MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 27 Disember 2014

Update Trade Minggu Keempat Disember 2014

Minggu ke-4 bulan Disember 2014 ni kita semua dikejutkan dengan bencana alam yang menimpa beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia ni. Macam-macam benda yang dikongsikan di dalam FB pasal isu banjir ni, aku mendoakan yang terbaik untuk mereka atau ahli keluarga yang terlibat. Minggu ke-4 ni merupakan sesi recovery mode bagi akaun utama aku, aku dah cut loss position BUY EURUSD pada position stop-loss yang sepatutnya berlaku pada minggu lepas.

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Akaun PAMM MenjadiTrader 144842 MQL5
Memang price tak bergerak banyak sangat sepanjang minggu ke-4 ni sebab dah hujung tahun ni trader-trader besar semua dah pergi bercuti dengar citernya. Tapi aku masih mencuba jugak la untuk cari sedikit pips walaupun takde ke mana pun perginya. Aku duk asyik tunjukkan profit yang aku dapat jer, sebenarnya profit tu datang daripada jumlah pips yang berjaya dikumpulkan. Kat bawah ni merupakan sedikit info berkenaan pips yang aku berjaya perolehi menggunakan tools daripada FX Junction.
Akaun PAMM dan LITE MenjadiTrader
Kalau ikut pada laporan di atas ni, minggu ke-4 ni untuk akaun LITE, aku kehilangan 671 pips atau bersamaan dengan -3% daripada balance akaun. Memang aku ambil risiko lebih sikit pun guna akaun LITE ni tu yang jatuh tu nampak ada lebih sikit. Untuk akaun PAMM pulak, aku kehilangan 424 pips atau -1% daripada balance akaun. Tapi cuba tengok keseluruhan pips yang diperolehi, 10,456 pips sejak akaun ni dibuka pada bulan April 2014. Apa kaitannya pips ni sebenarnya? Katakan 1 pips USD1, 10 ribu pips dah USD10,000 la. Cuma dalam konteks trading aku, aku tak tengok pada perolehan pips sebab aku trading ikut risiko berdasarkan nilai fixed USD, jadinya nilai pips ni tak berapa relevan sangat dalam trading plan aku.

PAMM Investment Demo

PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
(Start Date: 1/11/2014 - Current date:27/12/2014)
Kalau minggu lepas akaun USD100 equiti semasa USD6.17 disebabkan oleh akaun floating negatif, minggu ni pulak equiti semasa USD7.69. Kira okaylah tu, ada pertumbuhan walaupun kecil. Akaun Melaka LFX pun ada sedikit pertumbuhan. Yang penting sebenarnya ada kemajuan di saat-saat market tengah slow disebabkan oleh cuti akhir tahun ni.

MQL5 MenjadiTrader

Akaun Public MQL5 MenjadiTrader
Aku dah pun request untuk withdrawal bagi akaun MenjadiTrader PFT GAFX dan aku dah pun simpan akaun tu. Aku sekarang ni baru dapat modal trading yang baru dan aku sedang merangka strategi untuk trading sekarang ni dengan mengambil kesempatan menggunakan bonus daripada broker. Sebenarnya bonus yang broker bagi tu bagus sebenarnya, cuma kita sebagai trader ni perlulah jaga money management. Bonus daripada broker ni sebenarnya merupakan satu kemudahan tambahan di samping leverage yang kita boleh gunakan untuk mengurangkan risiko trading plan kita. PAMM akaun aku tu masih lagi merupakan akaun trading utama aku sebab aku punya objektif long term.

Aku sedang merangka satu plan untuk mendapatkan promoter untuk akaun PAMM MenjadiTrader yang mana aku akan tawarkan sebanyak 75% daripada komisyen manager (50%) kepada Investor Partner. Aku masih lagi tengah study formula pengiraan komisyen affiliate ni tapi kalau ada sesiapa yang berminat untuk jadi promoter kepada akaun PAMM MenjadiTrader, silalah hubungi aku melalui borang contact di blog aku ni.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)