MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Rabu, 9 Julai 2014

Update Trade Minggu Pertama July 2014

2:29 PTG 0
Terlambat pulak nak update laporan PAMM trading bagi minggu pertama Julai 2014 ni:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Selepas profit pada hari terakhir bulan Jun 2014, keadaan pasaran agak lesu 2 hari sebab semua orang menunggu NFP pada hari Khamis. NFP bulan ni takde apa yang berlaku sangat tak macam awal tahun dulu sama ada mencanak naik atau mencanak turun. Malangnya trade setup aku untuk Buy EUR/USD dah mencapai paras maksimum dan hampir kena stop loss disebabkan EUR/USD jatuh waktu NFP dan selepas tu. Aku telah membuat keputusan untuk biarkan biarkan setup tu floating dulu daripada hit terus kat stop loss. So setup yang tu aku akan monitor dalam minggu ke-2 ni tengok macam mana. So far tengok pergerakan dah retrace tapi aku akan monitor rapat jugak la tengok market akan menuju ke mana. Apa pun, semoga aku dapat mengekalkan trading tanpa loss la buat sementara waktu ni..huhu..

Rabu, 2 Julai 2014

Keputusan Penuh Akaun MenjadiTrader 144842 Bulan Jun 2014

1:53 PTG 0
Tinggal satu hari jer pun bakinya, tapi inilah keputusan penuh trading bagi bulan Jun 2014:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Sebelum ni aku banyak cerita, kali ni aku letak terus kiraan la, kalau otak korang suka kira-kira yang itu la perkara yang korang akan suka tengok (Jun 2014):

  • Jumlah trading setup untuk EUR/USD - 13
  • Jumlah trading setup untuk GBP/USD - 12
  • Keseluruhan jumlah trading setup - 25
  • Trading setup yang kena stop loss - 4
  • Lot permulaan 0.4, lot paling besar 2.5
  • Risk to reward ratio 1:2 (ni nilai maksimum la..biasanya pending entri aku sikit je yg kena)
  • Satu trade setup punya risk adalah 2% daripada jumlah asal equiti USD25,000
Daripada nombor-nombor di atas, kalau korang seorang trader yang serba tahu mesti dah boleh agak aku ni jenis trader yang macam mana. Aku sekarang ni tak boleh nak trade kalau tak guna trading setup sebab aku macam tak berapa suka nak lepak depan graf lama-lama sangat. Dulu-dulu waktu awal-awal trading dulu memang minat betul nak ngadap graf warna-warni tu tapi sekarang ni rasa macam lemau la kalau duk ngadap je. Apa pun, 1.87% bulan lepas tu kira profit la jugak daripada rugi. Masih jauh lagi kalau nak recover loss seribu lebih tu. Sebenarnya dalam kepala ni duk pikir jugak nak recover amaun yang dah rugi tu cepat-cepat dengan naikkan je jumlah lot untuk trade setup, tapi aku macam tak berani pulak nak amik risiko lagi. 

Takperlah, apa pun semoga di bulan puasa yang mulia ni bertambah murah rezeki lagi.

Ahad, 29 Jun 2014

Update Trade Minggu Keempat Jun 2014

3:06 PG 0
Minggu yang baru habis ni merupakan minggu ke-4 bulan Jun dan boleh dikatakan minggu terakhir pun sebab Isnin cuma sehari jer tinggal sebelum masuk bulan Julai. Mari kita lihat perkembangan akaun trading aku baru-baru ni:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Hari Isnin dengan Selasa (23 dan 24 Jun) memang takde sebarang entri aku yang close sebab market currency yang aku masuk takde banyak pergerakan dan aku memang tak boleh nak close kan memandangkan floating negatif. Hari Rabu baru la dapat betul-betul close entri dan buat entri baru. Minggu lepas lagi banyak profit sebenarnya. Aku duk fikir nak naikkan jumlah lot entri aku sebab aku tengok macam profit tak berapa banyak boleh cekau dengan range price yang ada sekarang ni, tapi bila fikir balik bila aku naikkan lot entri, aku dah tambah risiko trade aku dan kalau tak kena gaya kalau hit stop loss, lagi banyak aku akan rugi. Mungkin aku boleh try guna akaun khas berani mati sebab dalam Forex trading ni, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa aje jadi kena pandai-pandai manage risiko trading ni. Dah bertrading lebih 6 bulan ni apa aku nampak adalah sebagai trading ni merupakan salah satu daripada aktiviti sahaja, banyak faktor lain yang perlu diambil kira. Lebih kurang macam membina kerjaya jugak. Balik pada ulasan trading aku tadi, overall sekarang ni aku dah ada untung bulan ini bagi meneruskan lagi proses recovery yang masih panjang ni.

Masih jauh lagi perjalanan akaun trading PAMM ni sebab fokus aku adalah long term dan bukannya short term. Kita kena fikir cara bank ataupun investment firm berfikir, diorang diversify portfolio diorang dalam pelbagai jenis instrumen. Macam-macam ada, ada stock, bond, derivatives, index, properties dan macam-macam nama yang aku pun tak pernah dengar tapi matlamat diorang adalah survival dan long term growth. Buat apa nak untung cepat tapi rugi pun cepat, betul tak? Kita ambil contoh paling mudah, akaun simpanan Savings Akaun-i Bank Rakyat (antara bank yang bagi kadar hibah yang paling tinggi) sebagai contoh la kan? Kita simpan RM10,000 takde usik apa-apa, bila cukup setahun Bank Rakyat akan memberikan hibah sebanyak 1% jadi mari kita calculate (RM10,000 x 0.01 = RM100 setahun ataupun RM8,33 sebulan). Takde buat apa-apa goyang kaki boleh dapat RM100, best kan? Cuba bayangkan kalau ada RM100,000 ataupun RM500,000? Lagi banyak kita simpan, lagi tinggi kadar faedah dia (RM100k dan ke atas dia bagi 3% per annum) Menarik tak? Ni contoh paling cikai la, kalau nak lagi menarik sebenarnya kena guna ASB la. Tapi konsepnya mungkin lebih kurang sama la kalau financial planning ni. Apa pun, setiap yang aku dah mention kat atas ni tetap ada risikonya. Sebab tu wujudnya PIDM dan insurans bagi melindungi aset-aset ini dari segi kewangan.

Stail trading yang aku pilih sekarang ni tak menjejaskan kerjaya harian aku dan juga tak menjejaskan masa aku bersama keluarga (nak keluar makan la, shopping, pergi jalan dll). Itu sebenarnya apa yang tidak diajarkan dalam sebarang kelas atau kursus sebab itu semua perlu dilalui oleh diri kita sendiri dan disesuaikan dan ini semua memerlukan masa. Cuma yang penting perlu ada adalah disiplin masa sebab dalam trading, timing itu penting dan kalau kita terlepas kita perlu menunggu peluang lain pulak yang kita tak tahu bila akan datang.

Okaylah, selamat berpuasa aku ucapkan kepada yang berpuasa!

Isnin, 23 Jun 2014

Update Trade Minggu Ketiga Jun 2014

3:23 PTG 0
Minggu ke-3 Jun 2014 trading result update:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Aku tersangat la busy pada minggu lepas, weekend pun tak sempat update blog ni. Ni aku curi-curi masa untuk update blog ni. Jadi trader part time ni sebenarnya agak tertekan jugak kadang-kadang tu sebab macam ada dua kehidupan, tapi kalau jadi trader full time pun macam bosan pulak sebab macam tak kehidupan sosial dan tak terdedah kepada dunia luar yang penuh warna-warni.

Okaylah, sedikit ulasan. Aku bersyukur minggu ke-3 bulan Jun yang lepas aku takde alami sebarang loss. Walaupun takde la banyak pun profit dan perjalanan recovery masih lagi jauh lagi. Kalau siapa yang faham konsep PAMM, inilah masa yang sesuai untuk bersama-sama aku sebelum sasaran pertama aku iaitu untuk mendapatkan semula apa yang hilang. Cuba bayangkan, kalau korang invest USD100 kat akaun aku, aku tolong trade kan sampai akhir bulan ni dan katakanlah aku berjaya trading dapat naikkan daripada -8% kepada 0% (banner di sebelah kanan) untuk dapatkan balik modal aku, korang boleh dapat USD8 tolak komisyen aku semua dapat la untung bersih USD5. Kalau USD1000, boleh dapat USD50 dollar dah, tak sampai seminggu tu. Tapi of course la, aku tak berani jamin la sama ada untung ke tak, aku cuma cuba yang terbaik, itulah risk management dan forex trading bisnes. Sekurang-kurangnya potensi keuntungan trading aku ni melebihi daripada apa yang aku simpan di bank tempatan. Betul tak?

Okaylah, aku berharap minggu ni akan berhasil lagi macam minggu lepas. Sekian, wassalamu..

Ahad, 15 Jun 2014

Update Trade Minggu Kedua Jun 2014

10:44 PG 0
Minggu ke-2 Jun 2014 punya trading result update:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Minggu lepas punya profit rupanya hanyalah sementara, daripada 4 trade setup aku minggu lepas, 2 daripadanya hit stop loss. Stop loss pertama yang kena adalah currency EUR/USD pada 10 Jun 2014 disebabkan trade setup aku 'Buy' tapi market jatuh ke bawah dengan dahsyatnya walaupun takde news pun. EUR/USD tak berjaya naik sampailah hari Khamis tu pun sikit je so sekurang-kurangnya stop loss tu merupakan perlindungan la daripada floating teruk.

Hari Rabu, trade setup GBP/USD aku letak pada 'Buy' tapi aku baca analisis kata mungkin market akan jatuh so aku close trade awal untuk kutip profit sikit. Aku buat trade setup 'Sell' pulak untuk GBP/USD, malam Rabu tu dah cantik dah floating profit dalam seratus lebih, aku dah ngantuk so aku pasang la TP nak kasi lock profit. Esok paginya aku bangun tido check yang floating profit tu dah hit stop loss dah. Aduhhhh...Aku boleh terlupa pulak ada news BOE pukul 3 pagi. Pukul 4 pagi ada first match World Cup 2014. Pengajaran untuk aku kalau nak masuk tido tapi entri tengah floating profit, kena set trailing stop baru tido. Hari Jumaat pulak aku cut loss trade setup 'sell' EUR/USD sebab aku nak tukar arah kepada 'Buy' pulak. Carry forward ke minggu depan pulak setup tu.

Apa pun, aku punya akaun PAMM Menjaditrader 144842 sekarang ni dah turun -9%. Aku ada 2 investor yang kedua-dua akaun investor tu aku sendiri jer pun. Kalau investor luar tak percaya pada kita, biarlah diri sendiri yang percaya. Menariknya guna PAMM ni, bila terdapat drawdown waktu tu la kalau kita ada duit kita laburkan lagi, dia lebih kurang macam saham la bila price jatuh tu kira macam diskaun la. PAMM trading ni sebenarnya melatih diri kita supaya berfikiran long term, bukannya short term. Oh ye, sekarang ni aku ada partner lagi sorang yang trade guna EA. Tengok banner di sebelah kanan sidebar blog ni. Menariknya pasal EA partner aku ni, dalam masa kurang daripada setahun akaun trading di bawah client-client dia semuanya dah 100% profit. Maksudnya dah balik modal lah. Bila ada geng trading ni baru la best, kalau nak join boleh terus bukak akaun investor LiteForex dan invest la minimum USD10. Tak tahu macam nak buat? Contact jer la aku senang aku nak explain.

Okaylah, walaupun kerugian sikit minggu ke-2 ni tapi sekurang-kurangnya bisnes masih lagi boleh berjalan daripada nak cari modal baru. Kan? Selamat bertrading untuk minggu depan.


Sabtu, 7 Jun 2014

Update Trade Minggu Pertama Jun 2014

9:04 PTG 0
Berakhirnya akaun PAMM JayDee maka tibalah giliran untuk akaun MenjadiTrader 144842 pula. Sebelum ini aku duk banyak testing sana testing sini, guna 3 broker sekaligus, trade sampai 6 akaun sekaligus. Disebabkan aku ni cuma part time trader dan masa aku terhad, aku akhirnya terpaksa akur dengan hanya trade di satu broker sahaja iaitu di LiteForex bagi memudahkan trading aktiviti aku. Seperti mana yang aku pernah bagitahu, aku memang takde masa nak buat analisis teknikal atau fundamental jadinya aku gunakan tools yang LiteForex dah provide dan guna satu excel khas untuk buat pending order entri pada waktu-waktu tertentu dan bila dah siap buat semua tu, aku cuma monitor pergerakan market menggunakan tablet Android Nexus 7 aku jer. Seperti biasa, bila dah entri cuma TP jer boleh adjust, Stop Loss dan lot size takleh ubah. Setiap trade entri plan punya risiko cuma 3%-6% daripada total equiti dengan risk to reward ratio 1:2. Ada lagi faktor lain yang diambil kira tapi kalau aku cerita dalam blog post ni mesti susah nak paham punya, kena jumpa face to face tunjuk dan cerita baru boleh paham. Lagi satu aku tak ambil kira berapa pips dapat pun sebab kalau dapat pips banyak tapi lot kecik, sikit jer profitnya. Better ignore jer pips tu fokus pada berapa USD yang dapat lagi bagus.

Banyak pulak rahsia aku dah tercerita hahaha..cumanya trading style aku bukan jenis nak dapat 100% return dalam masa sebulan atau seminggu. 100% memerlukan risiko full margin yang aku sememangnya tak suka sebab boleh menyebabkan jantung berdegup dengan kencang bila arah entri bergerak bertentangan arah. Kalau tak tahu nak kira full margin tu macam mana, aku ada excel sheet yang bila korang masukkan harga entri, range, leverage, SL dan TP, korang boleh tahu sejauh mana akaun korang tu boleh pergi. Kalau nak, aku takkan bagi free punya, korang kena register akaun LiteForex bawah akaun affiliate aku dulu baru aku boleh bagi free template excel tu. Tu pun kalau korang berminat la, aku ni part time trader jer bukan full time jadi sumber pendapatan aku yang utama masih lagi pada kerjaya lain bukan daripada trading forex ni.

Panjang pulak celoteh aku kali ni. Okay, macam biasa ni trading result aku untuk minggu pertama bulan Jun 2014:
Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Syukur minggu pertama Jun 2014 ni aku tak mengalami sebarang loss tapi semuanya positif walaupun NFP hari Jumaat carta takde gerak banyak pun. Profit tu profit jugak tapi kena ambil kira loss bulan lepas jugak. Aku ada lebih 1,500 lebih lagi untuk recover kerugian bulan sebelum ini. Jadinya takde apa nak dibanggakan sangat. Aku duk follow jugak FB post orang duk tunjuk profit trading sana-sini tapi aku yakin mesti diorang sorokkan akaun-akaun diorang yang rugi sebab sapa nak tengok kerugian, mesti la mau tunjuk yang indah-indah belaka sebab nak tarik perhatian orang ramai kan? Sebenarnya mana-mana bisnes pun sama jer, indah khabar dari rupa. Bila dah terjebak dalam bisnes tu, baru la tahu dia punya susah senang nak harung semua dugaan yang mendatang. Forex trading ni pun sama jer. Pilihan terletak di jari yang meletakkan entri trading sama ada nak ambil risiko rendah atau tinggi.

Okaylah, kang ntah hapa benda lagi aku merepek. 2.49% return rate ranpa loss dalam minggu pertama bulan Jun 2014 ni kira pencapaian yang agak cemerlang bagi aku so aku nak celebrate dengan makan nasi kenduri kat dapur rumah mertua aku ni. Adiosss!!

Selasa, 3 Jun 2014

Keputusan Penuh dan Terakhir Trading Akaun JayDee 128869 Bulan Mei 2014

1:21 PG 0
Untuk pengetahuan, akaun trading JayDee 128869 akhirnya telah pun di 'eliminate account'. Berakhirnya trading account ini bermakna secara rasmi aku telah kerugian USD172 ataupun bersamaan dengan RM567.60 sejak bulan November 2013 sampailah 28 Mei 2014. Secara puratanya perbelanjaan aku setiap bulan sepanjang 7 bulan ni adalah lebih kurang RM81 ringgit kalau ditukarkan kerugian tersebut kepada perbelanjaan. Boleh dikatakan takde la banyak pun kerugian aku ni. Aku dah siap ada satu akaun PAMM baru USD200 dan 2 lagi akaun Lite dengan setiap satu USD100. Kalau ikutkan menjalankan perniagaan Forex ni takde la susah mana pun, cuma kena rajin ngadap laptop jer pun dan ikut sistem sendiri serta follow disiplinnya.

Apa pun, menggunakan template baru ciptaan sifu sepanjang sebulan yang lalu inilah hasilnya:

PAMM Account 128869 LiteForex (Mei 2014)
Masih lagi terdapat kerugian pada bulan Mei ni, bulan April pun rugi. Sebenarnya keadaan market di Eropah sekarang ni agak tidak menentu dan antara punca aku tak boleh nak profit sangat. Dengar macam alasan kan? Apa pun template baru ni agak bagus kerana boleh hasilkan profit yang lebih berbanding template sebelum ni. Kerugian pada minggu ke-4 tu sebenarnya kesilapan teknikal sikit (range tak cukup) sebab 2 kali hit stop loss. Macam biasa, mana-mana yang tulis kosong tu bermaksud trade hari tu di carry forward ke hari seterusnya la. Aku baru jer close position yang hold sejak 28 Mei tadi ni, mujur dapat jugak profit.

Okaylah, aku akan buat satu blog post baru untuk akaun PAMM baru aku. Ada banyak benda aku boleh kongsikan sekarang ni tapi kena buat satu-satu la tak nak rushing semua. Aku ni buat kerja trading ni part time, kerja full time aku la sumber modal yang aku boleh dapatkan untuk diserapkan dalam bisnes ni. Nanti aku umumkan la bila tiba masa yang sesuai.

Sekian, selamat bertrading!

Sabtu, 24 Mei 2014

Update Trade Minggu Ke-3 dan Ke-4 Mei 2014

10:50 PG 0
Berikut adalah hasil trading bagi minggu ke-3 dan ke-4 bulan Mei 2014.

PAMM Account 128869 LiteForex (Mei 2014-Week 3 & 4)
Untuk minggu ke-3 tiada loss dicatatkan cuma tak banyak hasil dapat dijana. Bermula minggu ke-3 aku trade dua currency pair iaitu EUR/USD dan GBP/USD. Risk lot dibahagi dua dan arah trade kedua-duanya sama (Kalau EUR/USD buy, GBP/USD pun buy jugak la, correlation). Minggu ke-4 agak teruk drawdown. 20 Mei punya closed trade tu EUR/USD (sell) dah set TP siap-siap. Kerugian 21 Mei tu closed trade hit Stop Loss bagi GBP/USD (sell). Disebabkan kecewa dengan loss tu, aku pasang lagi satu entri sejurus selepas loss tu dengan direction (buy) pulak, semalam trend reverse dan aku pun loss lagi sekali. Padahal hari selepas tu dah ada profit dah dalam USD200 lebih sebab FOMC, tapi sebab tamak punya pasal dan kononnya nak cover loss yang USD500 lebih tu, maintain position, market direction reverse lepas tu terus loss lagi sekali USD500 malam tadi. Sememangnya currency GBP/USD ni agak tricky dan unpredictable.

Position buy EUR/USD aku masih lagi floating, nak kena tengok minggu depan apa direction price akan pergi. Kalau hit SL memang USD500 pulak la terbang lagi. Equiti pun dah semakin kurang, harap-harap risk to reward ratio aku menjadi la next week. Mungkin aku akan berhenti kejap trade GBP/USD sebab nak merajuk kejap. Nak balas dendam tengok-tengok lagi rugi jadinya. Disiplin dah ada, template dah ada, analisis dah ada tapi emosi aku masih lemah lagi.

Kalau kita baca review penganalisis pakar, diorang kata market sekarang ni volatity tak berapa boleh pergi. Dalam forex ni range price bergerak tu yang penting, tahun lepas aku tengok market memang rancak betul, tapi tahun ni dah berapa bulan dah market macam slow motion sikit. Apa pun, tu observation aku yang masih setahun jagung ni. Kita tengok minggu depan pulak minggu terakhir bulan Mei apa akan berlaku.

Isnin, 12 Mei 2014

Update Trade Minggu Pertama dan Ke-2 Mei 2014

11:42 PG 0
Minggu pertama dan kedua bulan Mei aku telah menggunapakai strategi trading yang baru. Memandangkan aku cuma trade satu pair currency jer lepas tu keadaan market pun agak perlahan di permulaan minggu dan mengganas di akhir minggu, keputusan trade aku jadi tak berapa konsisten:

PAMM Account 128869 LiteForex (Mei 2014-Week 1 & 2)
Kerugian pada 1 Mei 2014 tu merupakan carry forward trade bulan April 2014. Aku telah berjaya cover balik kerugian tu pada 6 Mei 2014 dengan sedikit untung. Kerugian yang sebelum-sebelum tu belum cover lagi. Keuntungan 8 Mei pulak aku try trade currency EUR/USD tetapi lot kecik so tak dapat banyak la. 9 Mei aku kerugian setelah trading plan 7 Mei kena stop loss. Seperti yang aku pernah cerita sebelum ni, kesemua trading plan aku dah dikira awal-awal sebelum entri dan cuma TP jer yang aku boleh ubah, takde manual close atau ubah SL akan dilakukan demi menjaga integriti trading plan asal yang telah dibuat.

Untuk minggu ke-3 ni, trading plan yang aku akan jalankan akan melibatkan lebih daripada 1 pair currency dengan nilai margin level dan saiz lot yang bersesuaian bagi diversify sikit keputusan trading. Weekend ni aku akan laporkan perkembangan aktiviti trading ini macam mana.

Sabtu, 3 Mei 2014

Keputusan Penuh Trading Akaun JayDee 128869 Bulan April 2014

12:38 PTG 0
Aku sebenarnya agak kecewa dengan tahap pencapaian bulan April 2014. Sememangnya keuntungan pada bulan Mac 2014 habis digunapakai untuk trading bulan April 2014. Walaupun kecewa, malu, sedih, marah, malu dan rasa nak berhenti, aku tetap nak tunjukkan jugak keputusan trading yang aku buat bagi bulan April 2014.

PAMM Account 128869 LiteForex (April 2014)
Untuk yang pertama kali tiba di blog aku ni, boleh baca Keputusan Penuh Trading Akaun JayDee 128869 Bulan Mac 2014 untuk membuat perbandingan.

Komen aku di sini, ada sebab kenapa laporan kewangan syarikat dibuat mengikut suku tahunan. Kadang-kadang bisnes ada bulan yang untung, ada bulan yang rugi tapi yang penting untung tahunan tu mesti ada la kalau pekerja syarikat nak dapatkan bonus, itu pun bergantung kepada pihak pengurusan syarikat jugak.

Strategi yang aku guna pakai sepanjang bulan April 2014 nampak gayanya tidak berapa berhasil disebabkan keadaan pasaran yang tidak menentu. Tambah lagi pulak aku cuma punya trading focus cuma pada GBP/USD sahaja. Mungkin pada bulan May 2014 ni aku cuba tambah 1 atau 2 currency pair yang lain untuk diversify sikit risk management aku. Kalau tengok pada keputusan di atas, yang mana ada kosong tu maksudnya trade tu di carry forward ke hari seterusnya sebab tak sampai target. Selalunya bila tak sampai target, tu yang dia terus kena Stop Loss. Agak tension jugak tengok berminggu-minggu trade asyik negatif jer. Apa pun, bagi aku yang lebih utama aku masih lagi berjaya pertahankan modal permulaan aku daripada total loss.

Disebabkan oleh loss ini, ranking aku dalam Live Monitoring PAMM LiteForex terus hilang dan terbenam ke nombor yang tercorot (289/317).


Sememangnya sistem PAMM ni agak telus dan tak boleh nak sorok-sorok. Sebagai seorang trader tegar, rugi atau untung, trade tetap perlu dijalankan sebab itulah aktiviti trading. Cuma mungkin kawalan tu perlu dikaji semula dan diperbaiki mengikut keadaan pasaran yang sememangnya kita sebagai manusia biasa takkan mungkin tahu ke mana hala tujunya di masa hadapan.

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)