MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 29 November 2014

Keputusan Penuh Akaun MenjadiTrader 144842 Bulan November 2014

Berakhirnya trading session bulan November 2014 bermakna genaplah 1 tahun aku mendaftarkan akaun trading dengan LiteForex serta menghadiri kursus Forex percuma yang diadakan pada waktu itu. Setahun pengalaman trading Forex ni, macam-macam aku telah lalui dan aku akhirnya telah menemui corak dan rentak trading aku sendiri. Walaubagaimanapun, aku tetap akan terus menimba ilmu bagi menambahkan lagi perspektif lain dalam bidang Forex ni. Sememangnya trading ni bukan satu kerjaya ataupun hobi yang senang sebab akhirnya nanti hasil yang ditunjukkan sebenarnya akan menunjukkan keupayaan diri sendiri.

Jadinya inilah hasil trading aku bagi bulan November 2014:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
MenjadiTrader PAMM 144842 MQL5
Perbezaan daripada minggu lepas dengan minggu ni cuma +0.24% jer dan hasil bulan ni cuma 2.41% sahaja. Sikit kan? Kadang-kadang rasa macam tak berbaloi jer tapi aku perlu fokus pada jangka masa panjang dan bukannya jangka masa pendek. Untuk minggu ke-4 atau terakhir ni, sama macam minggu lepas jugak iaitu hari Isnin sampai Rabu memang takde apa-apa aksi berlaku. Aku cuma biarkan ajer trading setup aku berjalan. Minggu ni pulak takde news yang menggemparkan ditambah pulak dengan holiday kat US, lagi la market bergerak tak berapa agresif. Apa pun, aku memang dah bersiap sedia pun dalam sebarang kemungkinan sebab pengalaman setahun jagung aku dalam dunia trading forex ni mengajar aku yang dalam trading ni, kita memang tak boleh nak jangka langsung pergerakan price tu. Lepas tu pulak, korang ingat part time forex trader macam aku ni ada masa ke nak buat analisis teknikal support resistance tarik fibo indikator sana sini?

Masa tu ada sebenarnya tapi tak boleh la dedicatekan untuk analisis je, keputusan sama ada nak masuk trade atau tak kena buat jugak macam pun. Jadinya, untuk mengatasi masalah ini, aku cuma gunakan kaedah yang ramai trader yang aku tengok tak selalu fokuskan sangat iaitu money management. Prinsipnya senang jer sebab aku dah ada Excel sheet untuk buat trading setup aku yang mana aku akan tetapkan dulu berapa banyak aku sanggup rugi, pastikan trading setup aku tu tak overleverage (even waktu drawdown pun margin level percent mesti lebih 1000%) lepas tu pasang pending order. Dah siap semua tu, aku pergi tido. Kalau dah profit aku akan buat keputusan sama ada nak close atau hold sampai TP. Kalau masih negative floating, aku akan biarkan je sampai la kalau hit SL. Biasanya berapa yang aku sanggup rugi tu memang aku terus terang cakap, aku memang tak sanggup rugi banyak jadinya hasilnya tak banyak la macam korang tengok kat atas tu. Takde nak buat screenshot graf turun naik prediction bagai, graf aku masih tengok jugak tapi konsep macam baca peta jer, dah tahu ke mana nak pergi, yang lain-lain tu aku kira jer la pakai Excel. Itu jer la kaedah yang aku gunapakai dalam trading setiap minggu.

Dah korang baca cerita panjang lebar aku ni, aku nak jemput la korang baca pulak satu page baru yang aku baru publish iaitu page Produk. Sebenarnya produk dah ada cuma belum siap untuk dipasarkan lagi, ianya adalah Excel sheet yang aku gunapakai untuk buat trading setup atau plan setiap hari. Penulisan page tu dah siap 3-4 bulan lepas cuma tak dipublishkan jer. Biasalah aku ni part time, lepas tu pulak aku ni seorang manusia biasa yang banyak kelemahan, banyak tangguh sana-sini. Kalau ikutkan aku memang nak simpan je benda tu kononnya nak bagi sampai benda tu betul-betul ready baru nak war-warkan, tapi aku cakap kat diri aku sendiri yang kalau aku tak mula, memang sampai bila-bila la aku takkan mula jadinya aku letak jer la dulu. Kalau korang berminat, silalah daftarkan email anda ye. Kalau tak berminat pun, rajin-rajin la baca blog aku ni ye? Huhu..

PAMM Investment Demo

Mari kita lihat apa hasil akaun investment demo kita sepanjang bulan November 2014.

PAMM Investment Demo Accounts MenjadiTrader vs Melaka LFx
 (Start Date: 1/11/2014 - Current date:29/11/2014)
Nampak gayanya terdapat sedikit penurunan berbanding minggu lepas bagi akaun MenjadiTrader. Sebabnya adalah kerana akaun MenjadiTrader masih ada open position yang sedang floating lagi. Akaun Melaka LFX pulak takde open position tapi telah mengalami beberapa siri stop loss, meskipun begitu keseluruhan trading Melaka LFX masih lagi berada di kedudukan profit sebanyak 10.3%.

MQL5 MenjadiTrader

Akaun Public MQL5 MenjadiTrader
MQL5 telah membuat beberapa perubahan pada polisi Free Signal yang ditawarkan. Antaranya, signal yang dihasilkan oleh live akaun dah perlu diletakkan harga minimum USD20. Hanya akaun live yang pernah didaftarkan sebelum ni je yang masih boleh dipublishkan FREE. Disebabkan oleh perubahan polisi ni, hanya tinggal 3 akaun aku yang public yang masih boleh ditawarkan secara percuma. MenjadiTrader NDD dah pun hilang sebab dah 2 minggu takde buat trading dan akaun pun dah kosong.

Mini Contest PFT

PFT Mini Contest
Asalnya aku nak gunakan kesemua duit withdrawal akan MenjadiTrader NDD untuk pergi holiday, tapi setelah fikir balik, akhirnya aku ambik separuh daripada duit tu untuk masuk PFT Mini Contest yang ditaja oleh GAFX. Aku duk tengok kat FB ada perdebatan pasal broker-broker ni mana yang lebih baik sama ada Market Maker atau yang dipanggil STP, ECN, NDD. Waktu mula-mula aku tahu pasal benda ni, memang aku jadi macam prejudis jugak la terhadap broker Market Maker, tapi selepas mengambil kira faktor kemudahan yang disediakan oleh broker market maker berbanding broker STP, sebenarnya semua ni perkara kecik je kalau dah akaun pun bersaiz kecik contoh USD100. Lebih penting sebenarnya faktor withdrawal jer sebab itu la modal yang kita depositkan berserta profitnya (usaha dan masa yang dilaburkan). Market maker ke, STP, ECN, NDD tu semua cara operasi broker dan terpulanglah kat mereka macam mana nak labelkan pun, top management diorang pun yang pegang kuasa broker-broker tu jadinya kita sebagai trader ni tugas kita cuma untuk berdagang. Kalau IB tu lain cerita la, itu dah kategori salesman pulak.

Akaun mini GAFX setelah aku amati detailnya, rupanya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan akaun NDD LiteForex yang baru upgrade hari tu (antara sebab kenapa aku menutup akaun MenjadiTrader NDD). Jadinya kalau permulaan modal yang diberi (USD50 duit sendiri, USD50 lagi ditaja oleh GAFX) menggunakan trading setup yang aku ada, memang risiko trading agak tinggi bagi aku. Jadinya aku terpaksa modify sikit trading setup aku untuk mengurangkan risiko trading yang akan bermula minggu depan dengan mengambil faktor keseluruhan equiti. Objektif utama aku dalam pertandingan ni adalah untuk bertahan dalam tempoh trading 4 minggu Disember ni dengan sedikit keuntungan. Mungkin aku akan tinggikan sikit la risiko aku tapi tak banyak la tapi yang penting sebenarnya aku nak withdraw balik modal aku tu selepas mini contest ni berakhir walaupun tak dapat hadiah. Akhir tahun ni biasanya market lagi la tak dapat nak dijangka, tahun lepas waktu aku masih lagi fresh dalam forex ni, aku duk dengar cerita kata memang ramai trader yang MC. Jangan risau, aku akan siapkan laporan trading untuk akaun GAFX ni setiap minggu macam biasa.

Okaylah, sehingga minggu depan semula, kepada mereka yang akan berentap dalam Mini Contest ni, aku ucapkan semoga berjaya dan berdaganglah dengan berhemah.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Bro, dah try submit email byk kali tapi tak lepas. Sy berminat. Boleh pm? 0178810575

Menjadi Trader berkata...

Tak lepas? Ada jer sy nampak email saudara..berminat dengan produk yang sy iklankan tu ke?

Unknown berkata...

Yups. Mengenai calculator tu. Boleh pm or email?

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)