MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 25 Oktober 2008

Seminar Easy-Forex dan MOCfx di Concorde Hotel

6:41 PTG 2
Pagi tadi aku pergi ke satu seminar yang aku dah register 2 minggu lepas. Kadang-kadang bila kita trade sengsorang ni, terasa sunyi pulak. Setakat berhubung dgn orang2 secara online pun rasa macam tak best jugak kan. So, pagi tadi aku pun pergi la ke satu seminar Forex Strategy Trading yang dianjurkan oleh Easy Forex, sebuah broker Forex daripada Australia dengan Kelab MOCfx yang telah bertapak di Malaysia sejak 3-4 tahun lepas. Actually hari ni genap sebulan aku secara rasminya menjadi ahli Kelab MOCfx ni. Slack sikit jer, seminggu ke dua minggu lepas aku jadi ahli, tiba-tiba ada pulak promosi bila jadi ahli dan deposit USD200 dalam akaun, EF akan creditkan USD25 sebagai bonus...melepas aku..

Apa pun, blog post kali ni aku nak citer la apa yang aku belajar daripada seminar pagi tadi. Nanti dlm blog post lain, aku citer pulak pasal apa yang berlaku selama tempoh sebulan selepas blog post aku yg sebelum ni dan apa yg aku alami dan belajar sepanjang tempoh tu. Alright, hari Sabtu kat KL tak berapa jem sangat la, mungkin sebab orang semua balik kampung kut dah Isnin ni cuti Deepavali. Aku park keta kat open car park area depan Saloma Bistro pastuh jalan kaki ke Concorde Hotel. Hard Rock Cafe rupanya tengah renovate jadi diorang tutup sementara waktu la tempat hiburan tu. Concorde Hotel ni boleh tahan jugak la, nampak mewah gak. Ingat satu hari nanti nak try lepak situ la satu malam..chewah..haha..



Time aku sampai tu, dah ramai dah org lain yang datang. Memang aku tak kenal sapa pun. Organizer dari Easy Forex memang ada 2 org jer pun, Stefani dengan Cynthia. Company Forex ni buat duit juta-juta tapi staf sikit je. Memang diorang minimizekan kos betul kan?



Aku tak sure si Stefani tu dah kawin ke belum. Aku tak berminat sangat pun dengan dia. Tapi dia punya slang orang putih memang Australian la. Katanya dia ni orang Indon tapi apa-apa pun, bagi aku okaylah presentation dia walaupun dia nampak cam gelabah sikit. Agakya sebab rata-rata semua yang dtg lelaki jer, pompuan ada la dalam 4 orang dalam bilik tu. Byk jugak la tips2 si Stefani ni kasi. Dia citer la dia pun amik masa berapa tahun baru la nak dapat master dia punya personal psikologi.



Aku x dapat amik gambar yg clear sangat si Stefani ni sebab aku guna handphone aku jer amik gambar. Tak kisahlah, yang penting ilmunya, bukannya aweknya..betul tak?



Kemudian, tibalah sesi yang semua orang nanti-nantikan. Presiden MOCfx, En. SureLaris. Brader ni memang sempoi habis. Memang selambe jer orangnya. Siap ngaku awal-awal lagi dia nak kasi presentation guna BM dah BI dia cam kokak sikit. Dalam presentation En. Surelaris ni, memang banyak tips2 yang dalam PDF download takde (ahli MOCfx tahu la kat mana nak carik bahan percuma ni). Kalau nak selak satu-satu info dalam forum MOC tu, memang masak ler..Pulak tu, dia tunjukkan yg live punya visual, tu yg mahal tu.

So far, hanya satu teknik II (Ada 9 teknik yang MOCfx ajar) jer la yang dia tunjuk. Menariknya, teknik2 ni tak payah tgk graf pun. Aku ni punya la duk tgk graf hari-hari tapi bukannya paham sangat pun, kononnya nak belajar tgk jenis-jenis candlestick pulak lepas ni. Takperlah, belajar semua benda tak salah kan? Apa pun, yang penting sekarang ni, aku kena go back to basic iaitu, "Tetapkan matlamat" dulu. Banyak orang yang gagal (termasuklah aku) antara punca utamanya adalah, matlamat takde ataupun tak berapa kukuh dan jitu. Sebab tu la kalau korang yg pernah masuk MLM (Aku pernah join dulu-dulu tapi tak pegi mana pun), antara training yang dititikberatkan adalah "personal development". Teknik hebat mana pun, kalau diri sendiri goyang, tak boleh pergi jauh jugak..betul tak?

Okaylah, cukup la kut sampai sini aku tulis. Ni pun nak tulis blog post ni dekat sejam aku habiskan masa. Nanti ada kelapangan, aku tulis lagi. Sekian..

Sabtu, 4 Oktober 2008

Pengalaman Trading Live Di Hari Raya 2008

7:13 PG 0
Aku tahun ni raya agak hambar sikit sebab family aku terkena jangkitan demam. Aku bernasib baik tak kena walaupun aku duk terperap je kat rumah ni. Aku tak keluar mana pun beraya lagi ni sebab mengabdikan diri study secara intensif forex ni memandangkan raya tahun ni jatuh pada hari bekerja. Time kerja aku tak berapa sempat nak study forex ni sebab ada tugasan lain kan. Hari raya ke-2 yang lepas merupakan masa aku trade live kat forex ni. Berbekalkan USD200 yang aku hutang daripada kredit kad dan setelah berhari-hari sejak minggu lepas duk buat kajian, aku dgn berdebarnya trade. Arghh...aku kerugian 50 pips stop loss!!! Malam tu jugak aku pasang strategi utk cover sekurang-kurangnya setengah daripada kerugian. Keesokan paginya, aku dah cover separuh...fuhh...lega!!

Hari raya ke-3, ada news penting dan besar pulak tuh. Aku rasa aku start trading live ni wrong timing la. Patutnya aku dah start awal dulu, ni aku start time saat-saat dunia tengah mengalami keruduman ekonomi yang tak disangka-sangka. Tapi takper, mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Yang bestnya, malam tadi ada pulak training conference yang live di sponsor khas oleh FXStreet.com yang mana speakernya adalah orang yang mengendalikan FX Boot Camp. Aku dah lama mengikuti FX Boot Camp ni kat YouTube walaupun aku tak paham sangat banyak benda yang dia cerita dalam video tu, tapi aku try jugak la. Ni video aku amik guna handphone kamera aku bukti yang aku hadir kat web conference tu malam tadi:



Time tengah training tu, speaker tu ajar live lagi bila nak masuk entry. Aku mulanya blur gak, pastuh aku tengok orang lain dah ada yang dah profit. Aku pun masuk jer la try tgk. Agak lambat sikit la, entry point aku masuk 1.3821 pastuh exit entry aku 1.3761. Berdebar jugak la time dah masuk entry ni. Duduk sorang-sorang dalam air-cond pun boleh berpeluh. Market time aku exit tu boleh pergi bawah lagi tapi aku tak nak jadi tamak kang rugi. So overall, aku dapat 60 pips. Okay la kan?



Walaupun profit aku takde la banyak sangat sebab nak cover lost, tapi at least usaha aku ni ada jugak la membawa hasil.



Sekarang ni nak study lagi dan cuba lagi next week. Hari ni dan esok aku nak relaks jalan-jalan beraya. Siapa kata nak carik duit guna Forex ni senang..Mmmm...

Khamis, 25 September 2008

19 Bulan Kemudian

10:56 PTG 0
Bila aku baca balik blog aku ni, aku terasa bersalah pulak. Yerlah, ada angan-angan dan cita-cita tapi perlaksanaan takde. Fokus dah lari, asyik tukar-tukar aktiviti jer. Macam ni la ragam bila kita tengah muda-muda ni. Fokus tu cepat sangat berubah, cepat teruja dengan benda-benda baru.

Okaylah, cukuplah dengan kata-kata penyesalan. Sekarang ni, nak kena 'move forward'. 19 bulan selepas blog post sebelum ni. 19 bulan bersamaan dgn 1 tahun 5 bulan. Lama tu. Memang takde nampak 'improvement' dalam bidang trading ni. Tapi yang pastinya, aku sekarang sudah ada kerjaya baru yang lebih bagus. Kini tiba masanya untuk merealisasikan impian yang belum kesampaian.

Hari ni, aku telah berjaya membuka satu akaun live bersama Easy-Forex. Easy-Forex ni aku jumpa sebab aku terbaca keahlian percuma sekarang ni sampai 31/10 ni. Hanya depositkan sekurang-kurangnya USD200 dan anda dah boleh tengok info-info dalaman yg org lain tak dapat tgk dan baca.


Yang ni memang akaun live punya. Bukan lagi demo. Dah penat main guna demo, motivasi memang takde. Dah berapa banyak akaun demo aku lingkupkan, tapi takde perasaan apa. Biar aku rasa sikit lost yg sebenar, baru la ada semangat dan usaha nak teruskan perjuangan trading ni.

Okaylah, banyak tulis kat sini kang habis pulak masa aku nak study. Nanti gua akan update lagi blog ni.

Selasa, 13 Februari 2007

Apa Itu CandleStick?

3:25 PTG 0
Apa Itu CandleStick?
Dah lama jugak aku tak menulis blog forex aku ni. Payah betul bila kita tahu macam-macam benda ni, fikiran pun dah tak fokus. Apa pun, kali ni aku nak ulangkaji balik la apa yang aku dah belajar tentang dunia Forex ni. Dah alang-alang ulangkaji, aku ingat aku nak share la dengan pembaca-pembaca kalian tentang apa yang aku dah tahu ni. Benda yang bagus ni, kita tak boleh kedekut nak share, betul tak?

Okay, kiter teruskan dengan ulangkaji kiter. Kalau kita ikut buku-buku teks, dia akan start daripada basic dulu lepas tu baru further ke bahagian yang lebih advance. Memang betul pun methodology buku-buku teks tu, takkan nak belajar benda advance tapi benda basic tak tahu kan? Tapi bagi aku la kan, lagi bagus kalau kiter start dengan benda basic dan kiter teruskan dengan benda-benda praktikal. Benda-benda advance tu kiter tinggalkan dulu la, bukannya kiter boleh dapat PHD pun kalau kiter master semua. Pulak tu, berapa peratus jer pun orang yang ada PHD, Masters semua tu? Betul tak?

Baiklah, kiter teruskan pelajaran kiter. Ini gambar candlestick yang aku curi daripada BabyPips (hehe..):

Waktu aku mula-mula tengok candlestick ni, aku tanya "Apa kejadahnya benda alah ni?". Kemudian aku tengok pulak aku punya Forex software aku:

Marketiva Forex Software yang aku pakai

Aku guna Marketiva ni sebab software ni jer yang aku rasa paling senang. Tapi mula aku pakai dulu, aku pening jugak tengok benda alah candlestick ni. Tapi dah tiap-tiap hari tengok, dah jadi biasa la. Jadi kepada yang baru belajar forex tu, jangan la risau k? Rileks..

Akhir sekali, ada orang dah buat video rupanya kat YouTube yang citer pasal Candlestick ni. Masalahnya, dia citer dalam English. Kepada yang kureng sikit English ni, belajar-belajar la bukak kamus English ni. Tapi takkan la tak paham kut? Hari-hari tengok citer orang putih semua tu, kalau tak paham, aku tak tahu la nak cakap apa kan? Apa pun, ni dia video nyer:


Okaylah, aku ingin mengucapkan Selamat Mengulangkaji la kepada diri aku dan juga orang-orang lain. Sekian..

Jumaat, 2 Februari 2007

Denda RM1 Juta Urus Niaga Tukaran Mata Wang Asing Haram

10:53 PTG 1
Denda RM1 Juta Urus Niaga Tukaran Mata Wang Asing Haram
Apa pendapat korang setelah baca laporan BERNAMA kat bawah ni?

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kerajaan telah memperuntukkan hukuman lebih berat untuk membanteras urus niaga tukaran wang asing secara haram dengan meningkatkan amaun penalti daripada RM10,000 kepada RM1 juta dan hukuman penjara antara tiga hingga lima tahun, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Ng Yen Yen.
Beliau berkata, kerajaan telah meminda Akta Tukaran Wang Asing (1953) untuk memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap mereka yang terlibat dalam urus niaga tukaran wang asing.
Pindaan itu berkuatkuasa 1 Januari tahun ini.
‘‘Tahun lepas, lima peniaga tukaran wang asing haram ditangkap dan Bank Negara sedang menyiasat 10 kes,’’ katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Sumbangan Ang Pow Tahun Baru Cina Sports Toto di sini hari ini.
Yen Yen berkata, Kementerian Kewangan menerima banyak laporan daripada mereka yang ditipu oleh ‘ejen tukaran wang asing’ yang menawarkan skim pelaburan tukaran wang asing dalam mata wang Iraq dan Iran.
‘‘Saya ingin jelaskan bahawa di Malaysia, kita hanya membenarkan bank perdagangan dan institusi kewangan menjalankan urus niaga tukaran wang asing. Tiada entiti persendirian diberikan lesen untuk menjalankan urus niaga itu.
‘‘Saya mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak terperdaya dengan perangkap mereka. Malahan pengurup wang di negara ini tidak menjalankan urus niaga tukaran wang asing tetapi hanya membuat tukaran mata wang,’’ tegas beliau.
– Bernama
Komen aku:
Kalau baca seimbas lalu kan, kalau aku seorang newbie (istilah zaman sekarang kalau orang tu baru dalam sesuatu bidang), mesti aku dah takut beb nak main Forex ni. Tapi aku dah banyak buat research dan dah macam-macam benda aku dah pernah jumpa, jadi perkara ni cuma masalah kecik jer. So, artikel kat atas tu sebenarnya mengikut pendapat aku, hanyalah berkait rapat dengan pengurup mata wang ataupun ejen yang menjual mata wang kepada orang ramai termasuklah kengkawan tanpa ada dokumen yang sah. Yerlah, kalau melibatkan jumlah wang yang banyak Bank Negara mesti akan berminat punyalah. Lepas Bank Negara dah tengok, Lembaga Hasil Dalam Negeri pulak nak join. Tu normal la, kerajaan mana-mana pun nak jugak share dia bila tengok duit banyak..hehe..

Kalau dari segi Forex Trading yang aku dan kengkawan aku tengah usahakan, aku ni just seorang ejen kecil je yang menjalankan perniagaan secara online. Sama ada guna duit aku sendiri atau orang lain, itu pilihan masing-masing la tapi aku memang guna duit sendiri dulu la buat masa ni. Tak berani beb nak guna duit orang lain, kalau ada pun, cuma orang yang aku kenal. Takdenya aku nak pergi lobi sana-sini nak carik orang suruh jadi pelabur macam last week keluar dalam paper pasal syarikat Forex kat MidValley tu. Soal dokumen pulak, itu semua boleh kasi bikin, takde masalah. Asli atau sah tak sah dokumen tu, itu kena tanya lawyer atau company secretary la. Kalau ada keinginan, mesti ada cara. Cuma betul tak betul jer la cara tu kena Quality Control (QA) sikit.

Aku baru je register dengan satu broker based kat Australia untuk deposit duit PayPal aku. Paypal ni bukannya aku boleh cash kan pun. Aku dapat duit Paypal ni sebab aku main blog advertisement. Ader la dlm USD30 lebih. Jadi daripada tak buat apa-apa, baik aku laburkan dan tengok performance aku camner. Nanti aku citer lagi pasal hal ni dalam blog post aku yang akan datang. Sementara tu, kasi ler kat aku komen sikit tentang artikel BERNAMA kat atas tu yer. Challuss..

Jumaat, 26 Januari 2007

Dapat Kerja Sebagai Web Admin

11:37 PG 0
Dapat Kerja Sebagai Web Admin
Al-hamdullilah, akhirnya setelah sebulan lebih bertungkus lumus mencari kerja baru, akhirnya aku berjaya jugak mendapat tawaran bekerja sebagai seorang Web Admin yang kerjanya membuat dan memaintain blog. Memang bidang yang aku minat pun selama ni. Sebenarnya dalam masa mencari-cari kerja ni, memang banyak giler la kerja yang aku boleh dapatkan. Tapi masalahnya aku ni cerewet sikit, aku nak kerja yang dekat dengan rumahlah, nak cari kerja mesti jumpa dalam web lah dan banyak lagi kriteria-kriteria lain. Mungkin nasib menyebelahi aku, memang kriteria minima yang aku tetapkan tu akhirnya aku dapat jugak la.

Masalah sekarang ni, nak kena habiskan sebulan lagi kat ofis lama ni sebab bos aku tak kasi aku blah awal. Dia nak sebulan jugak sebab dah tertulis dalam offer letter aku yang aku kena bagi notis sebulan kalau nak berhenti. Nampak gayanya aku kena train budak baru dulu la baru aku boleh blah. Tapi tak kisahlah, janji aku boleh online dan belajar trading nih.

Okaylah, ada banyak kerja aku nak kena buat ni. Nak trade forex ni cam payah sikit buat masa ni. Apa pun, aku masih lagi trade guna demo akaun. Nanti aku citer lagi. Bye..

Ahad, 21 Januari 2007

Wajah Baru Blog Menjadi Trader

11:15 PTG 0
Wajah Baru Blog Menjadi Trader
Dua minggu aku tak blog kat sini. Punya la busy aku ni. Aku sebenarnya sekarang ni tengah busy carik kerja baru ni. Antara skill yang aku ada adalah skill nak modify dan customize webpage dan blog. Jadinya kerja yang aku tengah carik melibatkan skill-skill ni la. Aku tak pandai nak design-design ni tapi aku tahu edit, modify dan customize CSS, XHTML, Blogger blog dengan Wordpress blog. Aku tengah on da way nak belajar AJAX dengan Javascript, masalahnya kalau aku belajar skill web programming ni, bila masa aku nak belajar buat duit guna forex ni. Rasanya yang lagi penting adalah buat duit dulu dah alang-alang ada kemudahan dan kemudian baru kiter belajar skill semua tu. Bottomline, aku carik kerja ni sebab nak kumpul modal nak buat trade forex ni. Duit takde tak guna jugak kan?

Apa pun, apa pendapat korang dengan wajah baru blog ni? Kalau korang tak tahu, cuba korang click kat tag tali 'pull' tu. Keluar menu-menu lain kan? Best siut template ni. Kalau korang nak jugak template ni, tinggalkan komen kat post ni, nanti aku kasi la link kat mana nak download semua. Tapi of course kalau nak servis-servis tambahan, kenalah kasi sikit ongkos. Masa aku berharga ohh...

Citer bab forex pulak. Aku dua minggu ni tak buat apa sangat dengan forex. Team aku ada la buat trade, dengar citer katanya dah untung USD100. Boleh la tu kan? Baru-baru ni ada satu team forex yang tengah berkembang. Aku pun duk tengah deal dengan diorang lagi ni. Diorang ni baru je buat seminar kat UIA semalam. Nanti kalau ada info baru ke, update baru ke, aku bagitahu la dalam blog ni.

Orait. Nanti kiter citer lagi dalam post akan datang. Banyak benda nak buat ni. Salam Maal Hijrah kepada semua!!

Ahad, 7 Januari 2007

Wordpress.com Delete Blog Aku

11:40 PTG 0
Aku ni memang seorang yang kaki blog. Aku rasa aku ada hampir 10 blog. Tapi tak semua blog aku aktif. Aku pun macam orang biasa jugak, ada 24 jam je sehari. Mana boleh aku spend masa aku nak tulis blog banyak-banyak. Aku pun banyak lagi kerja lain yang aku kena buat. So, blog aku ada la 4-5 jer yang aktif. Nanti la aku citer pasal blog-blog yang lain kalau aku ada masa karang.

Aku bengang betul dengan Wordpress.com punya hosting. Tak guna betul, dia boleh pergi gantung aku punya blog. Korang tengok ni:


Blog wordpress ni aku tulis sejak daripada bulan July 2006. Topik dia tentang forex trading jugak. Tapi yang lainnya, aku buat pasal forex trading ni untuk dokumenkan segala informasi nak dapatkan duit untuk aku nak kahwin. Kalau orang lain semua nak jadi kayalah, nak berhenti kerjalah, macam-macam lagilah, aku pulak nak guna forex trading ni nak kumpul duit untuk kahwin. Korang tahu jer la nak kahwin sekarang ni bukannya murah, paling tidak pun RM5000, tu baru buat kenduri jer, tak termasuk hantaran semua benda mengarut tu.

So, tujuan aku buat blog tu nak rekod aku punya progress la trading untuk dapatkan USD10,000. Kalau convertkan, jadi RM35,000++ la. Okaylah tu kan? Aku kerja setahun pun dapat RM12,000 jer. Kalau nak kawin dengan 12 ribu tu, ntah berapa tahun aku kena kerja baru dapat kumpul duit banyak tu. Kalau tukar kerja yang gaji banyak pun, bukannya dapat banyak sangat pun. Nak kena berjimat giler baru boleh dapat duit 35 ribu tu. Jadinya, aku fikir baik guna forex ni sebagai perniagaan sampingan di samping kumpul duit kan? Bijak tak?

Okaylah, aku nak recover yang mana boleh Wordpress.com aku punya blog dulu ni. Bengang betul diorang ni tiba-tiba delete blog aku tu. Marah betul! Camner pun, aku dah buat replacement blog dah pun, boleh melawat blog Trading To Get Married aku yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Enjoy!

Khamis, 4 Januari 2007

Internet Connection Dah Pun Pulih

9:15 PTG 1
Internet Connection Dah Pun Pulih
Pada minggu lepas 27hb, satu gempa bumi telah berlaku di Taiwan yang telah menyebabkan kabel bawah laut rosak teruk. Dikatakan untuk memulihkan kembali mengambil masa berminggu-minggu. Tapi minggu ni aku tengok internet dah okay dah pun. Memang waktu internet connection down hari tu, ramai jugak la forex trader yang tension sebab tak dapat nak connect. Aku punya Marketiva pun dah jadi macam biskut, kejap ada kejap takde. Tak dapat nak buat market order.

Alternatif untuk internet connection nak kasi laju sikit, kena guna Proxy Server. Search je kat Google "list of proxy server", mesti belambak-lambaklah. Tapi kena pandai setting la kat option internet connection. Yang tu pandai-pandai korang la testing trial and error. Aku malas la nak kasi cerita detail sangat. Yang penting sekarang, aku kalau internet TM Net Streamyx aku lembab jer, aku terus kasi carik Proxy, kasi adjust pastuh aku dah boleh connect. Tapi kadang tu sangkut jugak sebab proxy ni bukannya boleh tentu sangat dia punya reliability.

Satu lagi cara yang aku dengar orang buat la, diorang langgan guna EDGE atau GPRS. Nak kata mahal tu, mahal la jugak. Kalau prepaid dia biasa cas 10kb sepuluh sen. Kalau download 1000kb atau pun 1MB, kena la bayar RM1. Kalau tengok YouTube, mampus la nak membayarnya. Tapi forex ni rasa takde la banyak macam download video YouTube. Apa pun, last week waktu internet Streamyx tengah down semua tu, aku pergi la lepak-lepak kat Living Room kat One Utama. Kat situ WiFi free siut. Pastuh sofa kat situ sedap siut kalau nak tido-tido. Aku time tu bawak laptop, aku on la, laju jugak internet connection dia. Agaknya dia tak guna TM Net punya infrastruktur kut, tu yang laju tu. Jadinya, kalau cam internet tak boleh blah kat rumah, pergi la lepak kat One Utama. Cuma satu jer la problem kat tempat tu, takde soket power da. Kena guna bateri laptop jer la. Kalau nak lepak lama, kena la lepak kat CoffeeBean kat situ, kat situ ada power soket.

Okaylah, aku jarang nak mengarut macam ni. Aku kalau tak dapat online satu hari, rasa macam ada benda tak kena jer. Macam gian pulak..haha..Okaylah, ada news untuk forex kejap lagi ni. Nak pergi usha carta forex aku kejap. Nanti kalau aku rajin, aku mengarut lagi dalam blog menjadi seorang trader ni. Challus!

Tabung Haji Tidak Terlibat Dalam Urusan Forex

9:06 PTG 0
Tabung Haji Tidak Terlibat Dalam Urusan Forex
Aku tak tahu la sejauh mana kebenaran cerita ni, tapi kita baca dulu berita daripada Bernama:
UNUSUAL FOR TABUNG HAJI TO BE INVOLVED IN FOREX TRADING, SAYS WITNESS

(Bernama The Malaysian National News Agency Via Thomson Dialog NewsEdge) from BERNAMA, The Malaysian National News Agency KUALA LUMPUR, Dec 26 (Bernama) -- Former Tabung Haji board chairman Tan Sri Abdul Hamid Othman told the Sessions Court here today that it was unusual for the body to be involved in foreign exchange (forex) trading.

He said that if there was a proposal to do such trading, the senior Tabung Haji officer preparing the paper had to inform the minister and the chairman.

When asked about an investment of RM150 million by Tabung Haji in forex, he said he did not know that part of the money would be invested.

Abdul Hamid who is now religious advisor to the prime minister, was testifying at the trial of two former Tabung Haji senior general managers, Mohamad Shafie and Mohamed Amin Sidek, charged with cheating him and Brig Jen (R) Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin in their capacities as minister in the Prime Minister's Department at the material time.

Mohamad, 56, and Mohamed Amin, 55, were alleged to have committed the offence at the Prime Minister's Department in Putrajaya between June 29 2000 and July 27 2001.

They were also charged with committing criminal breach of trust of RM50,000 and RM150,000 respectively at Bangunan Tabung Haji in Jalan Tun Razak between July 14 2000 and May 11 2001.

The prosecution closed its case today and judge Akhtar Tahir will hear submissions tomorrow.

Deputy public prosecutor Dzulkifli Ahmad appeared for the prosecution while Mohamad was represented by counsel V. Rajadevan and Mohamed Amin, by counsel Fairuz Jaffril.

Copyright 2006 Bernama
Mmm...ke mana la agaknya duit tu pergi ye? :-p

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)