MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 7 Disember 2014

Update Trade Minggu Pertama Disember 2014

Bulan Disember 2014, bulan yang penuh dengan cabaran. Semalam telah berlangsungnya acara penting bulanan iaitu NFP bagi bulan Disember 2014. Di samping itu, aku juga telah mengalami sedikit drawdown bukan daripada akaun tapi dari segi emosi sebab aku telah ditimpa musibah yang mana kereta Proton Wira kepunyaan aku yang berumur 15 tahun hampir dicuri di luar kawasan kondo tempat aku tinggal. Tidak tahu di mana silapnya, tempat lubang kunci dah ditebuk tapi mungkin tak boleh nak start enjin jadinya hanya bateri kereta sahaja yang hilang. Mujur jugak kereta tak kena curi, kalau tak stroller anak aku yang baru beli dengan seat kereta anak aku pun hilang sekali. Pakai kereta buruk pun berisiko, pakai kereta mahal pun berisiko jugak. Jadinya segala profit yang telah dibuat setakat ini terpaksa digunakan sedikit bagi menanggung kerugian pembaikan kereta pula. Bulan lepas dah la kereta yang sama eksiden depan rumah. Ungkapan hidup umpama roda sememangnya ada betul bila difikir-fikirkan.

Okaylah, cukup dulu luahan rasa dan perasaan, mari kita lihat prestasi trading pula:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842

MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Nampaknya hasil bagi minggu pertama bulan Disember 2014 ni je dah melebihi hasil keseluruhan 4 minggu bulan November 2014. Sebenarnya hasil minggu ni kalau kita tengok ada kaitan dengan trading setup carry forward daripada minggu lepas dengan risiko pergerakan BUY yang aku ambil pada awal minggu kemudian risiko pergerakan SELL pada waktu NFP. Minggu ni memang aku ambil risiko BUY di EURUSD dan juga GBPUSD walaupun matawang USD kuat minggu ni. Hari Khamis, close position lepas tu buat setup SELL pulak di EURUSD sahaja. Bila NFP, EURUSD jatuh dan terus collect profit. Macam kita selalu dengar 'high risk, high reward' jadinya itulah yang terjadi aku rasa.

Dalam tempoh beberapa minggu ni, ada beberapa trader dah menghubungi aku bertanyakan sama ada boleh ke aku jadi sifu diorang. Aku dah berterus terang dah kata yang aku ni bukan tenaga pengajar Forex pun, kalau pasal IT mungkin boleh la aku ajar sikit-sikit cumanya aku berpendapat ramai lagi tenaga pengajar Forex kat luar sana yang lebih baik, berpengalaman dan berdedikasi berbanding aku ni. Aku sendiri pun kalau ada kelas Forex mana-mana sama ada free atau berbayar dan kalau ada kelapangan aku nak hadir ke kelas tersebut sebab. Jadinya aku minta maaf la kalau aku mengecewakan korang yang dah cuba contact aku. Mungkin aku akan tukar fikiran ke waktu akan datang tapi yang penting korang jangan lupa melawat blog aku ni setiap minggu ok?

PAMM Investment Demo

Bulan lepas bermula awal November kita ada bukak PAMM investment demo akaun, so di awal bulan Disember ni apakah hasilnya:

PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
(Start Date: 1/11/2014 - Current date:6/12/2014)
Kita tengok amaun paling kecik la dulu, pelaburan kita bermula dengan modal USD100 telah menjadi USD6.18 bermakna kita telah mendapat keuntungan sebanyak 6.18%. Modal USD1,000, dah dapat USD61.83, modal USD10,000 dapat USD618.30, modal USD100,000 dapat USD6,183.03 dan akhir sekali modal USD1,000,000 dapat USD61,830,30. Begitulah analogi investment demo akaun kita. Walaupun gain kita nampak macam kecik sangat tapi yang penting sebenarnya pertumbuhan akaun kita tu organik. Boleh je kalau nak letak baja sikit kasi up sikit pertumbuhan tu tapi kena beringat juga hukum fizik Newton ke-3, sapa belajar sains tahu la kut.

Sebut pasal hukum Newton, investment demo akaun Melaka LFX telah mengalami kemerosotan yang agak ketara berbanding minggu lepas. Kalau akaun USD100 minggu lepas amaun USD110.30, minggu ni dah menurun kepada USD101.20. Macam ni la realiti dunia Forex, kejap naik kejap turun jadinya aku dan korang semua sebagai seorang pelabur mempunyai risiko dan peluang yang tersendiri. Jangan la bila waktu untung kemain bangga lagi canang sana-sini, tapi bila rugi terus membisu hilang terus tak dapat nak contact. Trading ni kadang-kadang boleh mencerminkan sifat peribadi kita, aku ada terbaca minggu lepas berkenaan 'Trading Pillars' atau asas kepada corak trading kita, tengok kat bawah ni:

Trading Pillars
  1. Technical Analysis 10%
  2. Money Management 30%
  3. Trading Psychology 60%

Faktor terbesar dalam trading adalah psikologi dan bukannya pada teknikal analisis sangat pun. Memang aku akui pun benda ni, teknik yang aku guna pakai Microsoft Excel banyak membantu aku di subjek no. 2 iaitu Money Management. Teknikal analisis biasanya aku baca orang lain punya jer sebab aku tak pandai dan tak cukup masa sangat pun nak buat analisa tarik fibo buat support resistance line bagai semua tu. Psikologi trading yang paling utama dan yang paling susah nak kuasai sebab kita dah buat item 1 dan 2 sekali tu kita tengok orang lain buat atau cadangkan benda lain, kita dah goyang tak tahu nak buat keputusan nak ikut plan sendiri ke nak ubah. Bila tak ubah karang, takut apa yang orang lain cakap tu betul, bila ubah pulak takut apa kita dah buat ni sia-sia.

Faktor psikologi ni la yang menjadikan kita tak tentu arah dalam membuat keputusan. Benda yang aku cerita ni sebenarnya termasuklah aku pun, apa korang ingat sifu-sifu yang nampak hebat kat luar sana tu semua tak alami masalah psikologi ni ke? Diorang lagi la, dah la nak kena berurusan dengan psikologi diri sendiri, lepas tu nak kena mengadap pulak psikologi anak murid tua muda yang lagi macam-macam perangai ada. Betul tak? Jadinya korang tak payah la nak jenguk atau tanya sifu korang nak investor password nak tengok akaun trading betul ke teknik trading sifu ni betul-betul profit ke tak. Kalau nakkan ketelusan, korang tengok jer la akaun-akaun MenjadiTrader yang aku paparkan secara terang-terangan dalam blog ni..huhu..

MQL5 MenjadiTrader

Akaun Public MQL5 MenjadiTrader
Aku sekarang ni ada 2 akaun baru yang sedang meningkat naik prestasinya iaitu MenjadiTrader Lite dan MenjadiTrader PFT GAFX. Akaun Lite aku tu modalnya cuma USD200 kredit yang broker bagi jadinya boleh dikatakan aku tak guna modal duit aku sendiri dah pun, aku dah bawak keluar dah semua duit modal aku untuk menampung kerugian aku di luar dunia trading..hahaha..

Mini Contest PFT

Aku masih lagi beranggapan yang akaun contest MenjadiTrader PFT GAFX ni agak berisiko sebab leverage dan contract size tidak menepati citarasa yang aku tapi sebab dah contest jadinya terpaksa la ikut peraturan yang ditetapkan. 

MenjadiTrader PFT GAFX MQL5
Aku rasa aku takkan menang pun contest ni sebab ranking no. 1 dah cecah USD500 tu. Kalau korang tengok keputusan minggu pertama, memang ramai pun trader-trader berbakat dan diorang ni bukannya sifu pun. Diorang sama jer macam aku dan korang tapi mempunyai minat dalam bertrading forex. Nampak tak garisan hijau tu, drawdown aku cecah 17.8% walhal stop loss drawdown yang aku sanggup tanggung adalah pada 20%. Terus terang aku cakap, akaun mini ni dengan equiti USD100 memang buat psikologi trading aku goyang. Apa pun, aku akan teruskan usaha jugak macam aku pernah tulis sebelum ni, aku akan cuba bertahan sehingga habis tempoh contest dan withdraw semua keuntungan (kalau ada). 

Begitulah ceritanya untuk minggu ini, sehingga kita bertemu lagi pada minggu akan datang pula.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)