Hari Isnin baru berkesempatan untuk aku update blog ni. Berikut adalah hasil trading minggu lepas:
|
Mac 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 |
|
Mac 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 |
Aku boleh bagi macam-macam alasan kenapa aku loss tapi kalau dah rugi tu rugi jugaklah. Sebagai seorang trader, perlu ambil kiralah kerugian yang bakal ditanggung. Aku kononnnya nak recover kerugian minggu sebelum tu, jadinya aku bertindak agresif la sikit. Malangnya keputusan daripada emosi yang terganggu disebabkan loss tu telah menyebabkan aku bertambah pulak kerugian dengan satu istilah yang dipanggil 'Overtrading'. Kalau aku nak salahkan market sebab 'ranging' ataupun 'flat' boleh je tapi sampai bila nak salahkan market dan market boleh peduli ke kalau ko salahkan market tu. Aku pernah dengar dulu, "sekarang ni market tak menentulah", rasanya sampai bila-bila market takkan boleh ditentukan sebab dalam trading ni perkara yang sememangnya tak boleh nak diramalkan adalah 'masa depan'.
Ni aku tunjukkan berapa ribu pips aku dah hanyutkan:
|
Add caption |
Lebih dua ribu pips tu beb! Minggu sebelum tu seribu lebih je, minggu depannya terus bertambah lagi. Tinggal lagi 2 hari je dah nak habis bulan Mac ni. Memang bulan ni aku rasa masuk zon negatif lagi la gamaknya.
MQL5 MenjadiTrader
|
Mac 2015: Akaun Public MQL5 MenjadiTrader (Week 4) |
Aku ingatkan aku je, member aku pun jatuh merudum jugak. Aduhai..nak kena muhasabah diri atau tengok balik rekod kenapa prestasi semakin menurun ni.
Menariknya, disebabkan oleh kejatuhan sebanyak 4% akaun MenjadiTrader PAMM 144842 ni, ada pulak investor daripada Rusia pegi pam USD20 dalam akaun investment projek PAMM aku. Mungkin aku rasa sebab share akaun aku ni berada dalam posisi correction so dia ambil peluang ni untuk join sama dalam proses pendakian semula..huhu..
Okaylah, nak menelaah semula ilmu forex balik minggu ni untuk mempercepatkan proses pemulihan semula. Hati-hati NFP hari Jumaat ni..sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan