MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Khamis, 24 Disember 2015

Dec 2015: Musim Cuti Tiba

11:15 PG 0
Menjadi seorang yang hebat adalah impian semua orang, namun begitu bila dah jadi hebat ada harga yang terpaksa dibayar iaitu kita dah bukan jadi seorang yang biasa jadinya kita akan banyak berseorangan. Itulah kehidupan bagi seorang yang hebat. Bukanlah aku nak kata aku ni dah hebat, aku ni orang biasa jer pun dan aku memang tetap nak jadi seorang yang biasa. Pada aku, menjadi seorang yang hebat banyak kekurangan daripada kebaikan daripada perspektif aku buat masa ni la. Mungkin perspektif aku akan berubah di masa akan datang.

Satu perkara yang masih lagi menjadi tabiat aku adalah mencari ilmu-ilmu atau teknik-teknik baru dalam forex trading supaya trading aku akan jadi lebih profitable daripada sekarang. Walaupun sebenarnya aku dah tahu istilah 'high risk=high profit' tapi sebenarnya ada cara 'low risk=high profit' bila kita gabungkan teknik tu dengan masa-masa yang tertentu. Itu yang selalunya dikatakan 'holy grail' atau ilmu mahaguru forex trading yang paling tertinggi. Apa pun, seperti pepatah dalam cerita 'Spiderman The Movie' "With great power comes great responsibilities", apa sahaja tindakan dalam forex trading ni sebenarnya ada sebab dan akibatnya.

Sepanjang 2 minggu lepas, aku masih lagi bertrading. Walaupun dikatakan market tengah slow sebab cuti panjang sempena perayaan krismas dan tahun baru ni, market tetap bergerak jugak.

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 24 Disember 2015
Untuk projek PAMM aku yang dah masuk hari yang ke 632 ni, aku masih lagi berjaya kekalkan momentum biru iaitu peratusan positif tapi tak cecah lagi 1% pun. Bila akaun equitinya makin tinggi ni sebenarnya nak mencapai prestasi yang lebih tinggi menjadi semakin susah sebenarnya. Apa pun, aku tetap akan cuba yang terbaik bagi mengekalkan projek aku ni selama yang boleh.

Aku nak share dengan korang semua untuk projek PAMM aku ni ada berapa ramai follower atau subscriber aku di MQL5 (memandangkan signal ni free jer pun) dan daripada mana sepanjang tahun 2014-2015:



MQL5 ni sebenarnya berasal daripada Russia jadinya sememangnya orang Russia la yang paling ramai follow signal aku ni. Malaysia pun rupanya ramai gak. Ada yang negara aku jarang dengar pun ada. Rasanya ni jer la pun kalau nak cerita benda yang aku banggakan pun..hahaha..

Aku ada lagi satu akaun personal yang aku trade di broker XM. Akaun yang ni pulak aku tengah duk kawal drawdown yang agak tinggi sebab aku terambil risk yang tinggi sedikit. Kebaikan trading method yang aku pakai adalah aku boleh kira segala risk, jarak pips, berapa lot dan kawalan margin percentage untuk buat proses recovery. Satu perkara jer la yang aku masih lemah iaitu nak baca carta dan tentukan waktu bila boleh trade high risk atau low risk. Tu yang walaupun aku dah lama duk trading ni, aku masih lagi mempunyai kelemahan yang tersendiri.

Aku adalah peminat blog MoshedFX, baru-baru ni aku terbaca pasal satu artikelnya bertajuk Cara Pengurusan Akaun Sebagai Seorang Full Time Trader. Memang sangat menarik yang telah mencetuskan idea-idea yang bernas untuk aku cuba implementasikan dalam kerjaya trading part time aku ni. MoshedFX sememangnya berada di dalam senarai idola forex trader aku buat masa ni, idea yang dikongsikan dalam blog beliau sememangnya sangat tip-top!

Okaylah, setakat ni jer la dulu coretan aku. Selamat bercuti kepada mereka yang bercuti!

Sabtu, 12 Disember 2015

Dec 2015: Plan Tidak Menjadi

7:28 PG 0
Aku sebenarnya ada benda lain yang aku tengah buat selain daripada duk main trading forex ni. Profit yang boleh dapat sebenarnya jauh lagi banyak daripada trading forex ni tapi kalau nak tahu apa benda, aku tak boleh share kat sini, kena la jumpa aku face to face. Trading forex ni aku buat macam aku main game jer sekarang ni sebab tak larat la nak beremosi trading forex ni.

Oh yer, sebenarnya cara yang paling pantas nak berjaya dalam sesuatu bidang adalah dengan mencari mentor. Dulu aku ada mentor forex trading ni, ntah mana dia hilang aku pun tak tahu. Sebab tu aku cari mentor/coach yang lain. Setakat ni alhamdulillah, perancangan yang mentor aku buat untuk aku telah pun membuahkan hasil. Namun demikian, buat masa ni aku rasa aku belum layak lagi menjadi seorang mentor pun. Kalau setakat nak sharing-sharing tu boleh lah.

Okay, aku nak share apa perkembangan semasa projek PAMM aku ni. Aku sebenarnya sedih gak dengan projek aku ni, dah nak dekat 2 tahun punya projek tapi sorang investor pun tak melekat. Aku macam syok sorang-sorang jer..akaka..

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 12 Disember 2015
Jatuh 2% siut minggu lepas sebab ada trade setup aku terkena stop loss. Kali ni aku tak berapa nak emosi sangat la bila kena stop loss tu jadinya aku 'let it go' je la..hahaha..

Graf equiti akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 12 Disember 2015
Minggu lepas aku nak tunjuk graf ni kat korang, tapi mungkin tak berapa nak nampak. Jadinya minggu ni dah boleh nampak la. Nampak tak garis hijau yang menjunam ke bawah tu? Waktu tu la aku duk beremosi sebab drawdown akaun gila-gila turun. Mujur aku tak ambil tindakan 'cut loss' kalau tak memang dah jatuh teruk dah aku punya profit score.

Citer benda lainlah, minggu lepas aku dihubungi oleh IB HotForex. Sebenarnya aku yang mengada email tanya macam-macam, jadinya IB ni biasalah (aku ni pun IB gak sebenarnya..hahaha) dia cerita la kebaikan broker itu ini macam-macam. Bila aku dah register dan buka akaun semua, sekali tu aku tengok lot saiz akaun tu tak menepati citarasa trading plan aku. Lepas tu pulak, banyak sangat pilihan akaun yang boleh bukak pulak tu. Aku dah jadi pening, terus aku tak nak pikir dah kekonon nak trade kat broker tu...hahaha..

Citer lain, aku baru-baru ni baru aje withdraw komisyen IB. Tak sangka pulak aku ni dah la malas nak promote, harap ke tulis-tulis dalam blog cipisan aku ni jer tapi ada jugak orang yang bertrading di bawah link affiliate aku, besar pulak tu akaun nya (aku rasa besar la kut sebab lot saiz dia boleh tahan..aku pun tak seberani tu nak trade lot besar-besar..hahahaha). Macam best pulak bila ada sikit duit komisyen ni, kadang-kadang aku cakap kat diri aku sendiri "apa la ko ni, ko boleh buat banyak duit komisyen lagi tapi ko ni pemalas!"..hahaha..

Okaylah, tiba-tiba aku rasa macam banyak benda pulak nak cerita tapi aku simpan untuk minggu depan pulak la ye?

Ahad, 6 Disember 2015

Dec 2015: Menangani Isu Drawdown

12:08 PG 0
Hari ini aku telah dihubungi oleh seorang awek daripada Taiwan yang bekerja dengan satu broker yang berpengkalan di Australia. Aku tak nak dedahkan lagi nama broker tu tapi hasil perbualan chat dengan awek yang berasal daripada Panama tu bagi aku agak menarik. Sebenarnya awek tu nak ajak aku jadi IB broker Australia ni, aku takde masalah nak jadi IB ni cuma aku ni ada masalah nak ajak orang lain join. Aku tak berapa suka nak rekrut orang, nak ajar orang sebab aku ada sedikit sejarah yang tak best dalam bidang MLM. Mungkin tu kelemahan aku jadinya aku masih lagi di takuk yang lama walaupun dah 2 tahun lebih dalam bidang forex trading ni. Ada sesiapa boleh tolong aku tak dalam hal ni? Hehe..

Waktu aku mula-mula berkecimpung dalam bidang forex trading ni, antara hasrat yang aku tanam adalah untuk menjadi seorang fund manager. Kalau korang tengok Projek PAMM yang aku jalankan sekarang ni, itulah salah satu daripada langkah awal yang aku telah buat. Namun demikian, walaupun usia akaun PAMM aku ni dah pun mencecah 613 hari (setakat 5 Disember 2015), takde investor pun yang sangkut dalam program aku ni. Mungkin marketing aku kurang berkesan atau mungkin investor tak berapa suka kut program PAMM ni kut.

Sejak beberapa minggu ni atau hampir sebulan lebih, matawang USD telah pun mengukuh dengan hebatnya. Malang bagi aku pulak, aku ingat USD akan melemah jadinya aku telah pun membuang stop loss ada satu setup aku ni. Terus jadi macam ni:

MenjadiTrader PAMM Akaun live trading 19 November 2015
Bagi aku kalau dah lebih -USD1,000 tu drawdown dah melebihi Stop Loss dah. Kalau sebelum ni drawdown aku 12%, sekarang ni dah bertambah jadi 18%. Hampir -USD7,000 drawdown kat akaun aku ni hari tu, mujur margin level boleh bertahan sebab melebihi 1000%. Kalau margin level 50% memang dah stop out dah akaun aku ni dan musnah segala usaha aku. Keajaiban berlaku pada hari Khamis apabila EURUSD tiba-tiba mencanak lebih 450 pips. Terus habis position aku close sebab hit TP dan aku dapat la untung sikit. Masih lagi penyakit trader dalam diri aku belum sembuh iaitu aku tak nak cut loss dan kalau negatif ribu-ribu pun takper tapi kalau positif berapa ratus pun dah rasa nak close. Mungkin aku belum boleh jadi professional trader lagi kut.

Apa pun, motif aku nak sampaikan di sini adalah drawdown ni sebenarnya normal dalam forex ni. Cuma kalau drawdown tu lebih-lebih contoh macam 50% daripada capital, tu tandanya trader tu high risk. Macam aku ni kira agak low risk sebab lot saiz aku dah kira siap-siap berapa nak ruginya.

Okaylah, perkembangan akaun Projek PAMM semasa aku:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 5 Disember 2015
Nampak macam best jer kan, biru jer sejak 4-5 bulan yang lepas. Korang tak tahu macam mana mentalnya aku nak mengawal floating negatif ribu-riban nak menyelamatkan akaun aku ni, main hedging lepas tu main martingale sikit-sikit sampai la keajaiban berlaku. Walaupun trading ni kira macam hobi aku jer pun tapi ko dah bina profile sekian lama, takkan nak kasi lenyap macam tu jer kan? Dia macam ko dah ada akaun FB sejak sekian lama lepas tu tiba-tiba akaun FB ko kena tutup, ko tak rasa bengang? Analoginya macam tu la.

Aku sebenarnya dah lama tak jumpa dengan orang yang aku boleh sembang forex, aku pergi dinner hari tu pun takde sembang dengan sapa sangat pun. Last week ada seminar HotForex jemput, aku tak dapat hadir sebab kena jaga anak. Harapkan ke FB jer la, tu pun tak ramai pun yang sanggup nak cerita macam apa aku cerita dalam blog ni, banyak yang iklan nak promote kelas la, group la, program la dan macam-macam yang berbentuk bisnes. Mungkin aku ni jer yang anti-sosial..haha..

Dah jadi luahan perasaan la pulak blog aku ni. Apa pun, tinggal lagi 3 minggu jer bulan Disember ni untuk bertrading. Market katanya akan jadi lengang sikit sebab fund manager besar-besar kat luar sana dah cuti akhir tahun. Katanya mungkin bulan Feb tahun depan baru market aktif balik. Sepanjang 2 tahun aku trading ni, aku tak berapa boleh nak confirmkan pun apa yang dikatakan tu, kadang betul kadang tak, market sekarang ni mungkin dah tak sama macam dulu kut.

Okaylah..selamat bertrading kepada trader di luar sana. Semoga di akhir tahun ni ada la buat profit daripada takde langsung..huhu..bye..

Ahad, 22 November 2015

Menghadiri Grand Gala Dinner XM 21 November 2015

10:06 PTG 2
Pada akhir tahun lepas, aku telah menghadiri XM Gala Dinner 2014 di Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Tahun ini pula, XM Grand Gala Dinner 2015 telah diadakan di JW Marriot Hotel di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang. Untuk pendaftaran Gala Dinner ni aku perlu ada sekurang-kurangnya USD200 dalam akaun yang aku nak register ke Gala Dinner ni. Jadinya pada awal bulan November 2015 aku telah pun menggunakan kad kredit aku untuk membuat deposit:


Macam biasa, aku ni daripada dulu seorang yang suka mencari peluang kalau boleh aku akan minimakan kos sehabis yang mungkin kalau boleh free lagi bagus, jadinya untuk dinner ni kos aku cuma 68 sen sahaja apabila aku membuat withdrawal USD200 beserta USD 3 untung trading pada 17/11. Hahaha..tapi aku bawak wife aku teman jadinya kena deposit akaun wife aku jugak, disebabkan timing tak berapa kena kena bayar jugak la berapa puluh ringgit disebabkan oleh pertukaran matawang di antara RM dan USD. Trick ni rasanya kalau siapa yang biasa buat transaction online ni tahu la tu.

Hari dinner pun tiba semalam, kebetulan pula ada ASEAN Leaders Summit di KL Convention Centre dengan kehadiran President USA iaitu Obama Barrack di KL. Waktu aku nak masuk parking dalam JW Marriot, aku terpaksa keluar daripada kereta disebabkan Secret Service President USA nak check kereta, habis dia suluh enjin depan bonet belakang siap bawak anjing penghidu bau semua luar dalam kereta. Aku tak pasti la sama ada Obama ni tinggal kat JW Marriot KL ni ke waktu lawatan dia ke Malaysia. Dah setel yang tu, time nak amik parking tiket kena check lagi dengan pak guard Nepal dengan cermin 360 darjah tu nak tengok ada bom tak bawah kereta aku. Satu pengalaman yang agak luar biasa bagi aku. Masuk tempat parking kat lif, rupanya naik satu tingkat jer daripada tempat parking:

XM Gala Dinner 2015 at Starhill Conference Centre
Sampai-sampai jer tengok orang semua dah masuk dalam dewan utama dah dengan Harith Iskandar duk tengah perform atas pentas.
Harith Iskandar sedang perform atas stage
Aku tak dapat nak concentrate sangat lawak Harith Iskandar ni sebab sampai lambat lepas tu perut lapar. Makan dulu..
Aturcara Grand Gala Dinner XM 2015
Dah macam disco dah aku tengok lampu-lampu dalam dewan ni
No. meja aku. Aku main duduk jer sebab diorang takde booking meja pun.
Penyampaian hadiah lucky draw XM Gala Dinner
Banyak pulak aku tengok persembahan magic sempena Gala Dinner ni, pengurusan XM ni suka pulak magic-magic ni. Jangan diorang suka buat magic sudah..hahaha..

Makanan di JW Marriot ni pada aku biasa jer sebab ada tempat lain lagi sedap, tapi aku nak komplen lebih-lebih pun tak guna jugak dah orang sponsor kan? Dapat pulak lagi beg berisi T-shirt dan powerbank kecik dengan logo XM. Kira okaylah tu.

Malangnya aku tak menang pun apa-apa lucky draw tapi aku tetap berpuas hati la merasai pengalaman dinner XM untuk tahun ni. Katanya tahun depan diorang nak buat kat Thailand pulak, memang tak la kalau aku nak ke sana pun. Dah la aku takde kenal sapa-sapa pun dalam dinner ni, main terjah jer pun.

Oh yer, aku masih lagi bertrading guna XM ni. Macam aku terangkan dalam page Broker Pilihan aku, aku belum jumpa lagi broker forex lain yang memiliki ciri-ciri yang aku suka macam yang ada pada XM ni. Lagi pun kalau ada banyak akaun dengan broker ni, macam la banyak sangat duit aku ada pun..huhuhu..


Ahad, 15 November 2015

Nov 2015: 2 Minggu Sahaja Lagi Tinggal

9:37 PG 0
Tiba-tiba rajin pulak aku nak menulis update blog ni. Sedar tak sedar dah 2 tahun dah rupanya sejak aku pergi kelas Forex dengan LiteForex pada tahun 2013. Cepat betul masa berlalu. Nak kata aku dah berjaya dalam forex ni, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Cuma yang aku pasti, sememangnya masa banyak mengajar aku dalam proses belajar pasal trading Forex ni dan aku sebenarnya dah pun berjaya mengawal diri aku sendiri daripada overtrade, revenge trade dan gamble trade yang selalunya ramai trader aku tengok masih lagi gagal mengawalnya walaupun dah bertahun-tahun trading. Ada jugak aku pernah jugak aku terfikir nak trade benda lain contoh macam saham dan komoditi tapi yang tu memerlukan masa dan kos lain pulak nak belajar jadinya ada baiknya aku fokus jer buat apa yang aku tahu jer dulu sampailah ianya menjadi satu rutin yang menguntungkan.

Seminggu selepas NFP, aku banyak ambil risiko sikit sebab aku jangkakan yang pasaran akan mengubah arah sedikit. Jadinya inilah hasilnya:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 15 November 2015
Nampak macam hebat kan? Tapi sebenarnya masih ada lagi floating negatif sebenarnya yang aku tengah cuba kawal. Entri tu sebenarnya daripada trading setup bulan 10 lagi yang aku tak letak stop loss. Mujur kesemua entri aku dah kira siap2 berapa margin level yang boleh ditampung sebab akaun PAMM ni leverage 1:200 jer. Aku sebenarnya suka leverage tinggi2 sebab best boleh maximize kan lot tapi bab emosi la pulak yang tak tahan nanti. Apa pun, overall 10% untuk tahun ni kira dah okay dah pada aku berbanding dengan 7% yang ASB bagi kebiasaannya setiap tahun. Tinggal aku jer la modal takut nak letak..wakakaka..

Okaylah..sehingga update yang berikutnya pulak.

Ahad, 8 November 2015

Nov 2015: Laporan Perkembangan Semasa

11:29 PG 0
Akhirnya momentum update blog ni padam sementara sejak Julai, Ogos, September, Oktober dan kembali hidup semula bulan November 2015. Aku bukannya dah berhenti terus trading forex ni, tapi aku 'slow down' sementara bagi memberi peluang kepada usaha lain yang lebih menguntungkan. Alhamdulillah usaha yang dibuat telah memberikan kehidupan yang lebih selesa untuk aku dan keluarga aku secara umumnya.

Aku dah tak update template 'Summary of Daily Confirmation PAMM Acount 144842' yang biasa aku update selama ni namun begitu, akaun aku ni masih lagi aktif. Dukacitanya dimaklumkan akaun partner aku Melaka LFX yang bertahan sekian lama akhirnya telah pun kecundang dan telah pun ditutup. Aku tunjuk hasil daripada MQL5 yang senantiasa update akaun aku secara telus:

Graf akaun MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5 setakat 8 November 2015
Aku sekarang trading swing jer sebab dah takde buat apa2 analisis pun. Cuma sekarang ni floating agak besar jugak sebab kelmarin NFP USD menguat pulak dikatakan desas-desus peningkatan kadar faedah bulan Disember ni bertiup kencang. Apa pun, aku sedang mengusahakan untuk mengatasi floating negatif ni dalam minggu mendatang ini.

Ada sesiapa yang akan join Gala Dinner XM 21 November ni?


Jumaat, 3 Julai 2015

Jun 2015: Laporan Trading (Week 3, 4 & 5) Bulanan

10:45 PG 3
Aku dah makin lama makin kurang trade dan makin kurang update blog ni, adakah momentum trading forex aku ini akan berakhir. Apa pun mari kita lihat apa berlaku pada trading aku bulan lepas:

Jun 2015 (Week 3, 4 & 5): MenjadiTrader PAMM 144842
Jun 2015 (Week 3, 4 & 5): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL 5
Nampak gayanya kecundang balik bulan Jun lepas. Mari buat analisis trading setup yang aku dah buat:


Jumlah setup EURUSD - 10
Jumlah setup GBPUSD - 6
Jumlah keseluruhan setup - 16
Jumlah setup hit stop loss - 5

Disebabkan SL aku besar dan TP kecik, itu menyebabkan hasil kurang memberangsangkan. Mungkin setup yang aku gunapakai ni tak berapa sesuai dalam keadaan situasi matawang EURUSD dan GBPUSD sekarang ni. Aku takde masa sangat nak buat analisa ni jadi aku banyak biarkan pada setup aku ni jer.

Okaylah..semoga bulan Julai ni ada la kut hasilnya. Aku akan cuba untuk luangkan lebih banyak masa buat analisa berbanding bulan Jun. Adios..

Ahad, 14 Jun 2015

Jun 2015: Laporan Trading (Week 1 & 2)

1:26 PTG 0
Setelah sekian lama, aku akhirnya ter'skip' laporan mingguan yang biasanya aku buat. Mungkin lepas ni aku update 2 minggu sekali jer la kut, setiap minggu ni terasa macam takde apa sangat nak dikongsikan. Jadinya mari kita lihat perkembangan akaun MenjadiTrader PAMM Project:

Jun 2015 (Week 1 & 2): MenjadiTrader PAMM 144842
Jun 2015 (Week 1 & 2): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Tak tahu kenapa aku punya trading plan ni asyik naik turun naik turun jer. Dah macam tak berapa nak konsisten sangat. Sepanjang 2 minggu lepas ni, aku tak berapa nak bukak sangat pun MT4 aku di laptop, pulak tu banyak hari jugak aku outstation lah, balik kampung lah, lagi la kurang masa aku spend buat analisa pasaran. Tapi apa pun, yang penting aku dah pun buat withdrawal untuk salah satu akaun trading personal aku. Walaupun takde la banyak mana untung tu, tapi yang penting pulangan tu ada daripada hilang terus modal yang ada. Rentak trading aku ni memang kurang menarik tapi sekurang-kurangnya kerugian tu takde la teruk sangat.

Sehingga lain kali pula.

Selasa, 2 Jun 2015

Mei 2015: Laporan Trading (Week 5) dan Bulanan

10:20 PG 0
Terlewat sikit nak update ni. Maka tamatlah bulan Mei 2015 dengan keputusan trading penuh seperti di bawah:

Mei 2015 (Week 5): MenjadiTrader PAMM 144842
Mei 2015 (Week 5): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Bila dah terlewat update ni, dah mula lupa apa yang berlaku minggu lepas. Tak banyak aksi berlaku sebab cara aku trading dah slow down. Kadang tu satu hari tak tengok pun akaun trading aku. Ini adalah disebabkan aku dah tahu berapa risiko aku nak ambil dan berapa untung yang bakal diperolehi. Kalau aku ada masa aku adjust stop loss positif, baca analisis review daripada penganalisis professional, tu jer la yang biasa aku buat. Aku tak tahu kenapa sampai sekarang ni aku masih tak boleh nak faham sepenuhnya lagi support dan resistance. Apa pun syukur bulan Mei ni akaun aku berada di paras positif semula.

Ada banyak perancangan sebenarnya tapi semuanya tak menjadi, mungkin aku ni terlalu 'ambitious' tapi satu benda pun tak berapa nak gerak. Apa pun, sehingga kita bertemu semula minggu depan.

Ahad, 24 Mei 2015

Mei 2015: Laporan Trading (Week 4)

12:00 PTG 0
Sinar harapan minggu lepas hampir termusnah namun masih lagi terkawal secara keseluruhan:

May 2015 (Week 4): MenjadiTrader PAMM 144842
May 2015 (Week 4): MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Pada hari Selasa lepas, market USD telah mengambil alih penguasaan makanya habis entri aku semuanya terkena stop loss. Habis terus semua profit yang aku dah kutip minggu lepas. Namun begitu, entri aku yang berikutnya berjaya memperolehi sedikit keuntungan dan pada hari Jumaat berjaya mengutip lagi sedikit profit. Aku kadang-kadang terasa macam asyik kejap untung kejap rugi jer jadi macam letih la pulak tapi sekurang-kurangnya aku takde la total loss.

Member aku Melaka LFX sekarang ni dah berjaya mencapai 100% profit. Memang power! Baru-baru member aku ni ada menghubungi aku untuk ajak aku join projek yang dia sekarang ni tengah rancang, katanya untuk menarik minat para trader di Malaysia ni marketing perlu power jadinya ROI kalau boleh tunjuk contoh macam 100% return baru la trader-trader di Malaysia ni teruja. Aku memang tak nafikan perkara ni sebab aku sendiri pun teruja bila tengok orang duk post ScreenShot atau SS profit jer memanjang, cuma disebabkan aku sudah ada pengalaman trading naik turun ni tahu yang bila tinggi profit maka risikonya pun tinggi aku jadi macam serba salah pulak nak menarik minat para trader yang kebiasaannya akan jadi 'Mat Depo' ni. Aku dah lama tak jadi mat depo tapi tak jugak jadi 'Mat Withdraw' sebab aku punya trading plan risikonya kecil jadi pulangan pun kecil. Kelebihan yang aku ada cuma aku ni trading long term jer.

Okaylah, sehingga minggu depan pula sebelum kita masuk ke bulan yang baru.

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)