nampak macam banyak profit aku dapat kutip, tengok kat keputusan trading setiap hari ada je dapat close position dengan profit. Disebabkan oleh keputusan yang baik ni, aku mula rasa hebat tapi selepas hari Rabu iaitu selepas FOMC salah satu trading setup aku EURUSD yang aku letak BUY jatuh merudum dan hampir terkena stop loss. Aku pulak yakin yang EURUSD ni akan naik semula hari Khamis tu sebab GBPUSD naik balik selepas FOMC tu malangnya tak naik pulak. Aku pun dengan perasaan yakin pergi hilangkan stop loss level tu. Price EURUSD ada naik sikit tapi tak berjaya naik sampai hari Jumaat malam. Aku masih lagi nak cuba jugak, aku pasang lagi setup BUY calculate untuk sampai price untuk breakeven tapi price EU ni masih turun ke bawah lagi. Akhirnya market pun close dengan floating negatif lebih daripada profit yang aku dah sepanjang minggu ni. Tu yang menyebabkan emosi aku terjejas ni. Tapi aku pun satu, aku boleh pulak tak nak terima stop loss yang aku letak dan adjust lagi pulak tu. Memang "Teknik Harapan" ni satu penyakit yang sangat sukar diatasi di kalangan trader ni termasuklah aku sendiri. Kita tengok jer la hari Isnin nanti apa akan jadi.. **sedeyy**

PAMM Investment Demo

PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
(Start Date: 1/11/2014 - Current date:21/12/2014)
Disebabkan akaun floating negatif melebihi profit yang aku dah kutip minggu ke-3 ni, hasil equiti juga terjejas sedikit. Melaka LFX ada recovery sikit sebab walaupun dalam keadaan rugi akaun member ni ada buat sedikit profit. Minggu lepas aku dah cakap dah, aku tak nak komen lebih-lebih tapi aku tak komen apa-apa pun aku dah terkena balik. Padan muka aku..

MQL5 MenjadiTrader

Akaun Public MQL5 MenjadiTrader
Akaun contest GAFX aku dah berjaya aku recover kan. Tinggal 5 hari jer pun sebelum contest ni akan berakhir. Ranking pertama dan kedua dah lebih USD1000 dah pun, memang aku dah tak terkejar la. Bila dilihat pada akaun mereka yang berada di top ranking tu, kebanyakan mereka yang berada di puncak tu trade pair XAUUSD iaitu Gold. Aku macam tertarik jugak dengan pair ni, aku dah bercadang nak buat eksperimen dengan pair XAUUSD ni minggu ke-4 tapi bukan akaun utama la, semestinya akaun khas untuk pair ni sahaja. Aku dah siapkan plan untuk trade pair XAUUSD ni jadinya nanti aku ceritalah apa yang terjadi dan apa yang aku temui dalam tempoh trade pair ni.

Minggu terakhir bulan Disember 2014 merupakan penutup bagi trading tahun 2014, dengar cerita kata kebanyakan trader-trader besar dah pergi bercuti dan price biasanya akan ikut teknikal dan bukan fundamental. Kita tengok jer la macam mana nanti. Apa pun, selamat bertrading kepada semua peminat forex trading.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)