Bulan Februari sudah berakhir, kini sudah masuk bulan Mac 2015. MenjadiTrader PAMM 144842 menyambut trade yang ke 999 dah pun pada minggu ke 48 ni. Apa hasil trading bagi bulan minggu ke-4 dan juga sepanjang bulan Februari 2015:
|
Feb 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 |
|
Feb 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 |
Minggu ke-4 trading menampakkan hasil sedikit, mungkin sebab market EURUSD dan GBPUSD berada dalam situasi ranging jadinya banyak pending order aku mengena. Cuma hasil bulan ni masih lagi berada di bawah objektif utama aku iaitu mendapatkan 5% profit sebulan, bulan ni cuma berjaya dapat 2% sahaja. Aku nak kena kira berapa banyak trading setup aku dah buat bulan ni:
|
Trading Setup MenjadiTrader Stail |
Macam ni la cara aku buat trading setup, takde teknik-teknik guna carta sangat pun. Kalau ada pun sikit-sikit la tapi aku malu nak tunjuk pun sebab aku tak berapa nak mahir sangat pun. Kebanyakan trading aku lebih menitikberatkan aspek 'Money Management' ataupun secara puratanya 5% maksimum risk itupun kalau semua trading pending order aku mengena. Kebiasaannya kurang daripada 5% pun. Hanya satu jer stop loss trigger bulan Februari. Mungkin bulan Mac ni aku perlu tingkatkan risk aku supaya 5% profit tu senang sikit nak capai. Walaupun dah setahun lebih aku berkecimpung dalam bidang trading ni, aku masih lagi takut nak tingkatkan risk aku walaupun kebarangkalian untuk profit tu dah menyebelahi keputusan yang aku nak ambil.
|
Feb 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 4) |
Untuk minggu ni aku berjaya hasilkan sebanyak 632 pips dengan 1% profit. Nampak tak perbezaan antara percentage profit dengan nilai pips? Semua tu bergantung kepada nilai equiti. Jadinya kalau 100% profit tu adalah balik modal, rasanya tu semua trader tahu kut tak payah aku nak ajar lagi dah. FX Junction aku tengok macam nak lingkup la, dia tak terima sebarang deposit untuk pembelian kredit untuk copytrade lepas tu aku dah request withdrawal sebanyak USD7 daripada hasil yang aku dah kutip tapi dah dekat sebulan takde apa-apa status update. Hari ni pulak aku tengok widget FX Junction ni dah hilang pulak kat blog aku ni. Aku nak tengok minggu depan FX Junction ni masih berfungsi lagi ataupun tak.
PAMM Investment Demo
|
PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
(Start Date: 1/11/2014 - Current date:1/3/2015) |
Aku ingat nak tamatkan jer la PAMM Investment Demo Account ni. Macam takde sebarang nilai pun aku duk update kat blog aku ni. Sepanjang 4 bulan demo akaun ni berjalan, akaun demo USD100 MenjadiTrader berjaya mendapatkan hampir 10% pulangan. Sikit je kan? Tapi masih lagi lebih tinggi daripada aku melabur di ASB. Cuma akaun demo Melaka LFX masih belum berjaya recover lagi dengan kerugian melebihi 15%.
MQL5 MenjadiTrader
|
Akaun Public MQL5 MenjadiTrader |
Graf MenjadiTrader PAMM 144842 dah jadi mendatar dah pun. Cuma subscriber dah meningkat sikit berbanding bulan lepas. Aku sebenarnya tengah merancang untuk buka satu 'signal trading services' berbayar tapi aku nak target trader-trader international. Bukan aku tak nak target trader Malaysia cuma bila aku tengok situasi trader-trader di Malaysia ni, aku rasa lebih baik aku target trader international sebab mungkin mereka lebih memahami risiko trading matawang ni, mungkinlah kan? Apa pun, aku kena cuba dululah.
Aku juga dah hidupkan kembali MenjadiTrader Lite dengan membuat sedikit deposit hasil daripada keuntungan profit yang dihasilkan daripada salah satu akaun trading personal aku. Rugi la pulak aku tengok kredit USD200 kat akaun tu kalau ditarik balik oleh broker disebabkan negatif balance susah nak dapat woo..
Aku lupa nak cerita, 3 minggu lepas aku ada lunch dengan kawan baik aku masa kat sekolah menengah dulu. Kawan baik aku ni seorang peguam, rupanya dia pun ada trade Forex juga satu masa dululah. Katanya ada sorang lagi kawan aku iaitu member sebelah katil aku kat asrama dah lagi berjaya sekarang ni dan bekerja dengan satu broker Malaysia ni. Teruja pulak aku dengar tapi aku tak berkesempatan nak jumpa lagi. Daripada cerita Forex terus pulak aku terjoin lunch meeting dengan potential client kawan aku ni, rupanya cerita pasal kes satu koperasi ni ada buat satu program keusahawanan berasaskan emas, dikatakan jumlah pelaburan mencecah jutaan ringgit dan program pembayaran profit sharing hanya boleh bertahan lagi 2-3 bulan jer. Yang datang jumpa tu rupanya speaker bagi program tersebut dan sekarang ni ada masalah dengan pihak pengurusan syarikat yang bekerjasama dengan koperasi terbabit. Memang pening siut bila dengar cara operasi program tersebut diceritakan, apa pun aku harap kes tersebut dapat diselesaikan la. Aku tak terlibat dan takde sebarang kepentingan pun dalam kes tu, kebetulan aku join lunch meeting tu jadinya aku jadi tukang dengar jer. Aku sendiri pun dah pernah kena tipu dengan program-program keusahawanan ni jadinya aku dah dapat pengajaran la dulu. Kesian kat pelabur-pelabur program emas tu je la..
Okaylah, setakat ini dulu update buat masa ni. Sehingga kita bertemu lagi di minggu hadapan pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan