MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 6 April 2014

Cara Membuka Akaun Demo PAMM Investor (LiteForex)

1:49 PTG 1
Biasanya sebelum kita melabur, kita mesti la tahu semua maklumat dulu sebelum kita meletakkan duit kita yang kita dah susah payah dapat melalui gaji, berniaga dan sebagainya itu. Tapi kadang-kadang bila kita baca semua info dan maklumat tu, bukannya kita faham pun apa benda-benda kewangan ni. Aku pun bukannya faham semua tu dan aku sendiri takde banyak masa nak study semua benda bagai. Untuk mengatasi masalah tu, menggunakan kenderaan kewangan LiteForex kita boleh membuat eksperimen yang tidak membahayakan dompet kita. Beginilah caranya:

Membuka Investor Demo Akaun
Untuk mengaktifkan Asset Investment akaun LiteForex anda, akaun anda mesti dah fully verified. Apa benda pulak nak verify-verify ni? Itu korang pandai-pandai la godek-godek Client Profile selepas bukak akaun LiteForex ni. Dulu ada butang Open Investor Demo Account kat sebelah kotak hijau tu, tapi diorang dah buang pulak. Jadinya link untuk bukak Investor Demo Account ada di tepi sebelah kiri bawah.

Memasukkan no akaun PAMM yang telah dipilih
Menjaditrader telah pun membuka satu akaun sendiri yang baru dengan akaun number 144842. Masukkan nombor tersebut didalam kotak Account PAMM, masukkan amaun USD100 (berapa-berapa amaun pun boleh sebenarnya, USD100 tu aku nak senang bayangkan keuntungan nanti..hehe). Klik kotak agreement tu dan klik Open Account.

Akaun Investment Demo dah siap
Dah siap dah pun akaun demo kita. Sekarang ni, apa yang kita perlu buat adalah login ke Client Profile LiteForex setiap hari untuk mengikuti perkembangan duit kita tu. Kalau korang tengok contoh di atas, aku telah pun membuka satu investor demo akaun di akaun JayDee 128869 dengan jumlah USD100 kalau tak salah aku bulan January 2014 yang lepas. Akaun tersebut telah pun menyebabkan aku kerugian amaun demo aku sebanyak USD25.98. Jadinya walaupun tu akaun PAMM aku sendiri, aku sudah semestinya tak nak melabur dengan akaun tu sebab dah rugi, betul tak?

So begitulah cara untuk mencuba jadi pelabur dalam akaun PAMM sebelum meletakkan duit kita yang betul. Ini khas untuk orang yang takde masa nak jadi Forex trader ataupun dah pernah trade tapi rugi ataupun saja nak diversify duit dalam akaun LiteForex anda kalau ada. Anggap benda ni semua adalah tools untuk kewangan anda sama macam guna Maybank2u. Macam orang putih kata 'Don't put all your eggs into one basket', betul tak? Haha..

Okaylah, selamat mencuba.

Sabtu, 5 April 2014

Keputusan Penuh Trading Akaun JayDee 128869 Bulan Mac 2014

5:59 PTG 0
Akaun PAMM LiteForex JayDee 128869 merupakan akaun trading live yang pertama aku miliki dan trade di LiteForex. Ianya merupakan akaun yang penuh dengan nilai-nilai sentimental kerana menggunakan akaun ini aku belajar susah payah bagaimana untuk trade Forex ni. Hasil perguruan aku dan eksperimen sejak bulan Disember 2013 sampailah ke bulan March 2014, maka inilah hasilnya setelah aku melaksanakan trading sepenuhnya menggunakan sistem dan peraturan yang mana secara ringkasnya bila aku entri jer, satu perkara je yang aku boleh ubah iaitu Take Profit (TP). Stop Loss (SL) adjustment, manual close order (kecuali hari Jumaat malam) dan manual market order TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Kalau aku loss pun, aku akan terima seadanya.

Summary Daily Confirmation JayDee 128869
Di atas ni merupakan ringkasan keseluruhan daripada email Daily Confirmation yang diemailkan setiap pagi sekiranya membuat trading. Minggu pertama aku hanya loss pada 8/3 sebab NFP, tak menjadi teknik yang aku pernah dapat untung trade NFP dulu, hampeh betul. Mujur masih lagi untung minggu pertama. Minggu ke-2 entri aku banyak tak jadi dan loss 2 daripada 5 hari tu. Minggu ketiga ni memang teruk, market minggu tu jadi tak tentu hala ntah kenapa ntah. Aku memang sedikit down waktu tu tapi macam mana pun, usaha tetap perlu diteruskan. Minggu ke-4 dan 1 hari pada minggu ke-5 (31/5) merupakan minggu yang sangat menarik sebab akhirnya segala sistem dan peraturan aku tu membuahkan hasil.

Di sini dapat disimpulkan, trading forex ni sememangnya memerlukan kesabaran, ketekunan dan disiplin yang tinggi. Walaupun aku cuma trade forex ni part time, tapi aku sentiasa monitor trade aku untuk memastikan segala trading plan yang aku dah buat dipatuhi sepenuhnya takde main tipu. Hasilnya, aku berjaya memperolehi pulangan daripada equiti bulan sebelumnya sebanyak 33.91%. Sememangnya lagi tinggi daripada bank la kan? Kira okaylah tu..

Aku belum bersedia lagi nak ceritakan macam mana aku trade forex ni tapi anda dialu-alukan untuk mendaftar sebagai pelabur akaun PAMM JayDee kalau berminat.

Khamis, 3 April 2014

Ranking ke 40 Daripada 306 PAMM Akaun LiteForex

2:39 PTG 0
Waktu aku sekolah dulu, aku memang tak pernah nak dapat keputusan yang tinggi pun. Paling tinggi aku dapat pun waktu Darjah 6 tempat ketiga daripada keseluruhan sekolah. Tu pun sebab sekolah area kampung, kalau sekolah area bandar memang akan dapat tempat tengah-tengah jer la. Selepas daripada sekolah pun keputusan akademik aku semuanya takde la cemerlang pun. SPM pun aku hampir terbabas nak dapat Pangkat 2 (sistem dulu-dulu la, sekarang ni semuanya kira jumlah A jer). Aku ni sebenarnya takde degree pun, duk tengah cuba nak habiskan degree part time tapi dugaan nak sambung belajar sambil bekerja ni terlalu tinggi sampai aku duk tengah fikir sama ada nak teruskan ataupun tidak.

Apa pun, bulan lepas merupakan bulan yang agak mencabar trading matawang ni. Aku sebenarnya tak perasan pun rupanya boleh tengok ranking akaun PAMM ni, aku duk tengah tengok akaun PAMM orang lain sekali tu ternampak la akaun aku berada di ranking 40.

Ranking JayDee 128869
Total Accounts Monitoring PAMM di LiteForex yang muncul dalam ranking tab 'Month' adalah 306. Bermakna, akaun PAMM aku berada dalam Top 50 akaun PAMM LiteForex seluruh dunia. Teruja sekejap.... :-D :-D

Okaylah, ranking-ranking ni memang bagus sebab kita boleh tahu kita punya tahap keupayaan. Cumanya yang lebih penting lagi adalah konsisten, tu yang selalu orang gagal. Aku ni bukannya suka sangat nak jadi SuperStar ni sebab hidup ni umpama roda, sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah.

Happy bertrading..

P/S: Dah naik ke ranking 26 selepas close position terbaru malam tadi..huhu..

Jumaat, 28 Mac 2014

News Trade (Akaun Lite-Fixed Spread vs NDD-Floating Spread)

5:30 PTG 0
Pada bulan Februari 2014, aku telah mencuba satu teknik yang hanya boleh digunapakai ketika news yang besar. Hasilnya memang sangat menarik:

Trade NFP Februari 2014
Malangnya bulan ni NFP trade tak berapa menjadi sebab graf price tersangkut di permulaan lepas tu naik turun dengan cepat menyebabkan aku kerugian sikit (Aku dah profit banyak sebelum tu so kira cam bagi balik kat market la lebih kurang). Entri kali ni sebenarnya aku nak bandingkan bila kita trade guna Lite Akaun dan NDD Akaun (Dua trading server yang berbeza), boleh baca entri aku yang sebelum ni untuk pencerahan.

Lite Akaun ni adalah Dealing Desk iaitu syarikat broker akan filter news-news yang akan muncul. Contoh trade NFP aku tu dia dah tolak 9 pips daripada hasil trade aku. Kalau 1 pips aku tu 10 sen, bermakna aku dah kerugian 90 sen la. NDD pulak adalah Non-Dealing Desk iaitu dia takde filter news ni, tapi bila time news, spread akan jadi tinggi boleh jadi sampai 5 pips ataupun lebih.

Semalam, disebabkan memang aku cuma trade currency GBPUSD, ada satu news ni. Aku tak sangka pun news ni agak high impact sebab kadang-kadang tu ada news kat Forex Factory tunjuk warna merah tapi bila tunggu dan tengok takde apa-apa pun yang berlaku. Ni news tu:


Ni kira lebih kurang macam case study la nak bandingkan mana satu akaun antara Lite dengan NDD yang lebih baik untuk digunakan. So, aku dah siap entri trading plan aku tengah hari jadinya aku punya floating entri dah siap masuk dah kecuali entri yang pertama lagi masih pending. Tepat pukul 5.30pm petang, graf mula jadi rancak selang berapa minit entri aku semua dah hit TP. Memang rezeki aku la semalam sebab trading plan aku mengena. Tapi bila aku buat post mortem trading aku, aku nampak sekali lagi perkataan gap kat comment entri:

Akaun Lite
Aku semak balik kat akaun NDD aku pulak sebab entri yang pertama aku tu sama dia punya price. Oh, aku trade biasanya 4 akaun sekaligus dan semua akaun tu aku rekodkan dalam Excel sheet semuanya mesti detail untuk analisa hari minggu nanti. Balik kepada cerita aku tadi, ni NDD akaun punya trade:

Akaun NDD
Nampak tak entri aku yang B1 kat Akaun Lite aku tu sepatutnya sama dengan NDD tapi telah beralih daripada 1.6590 kepada 1.6604. 14 pips beza tu!! Akaun NDD aku rilek jer takde beza pun. So jom kita tengok pulak calculation aku apa jadi:

Akaun Lite Calculation
Akaun NDD Calculation
Mujur jugak entri pertama aku tu nilai dia kecik, jadi miss profit target aku dalam 15 sen jer. Akaun NDD aku terlebih pulak profit daripada unjuran awal sebanyak 51 sen.

Ni kes study la kalau sapa-sapa nak trade news guna Lite Akaun kena la bersedia untuk ditolak pips keuntungan. Kesimpulannya, akaun NDD walaupun takde bonus tapi lebih menguntungkan menggunakan trading plan aku.

Sekian laporan saya Menjaditrader...

Ahad, 23 Mac 2014

Perbezaan Antara Floating Spread dan Fixed Spread (LiteForex)

8:12 PTG 0
Antara perkara yang aku suka buat adalah melakukan eksperimen. Sebenarnya aku tak minat sangat nak buat eksperimen waktu kat sekolah dulu tapi benda yang aku minat memang aku akan kaji sedalam-dalamnya dan belajar macam mana nak tweak sesuatu benda tu untuk kesesuaian sendiri. Itu adalah tabiat semulajadi aku. Aku dah tak layan lagi dah akaun demo, aku terjun terus akaun live. Dalam LiteForex, yang menariknya kita boleh bukak banyak jenis akaun. Broker lain yang aku pernah try setakat ni (XM dan Traders Trust jer pun) takde yang ada kemudahan macam ni. Ni aku tunjuk Client Profile aku sendiri ni:

Akaun Lite
Akaun NDD
Macam aku yang modal kecik ni, aku cuma mampu bukak Akaun Lite dan NDD jer lah. Trade kecil-kecilan. Akaun Real tu untuk yang dah professional pengalaman bertahun-tahun dan modal USD1000 ke atas. Modal aku USD100 pun dah nak terkoyak dompet aku..haha..

So apa bezanya antara Akaun Lite dengan Akaun NDD ni? Aku terangkan based pada apa yang ada dalam kepala aku jer tau, nak detail dia pergi baca sendiri la. Nak aku terangkan jugak? korang pepandai la kontek la aku..muahaha..

Akaun Lite:
  • Price cuma 4 digit jer eg. GBPUSD 1.6484
  • Spread dia dah fixed eg. GBPUSD 3 pips setiap kali entri
  • Amaun kalau USD100 kat dalam MT4 tu bersamaan dengan USD1 (kira 100 sen la)
  • Lot paling kecik boleh bukak 0.1
  • Server dia sama ada LiteForex-Lite atau LiteForex-Lite2
  • Leverage paling tinggi 1:1000 (Best guna kalau nak masuk banyak entri position)
  • Boleh dapat bonus 30%, 40% dan terbaru 100%
Akaun NDD:
  • Price ada 5 digit eg. GBPUSD 1.64845 (Lagi jitu woo..)
  • Spread dia berubah-ubah (Floating) eg. tengok gambar bawah
  • Amaun memang ikut berapa yang kita deposit
  • Lot paling kecik boleh bukak 0.01
  • Server dia LiteForex-Pamm
  • Leverage paling tinggi 1:500 (Kira tinggi jugak ni, boleh kasi adjust kalau nak letak banyak entri)
  • Takde bonus

So, hari ni aku nak cerita dan tunjukkan apa bezanya guna fixed spread dan floating spread  ni berdasarkan eksperimen aku.

Untung rugi dalam trade forex adalah perkara biasa la beb...

Kalau tak nampak, boleh besarkan gambar kat atas ni. Screenshot di atas merupakan eksperimen aku menggunakan akaun Lite dan NDD menggunakan entri dan exit yang sama. Trade ni adalah live untuk currency GBPUSD dan aku telah kerugian hampir USD7 untuk trade ni sahaja. Apa pun, kita tengok apa perbezaan dia.

Sebelah kiri adalah NDD (floating spread) dan kanan Lite (fixed spread). Mengikut calculation aku, NDD punya kerugian dalam trade pertama aku adalah USD1.56, tapi bila trade yang betul-betul punya setelah spread variable dikenakan, aku punya kerugian adalah USD1.76. Kita tengok pulak akaun Lite, calculation kerugian aku adalah hampir sama iaitu USD155.26 sen (USD1.55 la bila convert), bila fixed spread dikenakan aku hanya kerugian USD155 sen (USD1.55 bila convert).

Mungkin calculation sheet yang kat atas tu complicated sangat. Aku tunjuk yang simple jer pulak. Ni kalau trading yang ada profit (Kiri akaun NDD kanan akaun Lite):

Akaun NDD lagi untung daripada Akaun Lite

Kenapa jadi macam ni? Floating spread memang kadang-kadang nampak kecik biasanya bila market tengah rancak dia boleh turun jadi 0.5 tapi dia punya laju tu memang tak terkejar kadang-kadang. Cuba tengok gambar kotak hitam kat atas tu tengok spread dia 48 (Sebab aku tulis ni hari Ahad), lagi tinggi daripada fixed spread 3 (30 sebenarnya kalau guna 5 digit). So akaun trading yang mana lebih untung? Sebenarnya dia bergantung pada timing entri dan keadaan market tu sendiri. Kena cuba sendiri dan calculate sendiri baru tahu. So far bagi aku la, aku rasa akaun Lite untung lagi sebab boleh guna bonus (Bonus tu tahan 6 bulan jer sebenarnya) walaupun kalau tengok hasil eksperimen kat atas akaun NDD lagi untung, at least bonus tu boleh cover margin level.  Ada lagi satu kebaikan tersembungi bila guna fixed spread tapi aku takleh cerita kat sini..hehe..

Satu perkara jer la yang aku agak tak puas hati dengan LiteForex ni, waktu news FOMC yang lepas boleh pulak Akaun Lite aku okay jer hit SL dengan TP tapi Akaun NDD aku hang kejap selang lebih kurang dalam 30 saat baru carta aku gerak. Nampak sangat perbezaan antara dua server ni. Akaun NDD ni pulak (Akaun Lite pun kengkadang buat perangai jugak), nak buat pending order pun boleh re-quote. Aku kengkadang tension dan sakit hati jugak bila berhadapan dengan situasi ni sebab aku terpaksa buang masa click mouse aku banyak kali baru boleh lepas. Tengah klik-klik mouse tu, price dah lari jauh dah terpaksa la adjust pulak entri calculation aku. Ini baru pending order, kalau market order lagi la teruk sebab price waktu tu mesti akan lari lagi jauh punya.

Aku cerita ni terus terang berdasarkan pengalaman aku. Aku tak nak sembunyi apa-apa semata-mata nak tarik perhatian orang register under affiliate aku. Apa pun, demi kelebihan yang LiteForex tawarkan iaitu Client Profile yang boleh buat banyak akaun, aku akan teruskan menjadi client LiteForex. Selain tu, local deposit LiteForex adalah antara yang paling murah rate dia di pasaran.

Harap pihak LiteForex dapat memperbaiki servis trading services mereka. 


Update 25/3 11.30am: Baru mendapat tips daripada wakil LiteForex dalam Forum CariGold ruangan Broker. Katanya masalah re-quote tu boleh diselesaikan dengan update software. Baru jer lepas update software, rupanya Multiterminal MT4 software aku guna tu last update bulan Februari punya. Minggu ni nak kasi test tengok kalau masalah re-quote tu jadi lagi ke tak. ;-)

About SIGTrader 4 MultiTerminal (Sebelum upgrade)

About LiteForex MT4 MultiTerminal (Selepas upgrade)

About LiteForex MT4 (Auto upgrade software ni)

Update 26/3 12am: Rasa macam lebih kurang jer performance Multiterminal ni. Ada jugak Off quotes ni tapi mungkin sebab price gerak laju sangat ataupun stop level dekat sangat. Ni kat bawah ni contoh Off quotes dalam Multiterminal just nak ubah TP jer (Aku kena ubah TP semua position entri aku sebab ni sebahagian daripada trading strategi aku, lagipun nampak macam price dah tak boleh pergi dah).


Mujur jugak aku dah adjust TP, price dah turun dah pun sebelum aku masuk tido ni.

Okaylah, happy trading!

Update 7/4 12.30am: Masih ada jugak requote even dah upgrade software. Cuma requote tu waktu market malam NFP tu. Aku cuba nak buat pending order tapi sangkut dalam jam 10.30pm, lebih 5 minit aku try tapi tak berjaya tapi berjaya jugak la akhirnya selepas pergi berehat kejap. Apa boleh buat, ini jer la kelemahan broker yang aku tak berapa suka..huhu..

Jumaat, 7 Mac 2014

Teknik Internal Multi Account LiteForex

12:45 PTG 2
Aku dalam diam tak diam ni dah cuba 2 broker lain selain daripada LiteForex. So far aku tetap merasakan LiteForex yang terbaik untuk aku buat masa ni. Terus terang aku cakap memang LiteForex ni ada re-quote, nak buat Pending Order pun boleh re-quote tu..Tapi tu semua tak jadi masalah sangat kepada aku sebab trading style aku sekarang ni semuanya guna Pending Order. Aku dah tak masuk market guna Market Order. Sakit hati woo bila market order masuk tengok-tengok price yang masuk tu lari daripada apa yang kita nak selain daripada negatif sebab spread broker.

Apa pun, graf kat bawah yang aku nak tunjuk ni aku guna modal USD100 yang aku suntik masuk campur dengan untung NFP bulan lepas, sekarang ni dah dapat USD38 untung yang aku boleh bawak keluar. Tak sampai seminggu dah ada hasil berkat usaha dan disiplin diri menggunakan template yang telah dihasilkan oleh mahaguru sifu aku.

Akaun Lite
Nampak tak ada turun naik tu. Tu aku saja-saja test buat internal transfer. Broker lain takde kaedah-kaedah ni, hanya di LiteForex je yang boleh buat macam ni sepanjang pengalaman aku. Oleh itu, daftarlah akaun LiteForex anda gunakan link ini.

P/S: Malam ni NFP oiii....

Selasa, 18 Februari 2014

Autochartist..Apa tu?

11:08 PG 0
Hari Jumaat yang lepas, aku duk tengah monitor trade aku. Sekali tu bila aku login Client Profile LiteForex aku, muncul satu button baru.


Apa benda Autochartist ni? Kat LiteForex website ada diterangkan sikit:

Autochartist tool daripada LiteForex
Rupanya Autochartist satu tool yang mengautomasikan proses nak buat technical analysis jadinya kita dah tak perlu nak pening kepala buat sendiri semua analisis. Aku dah cuba satu currency pair AUDUSD semalam, tapi keputusannya belum memuaskan lagi sebab tool ni hanyalah satu alat yang digunakan untuk meninggikan kebarangkalian trading yang berjaya, ianya bukanlah satu alat ahli nujum yang boleh meramalkan market forex ni dengan tepat.

Tapi apa pun, Autochartist ini diberikan percuma oleh pihak LiteForex. Ada harga aku jumpa hari tu sebab kalau broker anda tiada dalam list, Autochartist cuma bagi trial selama 14 hari selepas tu ada la casnya. Kalau nak cuba tool ni secara percuma, register la akaun LiteForex anda sekarang dan cubalah tool ini sendiri.

Ahad, 16 Februari 2014

Update 16 Februari 2014

9:40 PTG 0
Last aku update pasal akaun live PAMM aku adalah pada awal Januari tahun 2014 yang lepas. Sekarang dah pun 16 Februari dah pun. Pada mulanya aku ingat nak eliminate jer akaun PAMM aku ni, tapi bila fikir-fikir balik rasa sayang pulak sebab inilah akaun trading live aku. Berkat kesabaran dan usaha tekun aku bersama dengan guru aku (seorang staf LiteForex Malaysia), aku berjaya mengekalkan akaun ini.

Akaun PAMM JayDee di LiteForex
Modal aku untuk akaun ini adalah sebanyak USD200 (RM660). Kini berbaki USD50 (RM165). Kalau aku withdraw USD50 ni, aku cuma akan dapat (RM155) jer. Niat aku pun sebenarnya nak berbisnes jadinya duit modal ni aku takkan sentuh sampailah aku total loss. Apa pun, trading tetap aku akan teruskan walaupun pelbagai perasaan takut, bimbang dan kecewa yang aku akan alami sepanjang kerjaya trading ini. Namun begitu, kini perasaan takut loss tu dah semakin kurang sebab dah semakin immune dan juga sebab aku kini menggunakan satu mekanisma yang menolong dalam mengawal emosi live trade ni.

Semoga aku tetap bersemangat meneruskan usaha trading ini..Amin..

Sabtu, 15 Februari 2014

Anda Sebenarnya Forex Trader Yang Bagaimana?

12:00 PG 1
Kita semua mempunyai personaliti dan corak pemikiran yang tersendiri. Takde orang yang boleh berfikiran dan perasaan yang sama walaupun dia ada kembar. Jadinya untuk kita kenal diri kita sendiri, kita perlu test diri kita untuk tentukan diri kita ni jenis yang macam mana. Laman web Babypips ada satu kuiz yang boleh menentukan apakah jenis trader yang anda sebenarnya [link]:

Menjaditrader trading profile

Untuk aku, aku merupakan seorang Day Trader. Aku memang tak sesuai trading lebih daripada sehari, kalau ada entri yang masih open biasanya aku akan close dulu sebelum tido. Kalau aku biarkan open, memang tido aku takkan nyenyak punya. Kuiz kat Babypips ni bahasa Inggerisnya agak advance la, jadinya kena pandai-pandai la pahamkan ye? Selamat mencuba!

Sabtu, 8 Februari 2014

Mencari Profit di NFP News 7 Februari 2014

10:24 PTG 0
Dah lama la pulak aku menyepi daripada blog ni. Agak busy sejak dua tiga minggu ni, ada tender dokumen lah, meeting lah. Aku ni bukannya full time trader, part time aje. So pada NFP bulan Januari 2014 yang lepas, aku telah menyaksikan sendiri keadaan graf luar biasa, bagi aku luar biasa la sebab last aku tengok keadaan tu tahun 2009. Kebetulan ada otai sifu dalam kelas live trade yang aku datang malam tu ajar pulak macam mana nak trade bila ada news high impact ni. Bila dah belajar ilmu yang sangat best ni, kena la try praktik untuk membuktikan kebenaran ilmu tu.

So semalam merupakan NFP bulan Februari 2014, aku balik on time lepas office hour. Setelkan semua makan minum tidurkan anak bini semua, 9.15pm aku dah mula setting pending order bagai. Kelam kabut aku buat setting pending order sebab aku nak kaut 2 akaun sekaligus. Dah ler margin baru nak kira semua, kalau margin terlebih karang entri tak masuk. Aku tak amik banyak pip pun, 20 pips jer target. 2-3 minit  lepas 9.30pm, graf terus jadi gila dan pending order aku pun dah close dah.

Screenshot history 2 akaun live aku
Close jer entri tu, terus aku masuk bilik baring dengan muka keriangan. Aku cuba bayangkan kalau aku ada modal lagi besar, memang keje aku kutip untung gaya camni jer. Apa lagi, kalau nak belajar cara-cara nak setting profit untuk NFP dan macam-macam trading teknik lagi, register la akaun LiteForex anda dan hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Memang terbaekk!!

Update 9/2/2014* Setelah diteliti, baru aku perasan rupanya untuk Akaun Lite, ada note kat dalam Comment tu tulis [started/gap]. Disebabkan oleh gap ni, entri order aku sepatutnya 1.3600 dah tiba-tiba jadi 1.3609, jadinya aku cuma dapat untung 11 pips jer. Beza 9 pips tu. Nak tengok bukti secara teknikal, ni screenshot bila bukak log file:

Log file MT4
Aku dah blur kan IP address dengan info secret untuk keselamatan. Untuk perkara macam ni, agak susah jugak la kalau nak fight dengan broker ni sebab kita dah pun sain (click) setuju terima waktu kita bukak akaun trading ni. Jadinya kita kenalah terima seadanya. Apa pun, janji masih lagi untung sudah ler..kan?


Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)