MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Isnin, 30 Disember 2013

30 Disember 2013 Update

11:55 PTG 0
Makin lama aku duk mengadap Forex ni, makin banyak pulak benda aku terjumpa. Sememangnya dunia Forex ni tersangat la luasnya. Sembang-sembang dengan rakan-rakan yang pernah bergelumang dengan dunia Forex ni, dengar citer memang ramai yang dulu trade sekarang dah tak trade. Agaknya mungkin diorang tak berapa gemar kut nak mengadap laptop tengok graf semua tu.

Apa pun setelah 2 hari bercuti, tibalah masa untuk bekerja semula. Sepanjang weekend lepas, aku duk menelaah bab trading lot sebab nak tengok camner aku nak handle money management. Memandangkan aku ada masa kat ofis, aku kasi test la apa yang aku dah study. Sekali tu, 'disaster happened'. Aku tersilap close position, aku terus dapat -2,390.00 kerugian. Rekod kerugian terbesar aku setakat ni. Aduhhhh..waktu dah close tu, memang aku dah hampir berputus asa dah, aku ingat dah nak burn dah akaun PAMM aku ni sekali dengan wang pertaruhan dalam tu. Terfikir macam-macam lah. Akhirnya dah serabut-serabut tu, aku yakinkan diri aku untuk trade jer lah camner pun, tak payah nak fikir-fikir lagi.

Pulak tu, dah masa nak balik rumah pulak, position masih open lagi tu. Pasrah jer la tinggal open position tu siapkan dulu Stop Loss dgn Target Point. Sampai rumah tengok position dah close dah hit TP. Lega betul..Cover la balik +1,500.00 equiti.

Screenshot aktiviti 30 Disember 2013
Nampak tak terjunam kat graf atas ni, yang tu la tersilap klik terus habis. Kalau tak nak hold dulu position sebab akhirnya dia balik kat price yang memula bukak dulu. Hampeh betul, baru nak cuba recover sikit-sikit dah terjun pulak.Takperlah, cuba jaya lagi.

BTW hari ni aku duk belajar bab investor pulak. Akaun Marathon contest konon boleh la nak dapat hadiah dah lebur sebab Margin Call (MC). Mujur aku tak MC dah akaun USD100 Lite dah lebur. Apa pun, berdasarkan kira-kira aku, total aku belajar pasal Forex ni tak sampai RM1,000 pun lagi. Tu siap dengan duit modal nak test live trade semua tu lagi. Sebelum ni aku pernah pergi satu internet marketing seminar guna Google Adwords, dah la bayar kursus sehari RM1,000 belum masuk USD200++ yang nak kena laburkan untuk run iklan Google, dah berapa dah tu. Kiranya bagi aku belajar Forex ni sebenarnya lebih murah daripada belajar internet marketing.

Cuma tu terpulang pada pilihan masing-masing jer la.

Jumaat, 27 Disember 2013

27 Disember 2013 Update

5:04 PTG 0
Aku kini di Ipoh ni. Menariknya bertrading Forex ni asalkan ada laptop, ada internet, mana-mana pun boleh beroperasi. Aku masuk dalam hutan kat Padang Rengas semalam pun boleh monitor Forex market (hutan tu sebelah highway so coverage 3G memang terbaik pun).

Ingatkan time Krismas ni orang semua cuti market tak berapa nak gerak, pun boleh jugak buat duit sebenarnya. Cumanya timing tu mesti kena. Setelah sebulan kembali ke dunia Forex ni dan dipandu oleh seorang guru dan juga pasukan, aku dapat belajar macam-macam perkara yang sebelum ni aku tak pernah terfikir pun.

Apa pun, ni hasil aktiviti selama 2 hari ni:

Screenshot hasil 27 Disember 2013
Kalau tengok tak jauh beza pun daripada yang lepas cumanya aku masih lagi belum konfiden guna lot besar, so aku guna lot kecik dulu. Di samping cuba-cuba meninjau market, aku juga study macam mana aku boleh meraih client-client investor, rupanya tak susah mana pun, janji rekod ada untung. Aku akan mulakan langkah baru mulai minggu depan.

Kalau berminat nak menjadi seperti saya, silalah mendaftar satu akaun baru LiteForex. Setelah daftar, sila hubungi saya selepas itu.

Rabu, 25 Disember 2013

25 Disember 2013 Update

2:29 PG 0
Ni screenshot perkembangan akaun aku yang terkini:

Statement 25 Disember 2013
Malam semalam merupakan saat getir jugak, aku dah masuk position yang terakhir dan price tak menghala ke TP yang aku dah set. So aku biarkan jer trade aku tu swing tanpa Stop Loss lagi. Aku dah ngantuk so aku pun tido dengan harapan agar TP aku kena. Bila dah pagi aku tengok sikit lagi nak kena, ingat nak cut loss dah tapi aku masih percaya price akan menuju ke TP yang aku dah set. Sampai jer ofis, check akaun tengok dah close dah position. Memang lega sebab agak besar jugak aku punya lot size trade tu. Cumanya akaun still lagi dalam keadaan loss la camner pun (investor mana la yang nak invest kat akaun aku ni bila tengok graf asyik ke bawah je perginya). Aku tengah cuba untuk recover sikit-sikit dengan trade-trade yang kecil sebab selalu bila trade lot besar dia punya psycho tu lain macam dan aku jadi gabra. Trade kecik ok sikit sebab kalau loss pun still boleh terima lagi.

Monitoring accounts PAMM : JayDee
Rupanya boleh check performance akaun dalam senarai banyak-banyak tu, aku yang tak check. Bila tengok balik, rupanya akaun aku ni baru berusia 19 hari. Aku duk rasa macam dah lama jer. Bila tengok daily percentage aku 5.51%, kira okaylah tu kan? Okaylah, market pun akan close nanti ni dan dah pukul 2.30 pagi dah pun. Aku nak tido dan nikmati cuti Krismas dengan aman sambil memikirkan strategi baru selepas itu.



Isnin, 23 Disember 2013

23 Disember 2013 Update

5:02 PTG 0
Hari ni merupakan minggu yang baru, pelbagai perkara aku dah alami terutamanya selepas aku update blog post yang lepas. Disebabkan oleh kesilapan pemahaman apa yang sifu dah ajar, akaun terus menjunam equitinya.

Statement 23 Dec 2013
Namun yang demikian, walaupun akaun aku semakin susut dan kelihatan agak sukar untuk pulih tetapi aku kini semakin memahami apa yang sifu cuba nak sampaikan. Paling penting sebenarnya konsistensi dan bukannya kejar profit. Itu adalah antara kunci seorang trader yang berjaya.

Selasa, 17 Disember 2013

17 Disember 2013 Update

12:31 PTG 0
Update terkini akaun PAMM aku. Mengaplikasi skill trading yang telah dipelajari Jumaat lepas, aku dah nampak rentak macam mana nak trade menggunakan skill yang sifu dah ajar. Memang berkesan cumanya aku terpaksa berjaga sampai ke pukul 3 pagi untuk recover balik loss dalam akaun. Apa pun, satu pengalaman yang menarik dan juga aku dapat belajar sesuatu mengenai Spread. Rupanya spread akaun Lite (aku masuk LiteForex Super Marathon saja suka-suka) dengan PAMM ni jauh bezanya. Kalau yang Lite akaun ni punya la susah nak tengok pergerakan price tu sebab dia ada 4 digit (USD/JPY ada 2 digit jer), kalau PAMM akaun ada 5 digit (USD/JPY ada 3 digit).

Screenshot hasil malam tadi
Masih lagi dalam keadaan rugi (dan juga proses trial and error) tapi dalam proses untuk recover. Malam ni aku cuba lagi.

Ahad, 15 Disember 2013

15 Dec 2013 Weekend Update

7:17 PG 0
Akhirnya aku hadir ke kelas live trade yang ditunggu-tunggu malam semalam. Peliknya, aku sorang jer student, yang lain-lain semua tak nampak muka (aku mana kenal sapa pun kecuali Sifu..haha). Apa pun sifu aku memang seorang yang sempoi, walaupun aku sorang jer dia tetap teruskan kelas. Dah jadi lebih kurang macam personal coaching la. Kelas start jam 8.30 malam dan habis jam 4 pagi. Memang mata dah mengantuk bila dah pukul 1-2 pagi tapi demi mempertahankan akaun yang semakin susut duit modal, tunggu jugak la. Sifu pun trade jugak guna live akaun, akaun dia pun ada sedikit lost, sapa cakap sifu takde loss, sifu pun manusia biasa jugak macam kita.

Disebabkan timing silap sikit jer, terus akaun jadi mengecik. Apa pun, skill dan teknik yang dah aku belajar daripada sifu memang takkan jumpa kalau setakat baca atau dengar lecture jer. Tu pasal la Nabi tuntut kita pergi menuntut ilmu dengan berguru, jangan duk mengada nak belajar sendiri. Apa pun, aku rasa lagi berbaloi akaun mengecik daripada berbelanja ribuan ringgit masuk kelas yang tak tentu lagi macam mana perlaksanaan (action) apatah lagi hasil pulangan. Pengalaman lalu dah mengajar aku yang kita boleh berbelanja banyak dan anggap semua tu pelaburan untuk diri sendiri, malangnya cara untuk mengira pulangan tu selalunya akan dilupakan.

Bagi aku sendiri, aku lebih suka bertindak daripada cakap jer lebih tapi keputusannya tak seperti yang diharapkan. Cumanya dalam Forex trading ni corak pemikiran kena lain sikit, mengharapkan hasil sahaja tak cukup tapi mesti dilaksanakan sebab bila tak cuba, kita takkan tahu. Di bawah ni screenshot apa yang berlaku kepada akaun live trade aku:

Akaun PAMM aku ni
Kalau tengok screenshot tu nampak macam aku dah rugi banyak, tapi sebenarnya aku rugi lebih kurang RM50 jer. Ada cerita disebalik akaun PAMM ni, kalau nak tahu memang kena pergi berguru. Sifu aku pulak kata kelas yang aku join ni dia dah tutup dah pun penyertaan baru, kira macam aku ni bertuah la (walhal aku sorang je pun, nak bertuah apanya). Menariknya sifu telah menggariskan yang sebenarnya dalam trading forex ni kita perlu anggap ianya satu perniagaan. Dalam perniagaan adakalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah, itu adalah normal. Tapi betul jugak cakap sifu tu sebab kalau kita nak bukak kedai atau gerai sekali pun, kita perlu ada modal dan modal tu akan hangus sebab kita akan gunakan modal tu untuk operasi. Kalau nak laburkan modal pun dah tak sanggup, tak payah berniaga la kalau macam tu. Betul tak?

Okaylah, minggu depan adalah operasi untuk recover lost yang telah berlaku. Itu cerita minggu depan pulak la. Selamat berhujung minggu.

Rabu, 11 Disember 2013

11-12-13 Update Post

10:59 PTG 0
Salam kembali. Akhirnya update daripada aku. Hari ni 11 haribulan 12 tahun 2013, 11-12-13. Katanya dalam bulan ni ada 5x ahad, 5x Isnin dan 5x Selasa. Hanya berlaku 823 tahun sekali. Kira bulan ni memang istimewa la. Tu pasal ramai orang nikah hari ni termasuklah artis popular yang tengah meletup. Google la cari kalau nak tahu.

Okaylah, update terkini. Hari Isnin lepas market agak slow jadi aku trade tak berapa mantap pun hasilnya. Selasa pun lebih kurang sama lagi pun aku ada meeting yang sangat lama sebelah petang, malam tu pulak aku sibuk. Hari ni market nampak agak aktif jadinya aku berjaya la cover balik apa yang aku dah lost last week. Banyak jugak teknik aku dah baca dan aku dah faham la sikit-sikit apa yang Sifu aku ajar. Hopefully Jumaat ni jadi la kelas live trade group yang Sifu dah tubuhkan tu. Aku teringin jugak nak belajar daripada otai-otai yang dah berkepuk duit dalam akaun bank diorang..huhu..

Merapu dah aku, ni screenshot aku yang paling terkini. Trade aku untuk hari ni semua dah close. Sekarang ni aku dah bukak satu lagi akaun Lite yang baru dan juga demo akaun untuk test Expert Advisor, dah lama tak main Expert Advisor ni, seronok jugak guna benda ni, macam main game. Untung-untung nanti boleh dapat pip free bila dah berkeyakinan nanti..huhu..

Screenshot 11-12-13

Sabtu, 7 Disember 2013

NFP

2:53 PG 0
NFP atau Non-Farm Payroll kalau 5 tahun lepas waktu aku rajin ikut pasal Forex ni merupakan satu pengumuman yang paling mengujakan Forex trader ni. Benda ni kira dalam subjek Forex Fundamental la sebab kalau Technical Analysis ni dia lebih kepada benda-benda teknikal tapi fundamental ni lebih kepada pemahaman ekonomi. Sebab apa mengujakan sebab bila pengumuman ini dibuat jer, time tu memang kalau tengok carta Forex, price range dia akan jadi gila-gila. So NFP ni akan berlaku setiap bulan pada hari Jumaat. Jadinya kalau nak pips percuma, biasanya orang akan pasang perangkap waktu ni la.

So malam tadi ni aku bersikap berkecuali dengan tak masuk trade langsung hari ni pertamanya sebab aku ada meeting rahsia satu projek kerajaan seharian dalam bengkel dengar taklimat dan sertai diskusi. Keduanya aku agak kecewa kelas live trading aku cancel sebab sifu aku pergi family day pulak kat Langkawi lepas tu tak bagitahu aku (aku pun silap sebab tak pergi tanya awal-awal). Ketiga, aku tido awal pun sebab otak dan badan dah penat. Ni pun aku bangun jugak tengah-tengah malam sebab nak tahu apa yang terjadi. Jadinya apa yang terjadi sebenarnya? Mari kita tengok bersama-sama:

Carta semalam dan hari ni
Okay, kalau kita tengok semalam punya carta lagi gila price range dia berbanding hari ni. Semalam la pun aku kerugian pun, price range (untuk 2 jam jer) semalam bergerak lebih daripada 1000+ pips. Dahsyat kan? Tapi bila NFP yang digembar-gemburkan gila jugak tak sehebat semalam pun sebab bergerak dalam 700+ jer (dalam tempoh 2 jam yang sama dengan semalam). Market pun sebelum-sebelum tu agak mendatar jer. Bagi aku buat masa ni aku tak tengok sangat pun market menaik ke menurun ke sebab aku fokus nak jadi daytrader, setiap hari enter habis jer terus tutup. Cuma bila tengok price bergerak dengan perbezaan tinggi rasa macam tak best pulak tak beraksi. Apa pun at least aku belajar sesuatu dan boleh aku kongsikan benda ni kepada mereka yang tak tahu.

Jumaat, 6 Disember 2013

Akibat Melanggar Syarat Sifu

12:35 PG 0
Malam ini aku telah melakukan kesilapan besar iaitu dengan melanggar satu daripada syarat-syarat yang sifu telah letakkan. Maka dengan itu, aku telah mengalami kerugian. Mujurlah aku trade guna lot kecik-kecik, kalau tak memang lagi buruk track rekod akaun PAMM aku. Ni aku tunjuk detailed report aku punya screenshot:

Detailed Report akaun PAMM aku
Daripada untung +10, terus jatuh jadi -9. Aku pulak memang tak letak Stop Loss, memang hanyut terus la. Graf menaik tinggi, habis tenggelam entry yang aku masuk awal-awal. Aku rasa macam ada benda yang Sifu tak ajar aku lagi ni. Apa pun, aku tak boleh berputus asa lagi, masih ada lagi harapan untuk recover balik. Kan?

Khamis, 5 Disember 2013

Hasil Percubaan Pertama dan Kedua

11:22 PG 0
Sepanjang pengalaman aku untuk memahamkan sesuatu perkara, bagi aku tak cukup dengan sekadar membaca sahaja. Aku dulu kat sekolah bukan jenis yang belajar last minit tapi boleh score, selalunya bila aku cuba study last minit dan ambik exam, memang aku kantoi. Ada kawan-kawan aku yang lain (sekarang ni diorang semua kerja hebat-hebat belaka, lawyer, doktor, ahli perniagaan dll) diorang ni jenis yang study last minit tapi boleh score, kiranya macam diorang tak payah nak buat latihan sangat pun tapi diorang boleh cepat pick up dan ingat jadinya diorang boleh jawab dengan jayanya.

Dah merapu apa dah aku ni, apa pun aku dah memulakan langkah aku untuk menjalankan aktiviti trading tu sendiri. Selagi kita tak merasai sendiri, memang kita tak tahu. So ini adalah keputusan trading yang aku telah buat menggunakan akaun live PAMM aku (jenis-jenis akaun ni nanti aku terangkan kemudian):

Trade Session Pertama 
Di atas ni screenshot percubaan pertama aku mengaplikasi apa aku dah belajar daripada Sifu Forex aku hari Sabtu lepas. Aku tak berapa faham sangat pun waktu dalam kelas tu, jadinya aku buat yang terbaik la apa yang dia dah terangkan. Memang aku ikut apa pantang larang yang telah disebut waktu dalam kelas tu. Hasilnya, aku kerugian -1.47. Aku tak pandai sangat nak kira berapa banyak pip-pip ni. Aku tengok benda alah atas tu pun dah pening kepala aku. Mujur aku letak lot paling cinonet, kalau aku letak lot besar memang kantoi la. Aku dah mula faham sikit demi sedikit.

Trade Session Kedua
Screenshot kat atas ni percubaan kedua aku, kalau ikutkan sifu dia kata sehari ada 2 session yang kalau ikut syarat boleh trade, aku kerja siang jadi tak sempat nak trade session siang. Aku trade session malam, kira malam tadi la ni. Tak paham tak paham aku pun, aku cuba jugak la yang terbaik. Kalau korang tengok Stop Loss dengan Take Profit apa pun tak letak, main sebat jer..Hasilnya, aku untung 1.71. Cover la kerugian semalam dan untung 0.24. Jadi la kan?

Aku tak sabar nak tunggu esok ni sebab aku akan join kelas trading live dengan rakan-rakan baru yang aku belum kenal lagi ni. Apa-apa hal pun nanti aku akan share lagi.

Ahad, 1 Disember 2013

Kembali Aktif..5 Tahun Kemudian

5:37 PTG 0
Aku kini kembali. Semuanya terjadi setelah beberapa perkara berlaku dalam hidup aku. Bermula dengan kehilangan semua fund aku dalam Forex dan kemudian kematian bapa aku, perkahwinan aku, membeli rumah, masalah gaji dan kewangan, pertukaran kerjaya, kembali menjadi pelajar mahasiswa part time, bekerja di Multi National Company (MNC) dan akhirnya patah balik kembali bekerja semula ke syarikat sebelum ini. Memang terlalu banyak perkara berlaku sepanjang 5 tahun ketiadaan update di blog ini.

Aku akan cuba untuk mengaktifkan kembali penceritaan aku di dalam perjalanan Forex aku ni. Begitu banyak perkara nak kena catch up. Apa pun, aku sedar yang paling penting adalah diri sendiri. Kalau ada kemahuan, di situ adanya jalan untuk maju ke hadapan.


Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)