MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 17 Ogos 2014

Update Trade Minggu Ke-3 Ogos 2014

1:00 PTG 0
Minggu ke-3 di bulan Ogos, berikut adalah keputusan tradingnya:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Minggu ke-3 ni agak slow pergerakan harga EUR/USD dan GBP/USD, hari Rabu jer ada pergerakan yang ketara dan hit TP trade setup aku. Cumanya kalau aku tak ubah TP aku tu, mungkin lagi banyak profit yang aku boleh dapat. Hari Khamis 14/8 aku terbawa-bawa pulak andaian yang price akan gerak macam hari Rabu jadinya aku biarkan aje floating profit yang aku dah dapat kononnya boleh dapat profit yang banyak tu, malangnya price dah reverse la pulak. Macam tu la trading ni, kadang-kadang emosi boleh mempengaruhi keputusan tindakan kita dan perasaan tamak tu selalunya akan merugikan kita. Mujur trade setup aku masih belum lagi capai tahap Stop Loss lagi jadinya aku akan cuba untuk sama ada dapatkan profit sikit ataupun balik modal ataupun kalau terpaksa cut loss sikit demi menyelamatkan keadaan.

Berdagang matawang ni tak seindah apa yang disangka, kena sanggup hadapi risiko kalau nak profit yang banyak. Buat masa ni aku masih lagi berjaya mengawal disiplin trade setup aku supaya takde loss. Itu yang lebih penting.

Sehinggu minggu depan pula.

Ahad, 10 Ogos 2014

Update Trade Minggu Pertama & Ke-2 Ogos 2014

7:54 PTG 0
Dah lama betul tak dapat minggu yang agak tinggi nilai profit macam minggu pertama & ke-2 bulan Ogos ni. Berikut adalah keputusan tradenya:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Minggu pertama memang iaitu 1 Ogos tu adalah hari NFP, memang dah lama NFP takde aksi yang gila dan memang takde pun Jumaat lepas. Tapi aku still trade pada hari Jumaat tu dan floating sampai ke hari Isnin baru close. Masih lagi mengekalkan rekod tanpa loss. Aku tengah cuba bayangkan, kalau la akaun aku ni memang betul-betul ada USD25,000 minggu pertama ni sahaja aku dah ada profit sebanyak lebih kurang RM1,200 yang aku boleh withdraw. Malangnya USD25k ni cuma virtual jer, cagaran aku letak cumalah USD200 jadinya berapa dollar jer pun aku untung. Kalau aku ada modal sebanyak USD25,000 yang real punya memang aku dah boleh bayangkan diri aku jadi full time trader dah pun, tak perlu nak jadi part time trader nak kena bahagikan masa nak buat kerja ofis lepas tu nak ke sana ke sini bagai.

Apa pun, minggu ni satu perkara yang paling mencabar telah berlaku. Laptop Lenovo T400 yang aku beli second hand dengan harga RM450 yang aku dah guna hampir 10 bulan yang lepas untuk tujuan kerja ofis dan juga trading ni akhirnya menunjukkan tanda-tanda jangka hayatnya akan berakhir tidak lama lagi. Sebagai seorang pekerja ofis dalam bidang teknologi maklumat (IT), laptop dan komputer adalah satu alat yang tidak boleh lekang daripada hidup aku jadinya kalau laptop rosak merupakan satu perkara yang akan mendatangkan masalah besar kepada aku. Sebagai seorang trader pulak, meskipun aku boleh guna tablet atau handphone Android untuk membuat trade, satu kelemahan bila trade akaun PAMM ni adalah perlu menggunakan MT4 di Windows baru boleh execute entri trading, guna Android tak boleh. Disebabkan oleh laptop rosak ni aku ambil keputusan tak buat sebarang setup trade entri pada hari Jumaat.

Untuk mengatasi masalah ini, aku terpaksa membeli sebuah laptop baru dan aku dah beli dah pun, sebuah laptop/tablet hybrid ASUS Transformer T100. Walaupun saiznya kecik berbanding Lenovo T400 ni, hanya laptop ni jer yang aku mampu beli buat masa ni. Banyak benda nak kena setup bila guna laptop baru ni. Harapnya laptop ni akan lebih tahan lama la.

Okaylah, trade tetap akan diteruskan. Inilah antara skill yang aku nampak boleh bawa sehingga ke usia tua nanti..huhu..

Sabtu, 2 Ogos 2014

Keputusan Penuh Akaun MenjadiTrader 144842 Bulan July 2014

3:37 PTG 0
Seperti bulan-bulan sebelum ini, berikut adalah keputusan penuh bagi trading bagi bulan Julai 2014:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Info yang sama seperti yang aku tunjukkan pada bulan sebelum ini:

  • Jumlah trading setup untuk EUR/USD - 8
  • Jumlah trading setup untuk GBP/USD - 12
  • Keseluruhan jumlah trading setup - 20
  • Trading setup yang kena stop loss - 0
  • Lot permulaan 0.4, lot paling besar 2.5
Alhamdulillah, bulan Julai merupakan antara rekod trading paling cemerlang dengan risiko yang sama. Antara kunci kejayaan kecil ni adalah sentiasa berwaspada terhadap sentimen pasangan matawang EUR/USD dan GBP/USD melalui analisis daripada pakar-pakar penganalisa sama ada melalui blog dan juga twitter. Lebih 2 minggu kedua-dua matawang ini mengalami pergerakan bearish yang sangat ketara. Trade setup aku berjaya mengutip beberapa post retracement dan close trade sama ada harian atau beberapa hari kemudian. 28 dan 29 Julai adalah Hari Raya Aidilfitri jadinya aku buat keputusan untuk tidak membuat sebarang trade setup pada waktu itu memandangkan aku memang sangat jarang bukak pun laptop aku sepanjang minggu hari raya ni. Hasil trade berjaya mendapatkan 3.54% berbanding bulan lepas cuma 1.87%. Proses recovery pun dah semakin hampir mencapai matlamat.

Agak malang buat rakan EA partner aku yang menggunakan teknik martingale, memandangkan teknik ini memerlukan lot yang bersaiz dua kali ganda setiap kali retracement (dalam kes ini entri buy dengan saiz lot 0.5, 1, 2, 4, 8, 16, 32 dan terakhir 64 - lot 128 tak boleh masuk dah), kesemua entri ini dah pun masuk menyebabkan floating negatif yang agak tinggi dan margin level sekarang ni dah kurang daripada 200%. Kalau dah cecah bawah daripada 100%, berkemungkinan margin call akan berlaku dan seterusnya stop out akan trigger menyebabkan akaun investment aku yang berjumlah sebanyak USD80 akan hilang separuh. Tu belum masuk akaun investment investor yang lain-lain lagi berjumlah ribuan USD. Drawdown level sekarang ni dah mencecah -35%.


Entri baru dah tak boleh buka sebab margin level tak cukup (leverage cuma 1:200 sahaja) dan sekarang ni cuma boleh berharap minggu depan market pasangan matawang GBP/USD akan retrace ke atas semula. Apa pun, itulah realiti dan risiko dalam berdagang matawang ni jadinya kalau akaun investment aku loss jadinya aku terpaksa la terima dengan hati yang terpaksa.

Sedih tu sedih jugak la tapi macam mana pun sementara bulan Syawal yang mulia ini, aku ingin mengucapkan kepada semua pembaca blog aku ni (aku tak kenal sapa pun sebenarnya pembaca aku ni..haha) Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin!


Ahad, 27 Julai 2014

Update Trade Minggu Keempat July 2014

2:26 PTG 0
Esok adalah Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2014. Sempat lagi aku mengupdate blog ni. Keputusan dagangan bagi minggu lepas adalah seperti berikut:

Akaun PAMM Menjaditrader 144842
Hasil dagangan minggu yang lepas ni berkurangan sedikit berbanding minggu lepas sebab makin dekat nak cuti raya semakin sibuk aku dengan tugas di pejabat dan juga kat rumah jadinya tak boleh nak fokus dan terpaksa kurangkan pengambilan risiko bagi menjaga mutu trading. Apa pun, aku masih lagi berjaya mengekalkan trading tanpa loss bagi minggu ke-4 berturut-turut. Amaun untuk recover pun dah semakin menghampiri sasaran iaitu 0 dan keuntungan daripada salah satu akaun investment aku dah ada sedikit keuntungan (berapa sen je pun). Trading minggu lepas menampakkan EUR/USD dan GBP/USD mengalami penyusutan yang ketara sepanjang minggu. Mengambil kira sentimen yang berlaku dalam dunia kewangan bagi kedua-dua pasangan matawang ni, trading setup aku sepanjang minggu ditumpukan kepada arah pergerakan Sell sahaja.

Hasilnya, PAMM akaun aku semakin berkurangan tahap negatifnya (sebelum ini -6%):

Banner akaun PAMM Menjaditrader 144842
Tengah duk fikir lagi untuk sepanjang minggu cuti Hari Raya minggu depan sama ada nak teruskan trade ataupun nak cuti terus daripada trading. Berkemungkinan aku akan teruskan jugak dengan mencari masa untuk setup trading setup dan kemudian pergi la beraya (internet sekarang ni kat mana-mana boleh akses pun).

Aku di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog picisan aku ni. Semoga anda semua mendapat sedikit manfaat daripada coretan aku yang sedikit ini.

Ahad, 20 Julai 2014

Update Trade Minggu Ketiga July 2014

12:04 PTG 0
Minggu ke-3 bulan Julai 2014 (lagi seminggu nak Hari Raya Aidilfitri 2014):

Akaun PAMM Menjaditrader 144842
Minggu ke-3 ni lebih kurang macam minggu lepas jugak, cumanya hari selasa 15 Julai adalah cuti umum Nuzul Quran. Ada jugak trade setup yang terlepas nak buat disebabkan jadual yang sangat ketat dengan mesyuarat dengan client, bukak puasanya dan macam-macam hal. Menariknya, disebabkan terlepas buat trade setup tu telah menyelamatkan aku daripada mengalami potensi kerugian pada EUR/USD yang semakin lama semakin menyusut. Apa pun, setakat ni masih lagi memegang rekod cemerlang tanpa loss lagi dan menghampiri recovery target. Sebenarnya aku bukan sahaja trading di akaun ni sahaja, kalau aku ada masa aku akan trading juga di 2 akaun yang lain kalau aku berkesempatan. Monitoring macam biasa dilakukan sama ada menggunakan Nexus 7 tablet aku ataupun handphone Sony Xperia M yang aku baru beli 3 minggu lepas.

Aku masih lagi mengekalkan disiplin dan masih lagi berlatih serta eksperimen menggunakan trading setup template aku menggunakan demo akaun terutamanya waktu malam di antara pukul 10pm -12pm kalau aku tak tidur la. Pada aku, mengekalkan disiplin dan habit ni lebih penting daripada nak capai profit yang tinggi. Macam kura-kura dan arnab la, memang arnab boleh cepat sampai tapi arnab fokus cepat lari jadinya kura-kura jugak menang..haha..analogi yang bunyi macam mengarut jer..okaylah..selamat berpuasa!

Selasa, 15 Julai 2014

Update Trade Minggu Kedua July 2014

1:41 PTG 0
Alhamdulillah, masih lagi belum ada loss setelah berdagang matawang (EUR/USD dan GBP/USD) selama 2 minggu di bulan Julai ni:

Akaun PAMM Menjaditrader 144842
Bulan-bulan puasa ni, nak setup trading terutamanya waktu petang dan malam bagi sesi dagangan London dan New York agak huru-hara sebab clash dengan banyak aktiviti. Petang jer dah nak sibuk ambik anak, beli juadah berbuka semua. Bila dah berbuka pulak, nak solat Maghrib lepas tu kalau rajin nak solat Terawih pulak. Memang agak terhad masanya nak mengadap carta. Tapi kalau nak ngadap carta lama-lama pun bukannya boleh ubah apa sangat pun. Event news yang telah memberikan sumbangan kepada trading aku minggu lepas adalah FOMC. Lebih kurang macam NFP jugak FOMC ni tapi jumlah dagangan mengikut apa yang aku baca di website berita Forex mengatakan sangat kurang sejak suku tahun kedua tahun ni. Katanya broker-broker pun sekarang ni keuntungan diorang sikit sebab tak berapa banyak dagangan dibuat oleh trader-trader. Stok-stok saham sekarang ni tengah berada dalam keadaan baik dalam situasi sekarang dengan nilai yang agak tinggi mungkin tu antara kebaikan tak banyak jumlah dagangan.

Okaylah, aku ni bukannya pakar kewangan dunia pun. Nak ulas panjang-panjang kang jadi merepek pulak..haha..Selamat Berpuasa.

Rabu, 9 Julai 2014

Update Trade Minggu Pertama July 2014

2:29 PTG 0
Terlambat pulak nak update laporan PAMM trading bagi minggu pertama Julai 2014 ni:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Selepas profit pada hari terakhir bulan Jun 2014, keadaan pasaran agak lesu 2 hari sebab semua orang menunggu NFP pada hari Khamis. NFP bulan ni takde apa yang berlaku sangat tak macam awal tahun dulu sama ada mencanak naik atau mencanak turun. Malangnya trade setup aku untuk Buy EUR/USD dah mencapai paras maksimum dan hampir kena stop loss disebabkan EUR/USD jatuh waktu NFP dan selepas tu. Aku telah membuat keputusan untuk biarkan biarkan setup tu floating dulu daripada hit terus kat stop loss. So setup yang tu aku akan monitor dalam minggu ke-2 ni tengok macam mana. So far tengok pergerakan dah retrace tapi aku akan monitor rapat jugak la tengok market akan menuju ke mana. Apa pun, semoga aku dapat mengekalkan trading tanpa loss la buat sementara waktu ni..huhu..

Rabu, 2 Julai 2014

Keputusan Penuh Akaun MenjadiTrader 144842 Bulan Jun 2014

1:53 PTG 0
Tinggal satu hari jer pun bakinya, tapi inilah keputusan penuh trading bagi bulan Jun 2014:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Sebelum ni aku banyak cerita, kali ni aku letak terus kiraan la, kalau otak korang suka kira-kira yang itu la perkara yang korang akan suka tengok (Jun 2014):

  • Jumlah trading setup untuk EUR/USD - 13
  • Jumlah trading setup untuk GBP/USD - 12
  • Keseluruhan jumlah trading setup - 25
  • Trading setup yang kena stop loss - 4
  • Lot permulaan 0.4, lot paling besar 2.5
  • Risk to reward ratio 1:2 (ni nilai maksimum la..biasanya pending entri aku sikit je yg kena)
  • Satu trade setup punya risk adalah 2% daripada jumlah asal equiti USD25,000
Daripada nombor-nombor di atas, kalau korang seorang trader yang serba tahu mesti dah boleh agak aku ni jenis trader yang macam mana. Aku sekarang ni tak boleh nak trade kalau tak guna trading setup sebab aku macam tak berapa suka nak lepak depan graf lama-lama sangat. Dulu-dulu waktu awal-awal trading dulu memang minat betul nak ngadap graf warna-warni tu tapi sekarang ni rasa macam lemau la kalau duk ngadap je. Apa pun, 1.87% bulan lepas tu kira profit la jugak daripada rugi. Masih jauh lagi kalau nak recover loss seribu lebih tu. Sebenarnya dalam kepala ni duk pikir jugak nak recover amaun yang dah rugi tu cepat-cepat dengan naikkan je jumlah lot untuk trade setup, tapi aku macam tak berani pulak nak amik risiko lagi. 

Takperlah, apa pun semoga di bulan puasa yang mulia ni bertambah murah rezeki lagi.

Ahad, 29 Jun 2014

Update Trade Minggu Keempat Jun 2014

3:06 PG 0
Minggu yang baru habis ni merupakan minggu ke-4 bulan Jun dan boleh dikatakan minggu terakhir pun sebab Isnin cuma sehari jer tinggal sebelum masuk bulan Julai. Mari kita lihat perkembangan akaun trading aku baru-baru ni:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Hari Isnin dengan Selasa (23 dan 24 Jun) memang takde sebarang entri aku yang close sebab market currency yang aku masuk takde banyak pergerakan dan aku memang tak boleh nak close kan memandangkan floating negatif. Hari Rabu baru la dapat betul-betul close entri dan buat entri baru. Minggu lepas lagi banyak profit sebenarnya. Aku duk fikir nak naikkan jumlah lot entri aku sebab aku tengok macam profit tak berapa banyak boleh cekau dengan range price yang ada sekarang ni, tapi bila fikir balik bila aku naikkan lot entri, aku dah tambah risiko trade aku dan kalau tak kena gaya kalau hit stop loss, lagi banyak aku akan rugi. Mungkin aku boleh try guna akaun khas berani mati sebab dalam Forex trading ni, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa aje jadi kena pandai-pandai manage risiko trading ni. Dah bertrading lebih 6 bulan ni apa aku nampak adalah sebagai trading ni merupakan salah satu daripada aktiviti sahaja, banyak faktor lain yang perlu diambil kira. Lebih kurang macam membina kerjaya jugak. Balik pada ulasan trading aku tadi, overall sekarang ni aku dah ada untung bulan ini bagi meneruskan lagi proses recovery yang masih panjang ni.

Masih jauh lagi perjalanan akaun trading PAMM ni sebab fokus aku adalah long term dan bukannya short term. Kita kena fikir cara bank ataupun investment firm berfikir, diorang diversify portfolio diorang dalam pelbagai jenis instrumen. Macam-macam ada, ada stock, bond, derivatives, index, properties dan macam-macam nama yang aku pun tak pernah dengar tapi matlamat diorang adalah survival dan long term growth. Buat apa nak untung cepat tapi rugi pun cepat, betul tak? Kita ambil contoh paling mudah, akaun simpanan Savings Akaun-i Bank Rakyat (antara bank yang bagi kadar hibah yang paling tinggi) sebagai contoh la kan? Kita simpan RM10,000 takde usik apa-apa, bila cukup setahun Bank Rakyat akan memberikan hibah sebanyak 1% jadi mari kita calculate (RM10,000 x 0.01 = RM100 setahun ataupun RM8,33 sebulan). Takde buat apa-apa goyang kaki boleh dapat RM100, best kan? Cuba bayangkan kalau ada RM100,000 ataupun RM500,000? Lagi banyak kita simpan, lagi tinggi kadar faedah dia (RM100k dan ke atas dia bagi 3% per annum) Menarik tak? Ni contoh paling cikai la, kalau nak lagi menarik sebenarnya kena guna ASB la. Tapi konsepnya mungkin lebih kurang sama la kalau financial planning ni. Apa pun, setiap yang aku dah mention kat atas ni tetap ada risikonya. Sebab tu wujudnya PIDM dan insurans bagi melindungi aset-aset ini dari segi kewangan.

Stail trading yang aku pilih sekarang ni tak menjejaskan kerjaya harian aku dan juga tak menjejaskan masa aku bersama keluarga (nak keluar makan la, shopping, pergi jalan dll). Itu sebenarnya apa yang tidak diajarkan dalam sebarang kelas atau kursus sebab itu semua perlu dilalui oleh diri kita sendiri dan disesuaikan dan ini semua memerlukan masa. Cuma yang penting perlu ada adalah disiplin masa sebab dalam trading, timing itu penting dan kalau kita terlepas kita perlu menunggu peluang lain pulak yang kita tak tahu bila akan datang.

Okaylah, selamat berpuasa aku ucapkan kepada yang berpuasa!

Isnin, 23 Jun 2014

Update Trade Minggu Ketiga Jun 2014

3:23 PTG 0
Minggu ke-3 Jun 2014 trading result update:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Aku tersangat la busy pada minggu lepas, weekend pun tak sempat update blog ni. Ni aku curi-curi masa untuk update blog ni. Jadi trader part time ni sebenarnya agak tertekan jugak kadang-kadang tu sebab macam ada dua kehidupan, tapi kalau jadi trader full time pun macam bosan pulak sebab macam tak kehidupan sosial dan tak terdedah kepada dunia luar yang penuh warna-warni.

Okaylah, sedikit ulasan. Aku bersyukur minggu ke-3 bulan Jun yang lepas aku takde alami sebarang loss. Walaupun takde la banyak pun profit dan perjalanan recovery masih lagi jauh lagi. Kalau siapa yang faham konsep PAMM, inilah masa yang sesuai untuk bersama-sama aku sebelum sasaran pertama aku iaitu untuk mendapatkan semula apa yang hilang. Cuba bayangkan, kalau korang invest USD100 kat akaun aku, aku tolong trade kan sampai akhir bulan ni dan katakanlah aku berjaya trading dapat naikkan daripada -8% kepada 0% (banner di sebelah kanan) untuk dapatkan balik modal aku, korang boleh dapat USD8 tolak komisyen aku semua dapat la untung bersih USD5. Kalau USD1000, boleh dapat USD50 dollar dah, tak sampai seminggu tu. Tapi of course la, aku tak berani jamin la sama ada untung ke tak, aku cuma cuba yang terbaik, itulah risk management dan forex trading bisnes. Sekurang-kurangnya potensi keuntungan trading aku ni melebihi daripada apa yang aku simpan di bank tempatan. Betul tak?

Okaylah, aku berharap minggu ni akan berhasil lagi macam minggu lepas. Sekian, wassalamu..

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)