MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 24 Mei 2015

Mei 2015: Laporan Trading (Week 4)

12:00 PTG 0
Sinar harapan minggu lepas hampir termusnah namun masih lagi terkawal secara keseluruhan:

May 2015 (Week 4): MenjadiTrader PAMM 144842
May 2015 (Week 4): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Pada hari Selasa lepas, market USD telah mengambil alih penguasaan makanya habis entri aku semuanya terkena stop loss. Habis terus semua profit yang aku dah kutip minggu lepas. Namun begitu, entri aku yang berikutnya berjaya memperolehi sedikit keuntungan dan pada hari Jumaat berjaya mengutip lagi sedikit profit. Aku kadang-kadang terasa macam asyik kejap untung kejap rugi jer jadi macam letih la pulak tapi sekurang-kurangnya aku takde la total loss.

Member aku Melaka LFX sekarang ni dah berjaya mencapai 100% profit. Memang power! Baru-baru member aku ni ada menghubungi aku untuk ajak aku join projek yang dia sekarang ni tengah rancang, katanya untuk menarik minat para trader di Malaysia ni marketing perlu power jadinya ROI kalau boleh tunjuk contoh macam 100% return baru la trader-trader di Malaysia ni teruja. Aku memang tak nafikan perkara ni sebab aku sendiri pun teruja bila tengok orang duk post ScreenShot atau SS profit jer memanjang, cuma disebabkan aku sudah ada pengalaman trading naik turun ni tahu yang bila tinggi profit maka risikonya pun tinggi aku jadi macam serba salah pulak nak menarik minat para trader yang kebiasaannya akan jadi 'Mat Depo' ni. Aku dah lama tak jadi mat depo tapi tak jugak jadi 'Mat Withdraw' sebab aku punya trading plan risikonya kecil jadi pulangan pun kecil. Kelebihan yang aku ada cuma aku ni trading long term jer.

Okaylah, sehingga minggu depan pula sebelum kita masuk ke bulan yang baru.

Selasa, 19 Mei 2015

Mei 2015: Laporan Trading (Week 3)

2:45 PTG 0
Terlewat sikit nak update blog ni. Adakah ini sinar harapan untuk recover loss 2 bulan sebelum ini:

May 2015 (Week 3): MenjadiTrader PAMM 144842
May 2015 (Week 3): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Setakat 2 minggu dalam bulan Mei 2015 ni, aku hanya buat beberapa setup je sebab aku dah letih nak buat banyak entri jadinya aku swing kan aje posisi aku. Hasilnya boleh tahan juga. Perlu diingat juga swing ni kalau tak kena gaya loss pun boleh tahan juga jadinya bersyukur jugak la sebab entri aku kena dengan major trend sekarang ni iaitu bagi EUR/USD dan GBP/USD adalah pada posisi 'buy'. Apa pun, dalam forex ni kadang-kadang major trend boleh juga jadi retracement ataupun reversal terus jadinya terma-terma yang digunapakai tu haruslah difahami.

Sekian dahulu la kut buat sementara ni. Aku tersangat busy dengan kerja hakiki aku jadinya trading ni dah jadi no. 2 ataupun hobi dah sekarang ni. Sekian..

Isnin, 11 Mei 2015

LiteForex Great Hundred Season 4 Grand Dinner Mac 2015

11:57 PTG 0
Blog post ni sepatutnya ditulis pada bulan Mac 2015 tapi disebabkan sifat bertangguh aku (yang aku masih cuba nak atasi), bulan Mei 2015 baru la berkesempatan nak tulis. Pada bulan Februari 2015 yang lalu, satu jemputan daripada broker kegemaran aku iaitu LiteForex telah pun aku terima:


Setakat ni dah 2 grand dinner aku pernah hadiri sebelum ni:
  1. Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014
  2. Gala Dinner XM 2014

Suasana dalam dewan Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam
Persembahan daripada Caliph Buskers..memang mantap!!
Mana-mana event ada kekurangan ada kelebihan, aku sebenarnya prefer kalau majlis ni buat waktu siang tapi dah nama pun dinner, nak buat macam mana. Aku cuma nak komen pada permainan yang dibuat oleh organizer ni macam syok sendiri dan kurang menarik hadirin yang datang untuk tunggu sampai majlis berakhir. Sepatutnya setiap hadirin dapat la macam nombor cabutan bertuah tapi rupanya majlis tu untuk mereka yang layak sahaja jadinya pukul 10.30pm dah ramai dah yang cabut termasuklah aku.

Apa pun, yang penting sebenarnya perut dah terisi dan semoga LiteForex terus mengadakan acara majlis makan-makan ini di masa-masa akan datang.

Mei 2015: Laporan Trading (Week 1 & 2)

2:37 PTG 0
Minggu pertama/kedua bulan Mei 2015:

May 2015 (Week 1 & 2): MenjadiTrader PAMM 144842
May 2015 (Week 1 & 2): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Aku berada di luar kawasan sejak daripada hari Khamis 7 Mei 2015 sampailah hujung minggu. NFP pun aku tak berapa tengok sangat sebab sibuk duk buat kerja lain. Disebabkan oleh kekurangan aktiviti forex minggu pertama bulan Mei ni, makanya sikit jer la hasil yang diperolehi. Sebenarnya boleh dapat lebih lagi tapi aku biarkan aje profit aku tu floating dengan harapan supaya aku intai-intai kat mana boleh aku entry lagi sekali.

Aku dah ada buat PAMM Projek yang baru yang diberi nama MenjadiTrader X tapi aku belum sempat lagi nak publishkan lagi projek ni. Next week la kut, aku cuma nak update jer perkembangan semasa aktiviti trading aku sepanjang minggu lepas.

Sekian..

Sabtu, 2 Mei 2015

April 2015: Laporan Trading (Week 5) dan Bulanan

10:54 PG 0
Minggu ke-5 bulan April 2015:

April 2015 (Week 5): MenjadiTrader PAMM 144842
April 2015 (Week 5): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Trading pada minggu terakhir telah berjaya membuahkan sedikit hasil untuk memulihkan segala kerugian yang telah dialami di minggu ke-2, ke-3 dan ke-4 kecuali minggu pertama. Bila aku baca balik post laporan minggu pertama bulan April 2015 dulu, baru aku teringat yang aku demam waktu loss minggu tu jadi kepala tengah tak berapa betul. Namun begitu, bulan April 2015 ini merupakan bulan kerugian aku yang paling teruk bagi tahun 2015 ini.

Minggu lepas aku ada tunjuk 2 investment demo account untuk PAMM manager yang menjadi 'favourite' aku, minggu ni modal investment demo aku bernilai USD100 pada mulanya kini tinggal:

April 2015 (Week 5): Investment Demo Accounts
Sedih pulak aku tengok baki equiti yang tinggal tapi beginilah realitinya dunia forex ni, bila kita trade high-risk dan market bertukar arah, memang kesannya pada equiti juga adalah parah. Tengok member kita Melaka LFX, sangat bergaya dengan peningkatan equiti yang agak tinggi.

Rupanya NFP bukan 1 Mei la pulak, aku tersilap info la minggu lepas. Oh ye, aku dah pun remove beberapa widget kat tepi blog aku ni dan berbekalkan baki modal pelaburan (USD460 je tinggal daripada modal USD1,000 3 bulan lepas..rugi siut..nanges..) aku akan tambah satu lagi project PAMM yang akan diberi nama 'MenjadiTrader X'. Untuk projek PAMM baru ni, aku masih akan gunakan teknik yang sama (menggunakan excel file keramat aku) tetapi aku akan tinggikan sikit risk aku disamping currency pair yang aku akan gunapakai adalah AUD/USD dan NZD/USD. Kita akan tengok nanti akaun projek PAMM yang mana akan memberikan profit/loss yang lebih banyak. Ini merupakan salah satu langkah aku untuk diversify portfolio projek PAMM aku sekarang ni.

Okaylah, semoga bulan Mei 2015 ini akan membuahkan hasil yang lebih baik lagi.

Selasa, 28 April 2015

April 2015: Laporan Trading (Week 4)

3:34 PG 0
Minggu ke-4 bulan April 2015:

April 2015 (Week 4): MenjadiTrader PAMM 144842
April 2015 (Week 4): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Nak nangis, nak berhenti, nak letupkan akaun semua ada dalam fikiran dan emosi aku sekarang ni. Empat minggu berturut-turut berada dalam zon negatif, dah bermacam-macam cara aku cuba untuk sesuaikan trading setup aku dalam keadaan market sekarang ni tapi masih belum berjaya, asyik hit stop loss jer. Cara aku motivasikan diri adalah dengan melihat hasil trading rakan-rakan trader yang lain:

April 2015 (Week 4): Investment Demo Accounts
Sebelum ni aku betul-betul teruja dengan gaya 'high risk' trading PAMM Manager GJ Maniac dan Jalopeno, malangnya high risk ni pun sebenarnya cara paling cepat untuk dapatkan pulangan tinggi dan juga kerugian yang tinggi jadinya investment demo akaun aku bernilai USD100 untuk kedua-dua akaun demo ni dah drawdown lebih daripada 50%. Lagi sakit jiwa sebenarnya kalau katakan aku letak duit betul pada manager ni. Member kita Melaka LFX sekarang ni dah steady sikit sebab dia ambil pendekatan untuk trade pada waktu-waktu tertentu sahaja. Mungkin aku patut tiru pendekatan yang member ni amalkan kut buat masa ni..huhu..

Okaylah, tu aje komen dan ulasan aku buat masa ni. Bulan ni aku tak berharap sangat untuk berjaya recover loss yang dialami, apa pun aku akan cuba yang terbaik sebab minggu seterusnya ni ada 2 news yang besar iaitu FOMC dan juga NFP pada 1hb bulan Mei. Harapannya adalah aku akan cuba swing position aku dan cuba yang terbaik tanpa risikokan modal yang terlalu tinggi.

Sekian, terima kasih kerana mengunjungi blog MenjadiTrader.

Sabtu, 18 April 2015

April 2015: Laporan Trading (Week 3)

9:09 PG 0
Minggu ke-3 bulan April 2015. Drawdown berterusan:

April 2015 (Week 3): MenjadiTrader PAMM 144842
April 2015 (Week 3): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Dah masuk minggu ke-3 trading plan aku asyik terkena stop loss. Nak pulih pulak bukannya senang sebab pendekatan aku yang mengambil kira fixed incremental risk, aku jenis yang tak berani nak 'bom' atau 'full margin' punya entri. Masih lagi duk memikirkan apa lagi strategi yang aku boleh gunapakai untuk mengelakkan drawdown yang semakin meruncing ni. Kalau ikutkan hati, aku rasa nak berhenti je daripada 'trading forex' ni, tapi memandangkan aku dah pun melaburkan banyak tenaga, modal dan paling utama masa aku, aku nak tak nak perlu juga teruskan usaha aku ni. Rasanya aku kena jumpa sifu balik untuk re-charge motivasi aku, hari tu aku dah jumpa sifu time dinner LiteForex di Shah Alam tapi tak sempat nak sembang panjang dengan dia.

Di samping tu, masalah minggu lepas iaitu kawalan untuk dapatkan entri 'breakeven' masih lagi gagal terlaksana disebabkan aku tak sempat nak luangkan masa membuat analisa di laptop. Tu antara kelemahan bila jadi part time trader ni sebab terpaksa membahagikan masa antara tugas kerja full time dan MenjadiTrader ni.

Apr 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 3)
Aiseymen, aku kehilangan 390 pips minggu ke-3 ni. Aduhai...

Satu perkara menarik yang berlaku walaupun di saat-saat drawdown yang kecil ni, 2 orang investor baru bagi projek PAMM muncul dan telah pun meletakkan sedikit modal di dalam akaun mereka. Kalau korang masih samar-samar berkenaan projek PAMM ni, konsep PAMM di LiteForex ni mengambil pendekatan saham sebenarnya cuma nilai saham tersebut adalah di atas nama manager bagi fund tersebut. Kiranya sekarang ni akaun PAMM MenjadiTrader 144842 mengalami penurunan sebanyak hampir -4%, itu sebenarnya satu diskaun kepada pelabur jadi ini antara salah satu faktor kenapa pelabur baru ni muncul di PAMM project ni. Waktu untung kalau pelabur masuk memang habis dana pelabur tu nanti akan terkesan disebabkan drawdown. Mungkin aku patut buat PAMM Project tambahan bagi perlaksanaan 'diversification' dalam overall trading plan aku.

MQL5 MenjadiTrader

Apr 2015: Akaun Public MQL5 MenjadiTrader (Week 3)
Akaun MenjadiTrader Lite telah pun dikeluarkan daripada senarai MQL5 MenjadiTrader disebabkan oleh tiada sebarang aktiviti trading lebih daripada 2 minggu. Letih sebenarnya nak maintain banyak-banyak akaun ni lagi-lagilah part time trader macam aku ni. Oleh yang demikian, aku kena jadikan tugasan trading ini seringkas yang boleh. Aku sebenarnya berhajat nak tingkatkan lagi ilmu aku dalam forex trading ni cuma aku kena cari masa je sekarang ni.

Cukup setakat ini dahulu, tengok apa jadi pulak minggu depan.


Isnin, 13 April 2015

April 2015: Laporan Trading (Week 2)

11:34 PG 0
Minggu ke-2 bulan April 2015. Masih belum pulih:

April 2015 (Week 2): MenjadiTrader PAMM 144842
April 2015 (Week 2): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Nampak gayanya strategi yang aku gunapakai sepanjang minggu ke-2 ni tidak begitu membuahkan hasil dengan keadaan pasaran yang berubah-ubah ni. Sebenarnya pada awal minggu ke-2 ni, entri aku dah positif 'BUY', dah profit dah pun. Disebabkan oleh sifat pemalas aku yang semakin menjadi-jadi ni, ntah kenapa ntah aku malas betul rasa nak monitor dan adjust position aku mana yang patut, daripada positif terus hit stop loss. Patutnya aku adjust ke 'breakeven' pun dah okay sebenarnya tapi disebabkan 'kemalasan' melanda, aku terima la padahnya..Hahahaha..

MQL5 MenjadiTrader
Apr 2015: Akaun Public MQL5 MenjadiTrader (Week 2)
Member Melaka LFX dah mencanak akaun dia nak pulih. Takperlah, aku maintain jer la slow and steady. Aku ni nak kena tambah motivasi diri ni, biasalah bila berada dalam keadaan selesa ni akan menjadikan diri malas nak berusaha atau sekurang-kurangnya membuat revision study ke mana-mana yang patut. Mungkin aku patut amik anak murid kut baru aku jadi semangat nak meningkatkan skill trading ni..hahahaha..ada sesiapa berminat?

Apr 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 2)
Aisey, sikit je pips dapat kumpul minggu ke-2 ni. Cukuplah kut update buat masa ni. Aku masih lagi berhutang 2 blog post event ni. Aku cuba rajin-rajinkan diri aku sikit minggu akan datang ni. Adios..

Isnin, 6 April 2015

April 2015: Laporan Trading (Week 1)

4:30 PTG 0
Minggu pertama bulan April 2015 ni berkongsi dengan minggu ke-5 bulan Mac. Hasilnya agak mengecewakan sebenarnya:

April 2015 (Week 1): MenjadiTrader PAMM 144842
April 2015 (Week 1): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Aku sebenarnya duk testing teknik hedging menggunakan trading plan yang aku gunapakai. Memang boleh buat profit kalau ikutkan tapi memerlukan fokus yang berterusan. Kebetulan pulak siang hari aku kerja dan kadang-kadang aku kena keluar berjalan jumpa client bagai, pulak tu hari Jumaat NFP tu aku demam pulak, terus fokus pun dah lari ntah ke mana, last-last habis kena stop loss. Apa boleh buat, terpaksa la aku mulakan minggu seterusnya dengan proses 'recovery' bagi mendapatkan semula apa yang sudah hilang.

Apa yang aku boleh kongsikan adalah kebiasaannya waktu loss merupakan masa yang paling bermotivasi untuk buat ulang kaji semula. Biasalah kan, time untung tu memang tak ingat dunia sebab duk tengah gembira. Bila tiba time loss, memang berduka la jawabnya cuma pada yang berhati kental sahaja yang akan meneruskan hidup. Memang aku akui, kadang-kadang aku fikir aku nak quit je daripada trading Forex ni, seriously..makan gaji sebenarnya lagi senang daripada trading forex ni aku cakap.

MQL5 MenjadiTrader

Apr 2015: Akaun Public MQL5 MenjadiTrader (Week 1)
Nampak gayanya member kita Melaka LFX sudah menunjukkan peningkatan, sementara akaun aku sendiri pulak yang ketinggalan.

Okaylah, semoga minggu ke-2 bulan April ni dapat memberikan hasil yang baik bagi mendapatkan kembali apa yang sudah hilang.

Sabtu, 4 April 2015

Mac 2015: Laporan Trading (Week 5) dan Bulanan

10:18 PG 0
MenjadiTrader menyambut 2 sambutan pada bulan April ni ataupun lebih dikenali sebagai bulan GST ni. Pertamanya akaun MenjadiTrader PAMM 144842 menyambut ulangtahun pertama, amalan money management yang berhemah telah memberikan tempoh hayat yang panjang kepada akaun ini. Berikut adalah keputusan penuh hasil trading bagi bulan Mac 2015:

Feb 2015: MenjadiTrader PAMM 144842
Feb 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Nampak gayanya akaun MenjadiTrader PAMM 144842 ni kembali semula ke zon negatif. Berikut adalah ringkasan setup yang telah dibuat sepanjang bulan Mac 2015:
  • EURUSD - 33 trading plans (3 stop loss)
  • GBPUSD - 33 trading plans (2 stop loss)
Kelemahan trading plan yang aku pakai ni, hanya 5 stop loss tapi masih lagi berada dalam zon negatif. Mungkin aku patut cari jalan lain untuk memperbaiki keadaan trading style aku ni. Aku sedang membuat lagi beberapa eksperimen lagi bagi mengatasi masalah ni tapi banyak cabaran-cabaran lain disebabkan aku kekurangan masa untuk diluangkan dalam membuat post-mortem study.

Okaylah, asam garam trading ni bila ada untung mesti ada rugi. Beza antara trader yang berjaya dan kurang berjaya adalah bagaimana trader tersebut mengimbangi untung dan rugi tersebut.

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)