MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 14 Mac 2015

Mac 2015: Laporan Trading (Week 2)

Rupa-rupanya kerugian minggu lepas merupakan batu loncatan kepada pencapaian minggu ke-2 bulan Mac ni:

Mac 2015: MenjadiTrader PAMM 144842
Mac 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Minggu ke-2 ni satu minggu yang penuh dengan aksi pergerakan harga. Terkenang kembali keadaan pasaran pada bulan Ogos, September 2014 tahun lepas waktu tu matawang USD trending dengan kuat. Waktu tu la graf akaun aku sentiasa menaik aje. Itulah yang berlaku sepanjang minggu ke-2 ni. Kesemua entri setup aku di EURUSD dan GBPUSD pada posisi SELL semuanya hit TP cuma aku masih kekalkan range dan lot saiz. Terdetik jugak kat hati nak hentak full margin tapi kita takkan tahu apa yang akan berlaku esok jadinya aku lebih suka mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengamalkan konsep perjudian. Satu perkara lagi yang biasanya menghadkan tahap profit aku adalah apabila rasa kurang sabar menguasai diri iaitu bila profit jer dah gatal tangan nak adjust TP sebab nak kasi close cepat. Minggu ke-2 ni aku biarkan aje kesemua entri aku hit TP yang telah ditetapkan, itu merupakan satu perkara yang agak sukar sebab nak kawal emosi kan?

Nampak gayanya akaun aku akhirnya berjaya melepasi rintangan 30% pertumbuhan. Aku mengharap dalam minggu depan, akaun ini akan berjaya melonjak ke tahap yang berikutnya lah iaitu 40%. Macam biasa, strategi aku adalah kekalkan setup entri dengan kawalan pada lot saiz dan range menggunakan Excel template. Itu jer pun yang aku duk buat sepanjang hampir setahun aku duk trading akaun ni pun. Takde pun guna indikator ke atau teknik-teknik khas (walaupun sebenarnya aku teruja jugak nak cuba teknik lain eg. Teknik BBMA..huhu).

Satu perkara jer la yang biasanya aku nampak yang mungkin ramai orang terlepas pandang bila tengok teknik-teknik trading ni, dalam trading ni akan ada yang menang dan kalah, gunalah teknik apa sekali pun asasnya masih tetap sama, 'high risk, high reward'. Cuma ada juga orang yang dah jumpa atau mencipta teknik untuk menjadikan 'low risk, high reward' tapi itu memerlukan kajian dan pemahaman yang intensif dan hanya orang-orang terpilih je yang mampu mencapai tahap tu. Selalunya untuk mencapai 'low risk, high reward' ni biasanya melibatkan timing jadinya itu yang ada teknik baca candlestick tu yang sampai hari ni aku tak berapa nak faham sangat pun. Aku akan tetap belajar dan terus belajar pasal teknik ni tapi paling utama sekarang ni aku kena kekalkan konsisten dalam money management yang aku amalkan sekarang ni.

Mac 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 2)
Macam banyak pulak pips akaun aku dapat kumpulkan. Paling best akaun G aku sebenarnya, aku dah buat withdrawal sikit sekali. Minggu depan aku nak withdraw sikit lagi. Biasalah, bulan ni sesak sikit sebab kereta Proton Wira aku rosak awal bulan hari tu, habis RM800 untuk repair sahaja. Belum mampu lagi nak pakai kereta baru sikit sebab aku tak nak tambahkan komitmen hutang. Aku rasa korang pun tahu kan, kereta ni aset yang nilainya takkan naik jadinya lagi mahal kereta tu lagi cepat dan banyak nilainya jatuh. 4 tahun lepas aku ada beli rumah untuk aku duduk sendiri berharga RM163,000, aku check kat iklan-iklan terkini rumah aku beli ni dah bernilai RM300,000 lebih. Hampir 100% nilainya naik, macam tak percaya je.

MQL5 MenjadiTrader

Mac 2015: Akaun Public MQL5 MenjadiTrader (Week 2)
Kesemua akaun public MQL5 MenjadiTrader mencatatkan kenaikan pertumbuhan. Rakan aku Melaka LFX pun meningkat 7%. Tinggal 2 minggu je lagi untuk akaun utama aku iaitu MenjadiTrader PAMM 144842 akan menyambut ulangtahun pertama. Harapan aku agar akaun ini terus kekal konsisten demi kebaikan kesemua pelabur (ada 2 orang je pelabur pun, sorang aku tak kenal pun dan lagi sorang lagi adalah aku sendiri..haha) yang percaya dengan kebolehan pengurus akaun selaku trader utamanya iaitu aku..huhu.

Aku nak cerita satu benda tapi ni di luar daripada topik trading sikit tapi ada la kut sikit-sikit tips bagaimana nak sustain dalam perniagaan. Kalau korang baca kat profil aku, aku merupakan seorang IT Executive dan banyak terlibat dalam business development. Baru-baru ni syarikat tempat aku bekerja akan mendapat 'Letter of Award' bagi satu projek IT yang sudah dilobi sejak 3-4 tahun lepas. Department aku selaku business development kena kiralah berapa untung projek sebab tempohnya 6 bulan je, kira punya kira profit margin tak banyak pun dan berkemungkinan bila projek dah jalan ada macam-macam lagi kos yang tak terduga akan muncul dan ini akan merendahkan lagi profit disamping penurunan matawang RM yang akan menambahkan lagi kos disebabkan oleh software perlu dibeli dalam matawang USD. Aku pun bagilah laporan kira-kira ni pada bos aku, bos tengok profit tu dan kata kat aku "Aku bina syarikat dan buat bisnes ni adalah untuk 'sustainability' dan bukannya tengok profit semata-mata. Kalau aku nak jual syarikat ni, dah lama aku jual sebab memang dah ada orang yang berminat nak beli pun dulu". Pengajarannya di sini adalah, kalau nak buat bisnes ni haruslah sustainable dan bukannya tengok pada profitnya semata-mata. Jadinya ini adalah antara salah satu sebab kenapa aku sangat menitikberatkan money management dalam setiap trading plan aku.

Okaylah, cukup la kut aku menulis setakat ni. Semoga kesemua trader atau pembaca blog aku terus maju jaya di masa akan datang.

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)