MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 8 Mac 2015

Mac 2015: Laporan Trading (Week 1)

Minggu pertama setiap bulan biasanya pasaran agak aktif dan biasanya aku akan dapat lebih hasil. Apa pun, beginilah hasilnya:

Mac 2015: MenjadiTrader PAMM 144842
Mac 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Kalau tak disebabkan oleh entri setup buy (yang aku swing kan) yang aku dah buat minggu lepas kena stop loss pada hari Rabu, minggu pertama ni mungkin aku dah boleh profit sikit rasanya. Apa pun, pukulan pra-NFP dan juga NFP yang mana USD semakin mengukuh telah membantu untuk aku buat proses recovery dengan cepat sikit. Jadinya untuk permulaan minggu bagi bulan Mac 2015 ni, aku berada dalam proses 'Recovery Mode' lah. Aku sekarang terasa macam risk yang aku ambil sekarang ni macam terlalu rendah pulak berdasarkan prestasi aku sekarang ni. Tapi nak naikkan risk aku macam takut pulak..wahahaha

Mac 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 1)
FXJunction minggu lepas aku cakap macam nak lingkup kan? Mujur FXJunction ni masih hidup lagi, cumanya masih lagi orang ramai tak boleh nak deposit kredit dan akaun aku pulak dia dah pulangkan balik USD7 yang aku request nak withdraw. Aku saspek PayPal akaun owner FXJunction ni kena limit kut sebab tu dia tak boleh nak bayar..PayPal ni biasalah, banyak sangat pantang larang, aku dulu buat eBay selalu dengar cerita dan pernah kena limit pun. Ada ke boleh dia limitkan kredit dalam akaun PayPal tu berbulan lamanya tak boleh nak withdraw, nak makan apa nanti?

Akaun Lite (Akaun H) aku dah kembali beraksi setelah beberapa minggu akaun ni direhatkan. Konsep yang aku nak buat untuk Akaun Lite ni, aku akan swingkan dengan stop loss sekurang-kurangnya 400-500 pips atau full margin (stop loss bersamaan dengan MC) la senang citer. Ini adalah disebabkan akaun ni kredit banyak balance sikit jadinya tak sesuai dengan cara short term swing yang aku gunapakai sekarang ni. Katakan balance dah jadi negatif, dah akaun ni takleh nak trade dah, better utilize habis-habisan kredit broker ni. Ni antara salah satu daripada kelebihan trading forex ni, boleh buat banyak akaun dan cuba pelbagai jenis teknik daripada pelbagai faktor dan perspektif.

MQL5 MenjadiTrader

Minggu lepas aku ada bagitahu yang aku akan tamatkan PAMM Investment Demo Account kan? Memang aku dah tamatkan untuk ditunjukkan dalam blog ni cuma demo akaun tu masih ada lagi. Mungkin sekali sekala aku letak la kut. Mari kita lihat apa hasil MQL5 MenjadiTrader:

Mac 2015: Akaun Public MQL5 MenjadiTrader (Week 1)
Kalau kita tengok pada statistik di atas, sebagai seorang trader ni biasalah kalau peratusan win tu lebih sikit daripada 50%. Kalau kurang daripada 50% tu maksudnya kena mandi bunga la kut..wakaka..Aku ni trader kura-kura, nak dapat gain merangkak-rangkak sebab risk aku letak kecik. Agaknya sebab tu aku ni tak popular kut..wahaha..

Dah la, aku tulis blog ni pagi-pagi buta ni. Nak sambung tido balik..Selamat berhujung minggu dan selamat bertrading semua!

Tiada ulasan:

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)