Terlewat sikit update blog sebab tersangat sibuk dengan aktiviti keluarga dan aktiviti luar pada weekend lepas. Hasil trading minggu ke-3 bulan Mac ni:
|
Mac 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 |
|
Mac 2015: MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 |
Kegembiraan profit minggu lepas tidak kekal lama. Hari Rabu merupakan satu kejutan besar kepada kebanyakan trader termasuklah aku, waktu kejatuhan graf dan kerugian tu berlaku aku tengah tidur. Bangun pagi jer tengok graf dah jadi macam ni:
|
Stop loss triggered: GBPUSD 18 Mac 2015 |
|
Stop loss triggered: EURUSD 18 Mac 2015 |
Memang terkujat jugaklah mulanya tu, stop loss aku 300 pips jauh pun boleh terkena juga dan naik lagi 200 pips ke atas, memang aku tak terkata apa. Apa boleh buat, kalau aku biarkan floating pun, bukannya sekejap nak tunggu price tu turun balik dan lagi la resah gelisah jiwa dibuatnya. Jadinya aku pun redho jer lah dah memang loss dah pun. Aku tengok kat FB aku, rupanya ramai jugak yang menerima nasib sama seperti aku. Ada sorang kawan aku pulak, memang akaun MC terus, lebur habis semua hasil trading selama 3 minggu. Memang langsung tak terduga penangan FOMC hari tu. Dijangka katanya 'correction' ni akan berterusan lagi minggu depan tapi seperti biasa dalam forex trading ni, tiada jaminan ke mana price tu akan pergi. Aku akan tetap dengan pendirian aku untuk mempertahankan 'risk exposure' akaun aku jadinya plan minggu akan datang ni adalah untuk cuba breakeven posisi SELL yang sekarang ni sedang floating negatif ataupun cuba recover balik loss yang ditanggung dengan trading plan BUY.
|
Mac 2015: Akaun-akaun MenjadiTrader (JayDee FX) FXJunction (Week 3) |
Seribu lebih pips kehilangan tu, 4% hilang untuk akaun I, 9% hilang untuk akaun G. Akaun H tak bergerak sebab aku tak sentuh pun.
MQL5 MenjadiTrader
|
Mac 2015: Akaun Public MQL5 MenjadiTrader (Week 3) |
Member Melaka LFX pun jatuh sikit, akaun MenjadiTrader PAMM pun jatuh jugak. Begitulah nasib akaun dagangan aku pada minggu lepas.
Ada 2 entri bukan laporan trading yang sepatutnya aku tulis tapi aku tak sempat lagi nak tulis. Terpaksa dahulukan perkara lain di luar bidang trading forex ni, biasalah part time trader ni, banyak lagi perkara lain nak kena uruskan.
Okaylah..ada masa nanti aku update lagi cerita-cerita dan pengalaman trading forex ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan