MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 1 Mac 2015

Pengalaman Mencuba Forex Binary Option (IQ Option)

Ada sesiapa yang selalu melawat website Carigold? Di forum Carigold, broker InstaForex merupakan broker dominan yang mengungguli segala pengiklanan di dalam forum tersohor tersebut. Terbaru ni selalu keluar iklan ni:

Iklan Binary Forex-Option di CariGold Forum
Antara kelemahan aku dan ramai lagi yang seperti aku adalah terpengaruh dengan iklan. Mungkin sebab telah didedahkan sejak daripada kecil environment iklan melalui semua media elektronik, jadinya pengaruh iklan tu dah menebal dalam diri sanubari. Apa pun, aku bukan nak cerita pasal iklan ataupun buat iklan tapi aku nak bercerita mengenai satu cabang trading iaitu Forex Binary Option. Option trading ni aku dah pernah dengar lama dah tapi sekarang ni dah dikembangkan ke industri Forex pulak. Ianya satu kontrak yang kompleks sebab melibatkan harga dan juga tempoh masa, jadinya kalau nak tahu dengan lebih lanjut, jangan tanya aku tau, silalah rujuk di tempat lain, ok?

Pada cuti Tahun Baru Cina 2 minggu lepas pada hari Khamis, memandangkan aku mempunyai masa terluang pulak tu market forex aktif, aku ada terbaca satu iklan ni yang mana diringkaskan cerita merupakan satu promosi bagi robot khas untuk option trading. Dalam iklan video tersebut dikatakan hanya berbekalkan USD250 dalam masa seminggu akaun trading anda akan jadi beribu-ribu USD. Teruja dengan teknik Option Trading ni, aku pun cariklah broker yang boleh aku cuba option trading ni. Aku tahu InstaForex boleh trade option ni tapi aku tak nak la guna duit betul cuma untuk test benda baru ni, buat rugi duit aku je karang.

Cari punya carik, terjumpa la satu broker yang mempunyai ciri-ciri yang aku nak iaitu deposit rendah siap boleh guna currency RM lagi:

Daftar akaun IQ Option dengan CashBackCloud
Aku pun registerlah satu akaun demo kat broker ni, dapat la RM1,000 akaun demo. Dalam masa 3 jam aku godek-godek, aku berjaya hancurkan akaun tu daripada RM1,000 jadi RM100++. Nak hancurkan tak susah pun, nak bina balik akaun tu yang susah. Satu jer la kelemahan akaun demo ni, cuma boleh trade binary option di market EURUSD sahaja. Akaun demo ni minimum satu trade untuk option ni adalah RM10, jadinya masih lagi agak tinggi bagi aku sebab aku ada tengok kat dalam social trading broker ni boleh bermula dengan RM2.

Aku tak puas hati jugak, kebetulan aku ada RM10 yang aku tak guna (nak withdraw kena cas RM12) dalam akaun MoneyBookers (Skrill) aku, jadinya aku pun deposit la ke dalam akaun aku ni. Aku lepas aku test binary option ni, aku dah tak sentuh dah akaun ni sampai la aku nak tulis dalam blog ni. Ni contoh hasil trading yang aku dah buat hari tu:

Hasil trading 19 Feb 2015
Daripada RM10 dah jadi RM11.32, tu pun selepas drawdown sampai RM5 usaha jugak recover dengan sedikit profit. Masa yang diluangkan hampir 2 jam. Aku baru tahu hari ni hari Ahad pun ada market yang buka rupanya, weekend pun boleh trade rupanya!

Option trading EURUSD (OTC)
Nampak tak, minimum trading cuma RM2 jer tapi boleh set refund sebanyak 45%. Aku malas nak terangkan pasal benda ni, korang kena cuba sendiri kat akaun demo ataupun deposit la RM10 test tengok.

Cuma di sini aku terangkan pasal kelebihan dan kelemahan Forex Binary Option ni:

Kelebihan

  • Lagi senang daripada trading Forex. Tengok candlestick tu lepas tu pilih je sama ada nak tekan 'Put' atau 'Call'. Memang tu je pun pilihan yang ada.
  • Minimum 1 trade adalah  RM2 dengan tempoh option paling cepat 2 minit. Maksudnya di sini, kalau kita tengok pada screenshot di atas, kita akan berdagang dengan risiko sebanyak RM2 untuk mendapatkan RM3.74 sekiranya selepas tempoh masa tu habis dan jangkaan kita tu betul. Kalau loss pun risiko kita cuma terhad kepada RM2. Kira macam kita dah tahu dah berapa kita akan loss dan profit sebelum kita tekan butang 'Put' atau 'Call' tu.
  • Macam aku pernah cerita dalam blog post aku yang lain, kita boleh jadikan binary option ni sebagai insurans untuk forex trading kita. Sebagai contoh kita buat satu entri 'BUY' dalam forex trading biasa dengan risiko tertentu tapi kita buat juga entri 'PUT' binary option ni sebagai trading hedge kita dalam satu tempoh yang sama. Kalau salah satu trading kita rugi, risiko tersebut boleh dikurangkan kalau tak 100% pun, dapat 70-90% pun kira okay la. Satu kelemahan di sini, perlu buat pengiraan yang agak kompleks sebab melibatkan 2 jenis akaun yang kebanyakan trader mesti malas nak buat punya..hahaha..(termasuk aku pun..kuikuikui..)
Kelemahan
  • Kalau price pergi jauh ke atas atau ke bawah, untung atau rugi kita tetap sama.
  • Boleh jadi ketagih trading binary option ni macam main game judi. Aku tak nak komen pasal hukum halal haram ni sebab aku bukan ulamak bijak pandai, aku cuma faham dari segi teknikal trading ni dan macam mana nak gunapakai 'tools' ni. Cumanya aku tak berapa suka trading option ni sebab peratusan nak profit tu aku nampak macam 50% je.
  • Boleh trading pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad (waktu market forex trading hanya daripada Isnin-Jumaat).
  • Aku baca di Android Play Store berkenaan Apps broker ni, ramai yang buat komplen pasal broker ni tak bayar withdrawal. Ini merupakan satu risiko yang besar jugaklah sebab katakan kalau kita dah penat-penat masukkan modal lepas tu luangkan masa trading binary option ni dan broker tak nak bayar, memang scam la.
Jadinya begitulah perkongsian aku yang ringkas ni berkenaan Forex Binary Option ni. Kalau nak faham bagaimana Forex Binary Option ni, bukalah akaun dulu dan trade guna demo. Dalam latihan tu nanti mesti akan faham punya. Tak faham jugak? Carilah sifu mana-mana kalau jumpa..Ekekeke..Selamat bertrading!

**Ikuti update IQ Option Disember 2016: Vlog MenjadiTrader #2 : Trading Binary Option (IQ Option) di Hujung Minggu


Buka Akaun dengan CashBackCloud dan 
dapatkan Cash Rebate daripada setiap dagangan anda

61 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Famous jug IQ Option ni.

Aku tinggal dekat europe, mango lepas entah macam mana laman ni keluar dekat browser aku. Aku main demo, dari 1000 euros, jadi 2500 euros.

Yakin punya pasal, aku letak 300 euros live, n dapat sampai 480 euros.

Nak withdrawal dah asalnya, kemudian dia cakap perlu 3 hari. Aku yang tamak ni, fikir, dari tunggu 3 hari, lebih baik aku untung lagi kan?

Last2 480 euros tu jadi 0.50euro!!!

Taubat tak bukak dah.

Cepat untung, tp cepat jugak rugi.

Unknown berkata...

Macam mana nak deposit tak boleh pun

Menjadi Trader berkata...

Aku guna Moneybookers/Skrill untuk deposit..

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nk depo & widraw. Ade IB dlm malaysia

Unknown berkata...

Terima kasih atas review tuan.

Unknown berkata...

Bro..macam mana nak deposit duit dalam skrill..macam macam dah try buat..tolang ajarkan master2

Unknown berkata...

Master..macam mana nak depositkan duit dalam skrill..macam macam cara dah saya try..tolong ajarkan..tq..wasap sy di 0102165395..nanti sy call tuan..tq ye

Menjadi Trader berkata...

Dah cuba deposit guna credit atau debit card?

Unknown berkata...

Assalamualaikum boh
Tolong ajar nk bt deposit ke akaun iq option?

superman berkata...

wahh..ingatkan xde org yg trade binary..
bagus utk mereka yg baru nak study pasal forex...
sbb boleh belajar pergerakan market 1 minit..huhuhu
tapi sape yg trade binary klu boleh trade share market..
klu trade forex bagi aku memang rugila
sbb market cepat berubah arah.....
mcm share market lambat..cuma klu naik batang candle dia besar besar...heheh
but good luck pada mereka semua yg trade binary........
jgan give up...klu boleh tradela sbb minat bkn sbb DUIT..
insyaallah berjaya

Tanpa Nama berkata...

Akuan demo untung rm50k

Tanpa Nama berkata...

Hi.. Mcmana nak guna robot ea vps? Ada sesiapa yg boleh ajar tak?

farwarz berkata...

dah try akaun demo.. dr $1k sekarang dah jadi $60k dlam masa 3hari main.. tp nak main real tu cam takot sikit..takot withdrawal broker x bayar.. ada sini master2 x yg tahu broker yg xda msalah in payment? sapa yg tahu tlg whatsapp sy 0135864330

yazid berkata...

salam..



macam mana nak depositkan duit?

boleh terangkan step by step. mohon tolong ajarkan.

dah cuba maybank2u x boleh masuk deposit.

watsap / telegram 0196065159
email : muizz75@yahoo.com

Menjadi Trader berkata...

Better guna kad kredit la, kad debit selalunya susah nak lepas. Tak nampak pulak option deposit guna Maybank2u.

Khalish berkata...

Saya tak pernah cuba lagi binary option. Tapi setakat ni berpuas hati dengan servis InstaForex. Proses kemasukan dan pengeluaran duit juga sangat lancar.

Forex Trader berkata...

Tak pernah lagi cuba binary option ni...Lagipun saya ni masih baru dalam Forex...banyak benda nak kena belajar.Setakat ni trade dengan InstaForex...okla..tiada masalah lagi...

afiq berkata...

Guna kad kredit deposit = withdrawal. Kalau guna skrill iq binary mintak document pasport n kredit card yg discan. Boleh percaya ke?

afiq berkata...

Boleh percaya ke iq option ni bila dia mintak document pasport n kredit card yg discan utk process verified

Menjadi Trader berkata...

Kalau tak cuba tak tahu..biasanya semua broker mintak dokumen terutamanya bila nak withdraw. Nak depo selalunya tu broker laju jer terima..haha

Unknown berkata...

Bosss... bleh pm.?? Saya nk bljar2 sikit.. wassap 012 4214573

Menjadi Trader berkata...

Nak belajar kena belajar betul2, tak boleh sikit2..hahaha..

Tanpa Nama berkata...

benda ni memang boleh buat duit..sesuai tuk beginner .galakn main binary bkn turbo..praktis dulu akaun demo..perkara2 penting sebelum trade search dlu.bukan main tembak je.mcm main tikam.main turbo tu high risk.so main binary.praktis demo sampai expert.

Tanpa Nama berkata...

Nak belajar jugak boss...contact me please 0148342978

Unknown berkata...

Pengalaman trade guna broker InstaForex mmg terbaik takda masalah deposit withdraw. nak dapatkah service support pun senang

Unknown berkata...

Setakat ni tak pernah lagi guna Binary ni.Cuma saya trade guna InstaForex. Setakat ni okla,tiada masalah.

Unknown berkata...

Saya pun guna Insta. Seris memang terbaik. Senang berurusan.

Unknown berkata...

As salam Tuan2,
Saya nak minta tolong pada siapa2 yg arif. Saya cuma nak tau cara paling mudah utk withdraw duit dari iq option ke local bank (maybank, hlb, etc), step by step. Terima kasih atas tunjuk ajar..

Laila berkata...

InstaForex adalah broker yang saya percayai. Cara pendepositan dan pengeluaran wang yang cepat dan efisyen.

Rosafendy berkata...

Saya guna instaforex first dan xm second
Sebab ib nya amanah dan bertanggungjawab serta telus info 😀👍

Mariam berkata...

Maaf nak tanye malay method tu macam insta forex ni jugak ke die tipu je?

Unknown berkata...

Baru terjebak dengan binary option ni. Setelah sekian lama tengok iklan Forex binary dekat forum akhirnya pilih untuk mencuba dengan broker InstaForex. Tak dinafikan untung lebih cepat gunakan Forex berbanding yang biasa. Perlu timba ilmu lagi fahamkan sistem ini betul2. Ada tak geng yang dah cuba forex binary.

am4peace... berkata...

aku dah join binary iqoption ni. jujur aku cakap 2tahun.
setakat ini dia memamng bayar. paling cepat masuk debitcard 1-2hari. neteller sehari je.
iq ni kena maintain emosi dan konsisten je, korang akan cepat dpt duit. & abaikan par time punya fizikal work. haha

yang mana perlu guide boleh whatsapp aku 0129180272.

Zahirahhh berkata...

I have been introduced to InstaForex about one year ago. I was happy with the welcome bonus attached to me as a new comer, a high welcome bonus up to 250 % upon registration after passed several verification process. Only InstaForex managed to offer this kind of bonus. I started trade with minimum my deposit $400. I also started to learn from demo account first to help minimize the risk of loss. For me, involved in forex trading world is also about an endless learning process because the movement of currency pair is unexpected. InstaForex did provide support office with qualified customer service officer provide quick response whenever I have any inquiries regarding their services and products.Thank you InstaForex.

Tanpa Nama berkata...

Memanh dorg bayar ke?and betul tunggu 3 hari jgk?sya ada terima msj dari cimb sbgai warning sebab biz ne scam btulke x ow?

Unknown berkata...

mcm mane nk depost binary ney.. maybank x lepas guna debit card ke.. dh try tp xboleh.. sape2 boleh tlg?

am4peace... berkata...

Tq tuan blog ini bagi kesempatan kepada saya untuk mgajar newbee dlm iqoption.
rujuk 1 Oktober 2016 4:27:00 PG MYT.

Melalui blog tuan, banyak yg call tanya saya tips dan teknik dlm iqoption. Setakat 2tahun dlm iq. dia mmg bayar kat acc vip saya. ada yg sudah buat byk melalui iq ni. malaysia baru nk bangun dlm iq.

jadi sapa yg perlu guide, ada keraguan, saya bagi tips dan teknik dlm iq.

whatsapp je 0129180272.
fb: Ariff Trader.

mysoff berkata...

Halal ke binary ni?

HUD berkata...

tolong sye untuk withdraw tuan..dah utung 5k..tapi withdraw ada limit pakai kad kredit hanya rm1100 je blh..yg selebihnya nak kluarkan mcm mana tuan.

Menjadi Trader berkata...

HUD, cuba buka akaun Skrill dan withdraw ke situ, lepas tu daripada Skrill boleh withdraw terus ke akaun bank Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Aku main iq option ni baru setahun setakat ni boleh la iq option ni wihtdraw cepat x sampai satu hari pon aku saran kan kepada korang yang nai join iq option deposit dengan withdraw gunakan skrill,neteller atau webmoney. Aku guna skrill wihtdraw tak sampai 1 hari pon kalau guna kad debit korang cuma boleh withdraw jumlah yang sama macam yg korang deposit, contoh korang deposit $100 korang cuma boleh withdraw $100 je balik kalau kurang atau lebih tak boleh. Pengalaman aku, aku wihtdraw pertama aku $250 aku deposit $100 dalam masa kurang dari 2 jam aku da dapat profit $500 dan terus aku withdraw $250 hari tu jugak. Dalam masa setahun ni aku da dapat lebih dari 6 ratus ribu ringgit malaysia.

Laila berkata...

Pendapat saya, Instaforex masih boleh dipercayai yang macam Muslim senang la untuk trade boleh gunakan Swap-free account. Yang ni bebas riba sesuai lah untuk saya. Setakat ni, tiada masalah dengan broker ni. Paling penting saya senang deposit dan withdrawal ikot local IB. tak ambil masa lame sangat nak tunggu kurang 5 jam dah Nampak duit dalam akaun. Thanks Insta.

Tanpa Nama berkata...

Thanks.baru skrg sya tahu beza forex trading biasa dgn binary option.Godbless.

Unknown berkata...

Xde masalah ke yg timbul ker??? Xde ke broker yg dimalaysia mcm instaforex???

sharkrean@gmail.com berkata...

Email saya tuan cara nak buat akaun real. Ni emel sy sharkrean@gmail.com. tq

sharkrean@gmail.com berkata...

Email saya tuan cara nak buat akaun real. Ni emel sy sharkrean@gmail.com. tq

Tanpa Nama berkata...

Hi.. Saya pernah deposit guna kad debit cimb utk 1St time.. Then transaction declined bila nak Cuba top up deposit.. Then saya register acc skrill utk deposit.. Then bila nak top up for 2nd time tak dapat juga. Apa kemungkinan masalah tak dpt deposit sedangkan penggunaan pertama bole pula proceed. Bole bagi pendapat.. Tq

Hir berkata...

Bro..kau main pakai RM ke USD?
Kalau USD skrill charge tak untuk transfer ke Maybank dalam RM?

Tanpa Nama berkata...

Dah cuba..untung dan dapat withdraw dlm 2 hari bekerja...jika withdraw hari sabtu dan ahad paling awal hari selasa duit masuk akaun.

shah berkata...

Salam tuan tanah bleh dak ajar forex nie sya newbie lagi baru download IQ option

wan berkata...

Bro.. boleh ajar kan strategi yang bro guna tak?

Menjadi Trader berkata...

Cuba search Martingale..teknik hebat tapi kena berhati-hati..

Tanpa Nama berkata...

Ajarkan saya sifu

Ai berkata...

Hai... Nk tnye ...senang x guna skrill?.. Setakat ni ade x problem?... Brpe die charge commission?
Skrng saya tgh try webmoney tpi saya kurang paham mcam mane nk guna....
Kalau skrill pulak camne cara die? And nk daftar camne?

epulejam berkata...

tolong ajar jgk...

Unknown berkata...

saya x dapat menggunakan skrill asyik decline,x tahu knapa

Unknown berkata...

macamana guna skrill

Menjadi Trader berkata...

Dah cuba contact live support IQ Options tu dah ke?

Aizad berkata...

Ni rahsia aku main iq option ni. Kena pandai tengok trend bullish atau bearish. Letak put atau call. Jangan letak 2 minit tapi letak 15 minit time out. Kat atas sebelah kanan tu ada tulis sell dan indikator baki atau jumlah. Kalau buy 2.00 , make sure jumlah pada indikator tu lebih dati 2.00. Klik sell (contoh: sell 2.89)(klik button dan take profit. Jangan tunggu time out.

Unknown berkata...

setakat ni ok je deposit and withdrawal x sampai 5 minit pun. cuma guna maybank2u.

Mat kaya berkata...

Untuk yang baru...pakai demo dalam 2minggu atau 1 bulan dahulu.dalam tempoh ni fahamkan konsep dia dan waktu yang sama,belajar teknik yang bersesuaian supaya win tu lebih banyak dari loss.yang penting kunci dia konsisten dan disiplin dengan 1 teknik.xperlu tukar2..bila da mula faham teknik tu baru ke arah REAL ACC.

Ok,disini aku nak bagi tahu...jangan depo pakai (DEBIT CARD atau KREDIT CARD)
Ko depo $100 untung $10,000...tapi withdrawn hanya $100 sahaja..1:1
Ko bayangkan lah nk withdrawl bapa kali nak sampai kat tangan klu $10,000..so cara mudah disini....

Daftar Netteller...aku sarankan nettler dari skrill...agent netteller pun banyak di Malaysia jual beli netteller...nak tau kat mana yg banyak membeli download Telegram Apps...cari geng netteler..da 5 tahun aku di iq option...ni part time aku.full time aku Forex trade..selamat beramal..R35 GTR menunggu....

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)