MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Jumaat, 2 Januari 2015

Keputusan Penuh Akaun MenjadiTrader 144842 Bulan Disember 2014

Sebelum aku tunjukkan laporan trading bulan Disember 2014, aku nak ucapkan

Selamat Tahun Baru 2015!

Aku sebenarnya ada banyak pulak idea nak tulis ni tapi aku rasa kalau aku tulis kat blog entri sini macam tak berapa sesuai, jadinya aku terus tunjuk dululah keputusan penuh akaun MenjadiTrader 144842 yang telah berusia 275 hari atau 39 minggu. Lagi 90 hari genap la setahun akaun PAMM MenjadiTrader 144842 ni.

MenjadiTrader PAMM 144842 December 2014
MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Bulan Disember 2014 ni keputusan hasil trading adalah 4.74% atau 2.33% lebih daripada hasil profit bulan lepas. Kira okaylah tu kan? Kalau tengok pada keputusan minggu 1-4, minggu pertama yang paling banyak dapat hasil, sebabnya adalah kerana pada minggu pertama tu market paling aktif sebelum NFP dan aku juga ambil risiko lebih sikit sepanjang minggu tu. Minggu ke-2 dah jadi hambar dengan kerugian sedikit sebelum berjaya recover. Minggu ke-3 market rancak balik sebab ada FOMC tapi akhirnya aku mengalami floating yang agak tinggi sebab terikutkan emosi. Minggu ke-4 trader-trader besar semua dah pergi bercuti jadinya market memang ikut teknikal (kata senior-senior trader la) dan bergerak perlahan, jadinya aku buat keputusan untuk cut loss floating negatif (entri BUY) disebabkan oleh EURUSD jatuh merudum. Sempat jugak buat sedikit profit tapi masih tidak berjaya mencecah 5% profit minggu sebelum ni.

Kali ni aku nak share bagaimana cara aku susun entri aku yang bernilai profit 4.74% bulan Disember:

Entri stail MenjadiTrader PAMM 144842
Kalau tengok pada folder windows di atas, beginilah caranya untuk aku masuk entri post forex aku. Setiap entri trading plan yang aku pasang aku rekodkan sama ada buy atau sell beserta tarikh masa pada nama file Excel file aku tu. Aku tak boleh tunjuk la apa ada dalam Excel file ni sebab itu adalah harta intelektual (3 bulan aku kejar sifu aku untuk dapatkan dan 9 bulan testing di live market) tapi di sini aku tunjukkan bagaimana aku disiplinkan rentak trading aku dengan hanya masuk entri trading kat market menggunakan Excel file. Kalau baca kat blog orang putih atau eBook forex mana-mana, diorang sarankan trader buat journal atau catatan ke nota ke setiap kali trading sebab dalam dunia sebenar pun terutamanya di alam pekerjaan, kita takkan terlepas daripada buat laporan kepada bos/manager kita. Betul tak? Aku tak buat journal tapi aku buat Excel file. Kalau tengok dalam list kat atas, di bulan Disember 2014 aku buat 18 trading plan dan 2 daripada trading plan tu kena stop loss. Jadinya ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan Margin Call atau MC yang aku amalkan selama aku berkecimpung dalam bidang trading forex secara solo ni.

Trading forex ni sebenarnya lebih kurang macam berniaga cara biasa jugak. Keuntungan pada minggu-minggu atau bulan sebelum ni mesti boleh cover kerugian atau kos bisnes untuk hari-hari yang akan datang. Baru-baru ni aku duk browsing-browsing cari blog orang lain yang ada cerita lebih kurang macam apa aku cerita ni. Malangnya tak banyak pun kecuali blog-blog yang ada kaitan sama ada affiliate broker atau seminar forex sendiri. Lebih banyak marketing berbanding cerita perkara yang sebenar. Aku memang tak nafikan yang forex ni boleh menjadikan seseorang itu kaya raya, cumanya kadang-kadang kita mengharapkan untuk hidup dalam ilusi yang diilhamkan oleh orang lain. Contohnya macam lepak kat tepi pantai kat resort sambil pegang laptop minum air santai-santai. Hakikatnya benda tu semua orang boleh berlakon ambik gambar macam tu time pergi cuti honeymoon ke saja-saja bercuti.

7-8 tahun lepas, aku pernah pergi beberapa seminar macam mana nak jadi jutawan. Malangnya aku sampai sekarang masih lagi bukan jutawan pun. Aku mengaku aku sendiri gagal untuk menjadikan diri aku jutawan sebab perjalanan nak jadi jutawan seperti semua orang tahu bukannya senang dan tak ramai yang berjaya harunginya pun. Aku pernah berjumpa dan bergaul dengan jutawan-jutawan ni dan aku tengok diorang ni sama jer macam aku pun cuma mentaliti diorang ni berbeza, tu jer. Perkara pokok akhirnya bergantung kepada personaliti, mentaliti dan emosi kita sendiri. Bukan aku tak nak bagi motivasi bagi sesiapa yang berhajat nak jadi jutawan tu, cumanya kita kenal diri kita ni siapa jadinya kalau boleh janganlah menipu diri sendiri atau pun membiarkan diri kita ditipu oleh orang lain. Banyakkan membaca dan sentiasa peka dengan tawaran-tawaran tak munasabah kat luar sana. Pilihan sentiasa berada di tangan kita.

PAMM Investment Demo

Dah 2 bulan rupanya investment demo ni, terasa macam cepat masa berlalu. Mari kita lihat berapa nilai pelaburan demo kita:

PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
 (Start Date: 1/11/2014 - Current date:2/1/2015)
Kalau bulan November lepas, modal USD100 kita berjaya kumpul USD2.55 profit. Bulan Disember 2014 pulak, profit kita dah meningkat sebanyak USD7.77. Amaun yang lain tu tengok sendiri jer la ye? PAMM Investment Demo Account Melaka LFX je masih lagi dalam recovery mode. Konsep high risk high return memang best, Melaka LFX aku yakin akan berjaya dipulihkan semula cuma perlukan masa yang tepat jer. Akaun MenjadiTrader pula mengamalkan konsep lower risk steady return, jadinya kalau tengok pada graf pertumbuhan MenjadiTrader sememangnya kenaikannya terkawal.

MQL5 MenjadiTrader

Akaun Public MQL5 MenjadiTrader
Tinggal 3 jer akaun public MQL5 MenjadiTrader yang free sekarang ni. Akaun MenjadiTrader Lite sekarang ni dalam proses mengikut jejak langkah MenjadiTrader NDD yang suatu ketika dahulu popular sampai ada lebih 100 lebih subscriber. MenjadiTrader Lite tu risiko trade maksimum adalah 25% berbanding dengan MenjadiTrader PAMM yang risiko trade cuma 4%. Entri post semua sama jer antara kedua-dua akaun ni cuma lot saiz jer berbeza. Sebab tu graf pertumbuhan MenjadiTrader nampak macam hebat, padahal yang teknik, timing dan entri sama jer. Aku pulak trade 2 currency jer EURUSD dengan GBPUSD.

Aku suka buat analogi gaya pemanduan, kalau anda jenis suka speeding, anda mesti tak kisah sangat pasal duit minyak sebab anda tahu bila tekan pedal lagi kuat lagi banyak la minyak habis tapi cepat sampai. Macam aku, aku jenis pemandu yang sukakan konsistensi dan efisiensi jadinya aku akan cuba untuk tekan pedal minyak dengan sederhana yang disesuaikan dengan kelajuan dan juga keadaan jalan, soal masa nak sampai tu jatuh no. 2 jadinya aku dapat memaksimumkan penggunaan minyak petrol dan jimatkan kos. Ntah hapa aku dah merepek ni da..

Oh ye, bulan lepas aku ada masuk Mini Contest PFT dan kita semua dah sedia maklum keputusan trading pun dah diumumkan. Aku memang salute betul yang dapat kedudukan pertama yang menang USD4,000 tu. Daripada modal USD100, dalam masa 4 minggu jer berjaya jadi USD1,200 lebih tu. Pertumbuhan sebanyak lebih 1200%, memang betul-betul hebat. Aku takde la analisa sangat akaun diorang yang hebat ni tapi apa aku nampak diorang ni banyak trade gold. Aku sampai sekarang ni masih lagi tak berapa yakin atau tak berani nak trade gold sebab pergerakan harga dia sangat laju dengan spread yang tinggi serta leveragenya rendah sikit berbanding matawang. Aku berpendapat, top ranker PFT tu kebanyakannya trading jenis scalping.

Ada beberapa orang peserta PFT dah okay dah ranking tinggi sekali tu jatuh merudum, memang sayang betul. Aku seorang yang realistik dan aku dah pernah cuba scalping ni tapi aku gagal, bukan dari segi teknik tapi dari segi emosi sebab scalping ni risk besar (kalau takde stop loss) tapi reward kecil. Kalau korang berkesempatan cuba tanya kepada top ranker ni apa dan berapakah effort mereka untuk berjaya naik ke atas tu? Berapa jam diorang mengadap MT4 diorang ataupun buat analisa teknikal? Berapa lama diorang dah trading? Berapa banyak kerugian yang dah pernah dialami sebelum ni? Semua tu pada pendapat aku antara faktor-faktor keseluruhan yang terlibat dalam kejayaan mereka itu bukan setakat teknik trading sahaja.

Okaylah, sempena tahun baru 2015 ni aku mungkin akan rombak sikit cara aku buat laporan mingguan dan juga bulanan. Aku juga akan buka satu lagi akaun PAMM yang baru bagi tujuan menambahkan lagi portfolio trading aku. Semoga tahun 2015 ini akan menjadi satu tahun yang penuh dengan kemakmuran ekonomi kita semua.

1 ulasan:

parson berkata...

Kemampuan setiap trader pasti akan berbeda dan akan memiliki ciri khas masing-masing dalam tradingnya, maka kasil dan kerugiannya pun akan berbeda pula

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)