MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Ahad, 15 Jun 2014

Update Trade Minggu Kedua Jun 2014

10:44 PG 0
Minggu ke-2 Jun 2014 punya trading result update:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Minggu lepas punya profit rupanya hanyalah sementara, daripada 4 trade setup aku minggu lepas, 2 daripadanya hit stop loss. Stop loss pertama yang kena adalah currency EUR/USD pada 10 Jun 2014 disebabkan trade setup aku 'Buy' tapi market jatuh ke bawah dengan dahsyatnya walaupun takde news pun. EUR/USD tak berjaya naik sampailah hari Khamis tu pun sikit je so sekurang-kurangnya stop loss tu merupakan perlindungan la daripada floating teruk.

Hari Rabu, trade setup GBP/USD aku letak pada 'Buy' tapi aku baca analisis kata mungkin market akan jatuh so aku close trade awal untuk kutip profit sikit. Aku buat trade setup 'Sell' pulak untuk GBP/USD, malam Rabu tu dah cantik dah floating profit dalam seratus lebih, aku dah ngantuk so aku pasang la TP nak kasi lock profit. Esok paginya aku bangun tido check yang floating profit tu dah hit stop loss dah. Aduhhhh...Aku boleh terlupa pulak ada news BOE pukul 3 pagi. Pukul 4 pagi ada first match World Cup 2014. Pengajaran untuk aku kalau nak masuk tido tapi entri tengah floating profit, kena set trailing stop baru tido. Hari Jumaat pulak aku cut loss trade setup 'sell' EUR/USD sebab aku nak tukar arah kepada 'Buy' pulak. Carry forward ke minggu depan pulak setup tu.

Apa pun, aku punya akaun PAMM Menjaditrader 144842 sekarang ni dah turun -9%. Aku ada 2 investor yang kedua-dua akaun investor tu aku sendiri jer pun. Kalau investor luar tak percaya pada kita, biarlah diri sendiri yang percaya. Menariknya guna PAMM ni, bila terdapat drawdown waktu tu la kalau kita ada duit kita laburkan lagi, dia lebih kurang macam saham la bila price jatuh tu kira macam diskaun la. PAMM trading ni sebenarnya melatih diri kita supaya berfikiran long term, bukannya short term. Oh ye, sekarang ni aku ada partner lagi sorang yang trade guna EA. Tengok banner di sebelah kanan sidebar blog ni. Menariknya pasal EA partner aku ni, dalam masa kurang daripada setahun akaun trading di bawah client-client dia semuanya dah 100% profit. Maksudnya dah balik modal lah. Bila ada geng trading ni baru la best, kalau nak join boleh terus bukak akaun investor LiteForex dan invest la minimum USD10. Tak tahu macam nak buat? Contact jer la aku senang aku nak explain.

Okaylah, walaupun kerugian sikit minggu ke-2 ni tapi sekurang-kurangnya bisnes masih lagi boleh berjalan daripada nak cari modal baru. Kan? Selamat bertrading untuk minggu depan.


Sabtu, 7 Jun 2014

Update Trade Minggu Pertama Jun 2014

9:04 PTG 0
Berakhirnya akaun PAMM JayDee maka tibalah giliran untuk akaun MenjadiTrader 144842 pula. Sebelum ini aku duk banyak testing sana testing sini, guna 3 broker sekaligus, trade sampai 6 akaun sekaligus. Disebabkan aku ni cuma part time trader dan masa aku terhad, aku akhirnya terpaksa akur dengan hanya trade di satu broker sahaja iaitu di LiteForex bagi memudahkan trading aktiviti aku. Seperti mana yang aku pernah bagitahu, aku memang takde masa nak buat analisis teknikal atau fundamental jadinya aku gunakan tools yang LiteForex dah provide dan guna satu excel khas untuk buat pending order entri pada waktu-waktu tertentu dan bila dah siap buat semua tu, aku cuma monitor pergerakan market menggunakan tablet Android Nexus 7 aku jer. Seperti biasa, bila dah entri cuma TP jer boleh adjust, Stop Loss dan lot size takleh ubah. Setiap trade entri plan punya risiko cuma 3%-6% daripada total equiti dengan risk to reward ratio 1:2. Ada lagi faktor lain yang diambil kira tapi kalau aku cerita dalam blog post ni mesti susah nak paham punya, kena jumpa face to face tunjuk dan cerita baru boleh paham. Lagi satu aku tak ambil kira berapa pips dapat pun sebab kalau dapat pips banyak tapi lot kecik, sikit jer profitnya. Better ignore jer pips tu fokus pada berapa USD yang dapat lagi bagus.

Banyak pulak rahsia aku dah tercerita hahaha..cumanya trading style aku bukan jenis nak dapat 100% return dalam masa sebulan atau seminggu. 100% memerlukan risiko full margin yang aku sememangnya tak suka sebab boleh menyebabkan jantung berdegup dengan kencang bila arah entri bergerak bertentangan arah. Kalau tak tahu nak kira full margin tu macam mana, aku ada excel sheet yang bila korang masukkan harga entri, range, leverage, SL dan TP, korang boleh tahu sejauh mana akaun korang tu boleh pergi. Kalau nak, aku takkan bagi free punya, korang kena register akaun LiteForex bawah akaun affiliate aku dulu baru aku boleh bagi free template excel tu. Tu pun kalau korang berminat la, aku ni part time trader jer bukan full time jadi sumber pendapatan aku yang utama masih lagi pada kerjaya lain bukan daripada trading forex ni.

Panjang pulak celoteh aku kali ni. Okay, macam biasa ni trading result aku untuk minggu pertama bulan Jun 2014:
Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Syukur minggu pertama Jun 2014 ni aku tak mengalami sebarang loss tapi semuanya positif walaupun NFP hari Jumaat carta takde gerak banyak pun. Profit tu profit jugak tapi kena ambil kira loss bulan lepas jugak. Aku ada lebih 1,500 lebih lagi untuk recover kerugian bulan sebelum ini. Jadinya takde apa nak dibanggakan sangat. Aku duk follow jugak FB post orang duk tunjuk profit trading sana-sini tapi aku yakin mesti diorang sorokkan akaun-akaun diorang yang rugi sebab sapa nak tengok kerugian, mesti la mau tunjuk yang indah-indah belaka sebab nak tarik perhatian orang ramai kan? Sebenarnya mana-mana bisnes pun sama jer, indah khabar dari rupa. Bila dah terjebak dalam bisnes tu, baru la tahu dia punya susah senang nak harung semua dugaan yang mendatang. Forex trading ni pun sama jer. Pilihan terletak di jari yang meletakkan entri trading sama ada nak ambil risiko rendah atau tinggi.

Okaylah, kang ntah hapa benda lagi aku merepek. 2.49% return rate ranpa loss dalam minggu pertama bulan Jun 2014 ni kira pencapaian yang agak cemerlang bagi aku so aku nak celebrate dengan makan nasi kenduri kat dapur rumah mertua aku ni. Adiosss!!

Selasa, 3 Jun 2014

Keputusan Penuh dan Terakhir Trading Akaun JayDee 128869 Bulan Mei 2014

1:21 PG 0
Untuk pengetahuan, akaun trading JayDee 128869 akhirnya telah pun di 'eliminate account'. Berakhirnya trading account ini bermakna secara rasmi aku telah kerugian USD172 ataupun bersamaan dengan RM567.60 sejak bulan November 2013 sampailah 28 Mei 2014. Secara puratanya perbelanjaan aku setiap bulan sepanjang 7 bulan ni adalah lebih kurang RM81 ringgit kalau ditukarkan kerugian tersebut kepada perbelanjaan. Boleh dikatakan takde la banyak pun kerugian aku ni. Aku dah siap ada satu akaun PAMM baru USD200 dan 2 lagi akaun Lite dengan setiap satu USD100. Kalau ikutkan menjalankan perniagaan Forex ni takde la susah mana pun, cuma kena rajin ngadap laptop jer pun dan ikut sistem sendiri serta follow disiplinnya.

Apa pun, menggunakan template baru ciptaan sifu sepanjang sebulan yang lalu inilah hasilnya:

PAMM Account 128869 LiteForex (Mei 2014)
Masih lagi terdapat kerugian pada bulan Mei ni, bulan April pun rugi. Sebenarnya keadaan market di Eropah sekarang ni agak tidak menentu dan antara punca aku tak boleh nak profit sangat. Dengar macam alasan kan? Apa pun template baru ni agak bagus kerana boleh hasilkan profit yang lebih berbanding template sebelum ni. Kerugian pada minggu ke-4 tu sebenarnya kesilapan teknikal sikit (range tak cukup) sebab 2 kali hit stop loss. Macam biasa, mana-mana yang tulis kosong tu bermaksud trade hari tu di carry forward ke hari seterusnya la. Aku baru jer close position yang hold sejak 28 Mei tadi ni, mujur dapat jugak profit.

Okaylah, aku akan buat satu blog post baru untuk akaun PAMM baru aku. Ada banyak benda aku boleh kongsikan sekarang ni tapi kena buat satu-satu la tak nak rushing semua. Aku ni buat kerja trading ni part time, kerja full time aku la sumber modal yang aku boleh dapatkan untuk diserapkan dalam bisnes ni. Nanti aku umumkan la bila tiba masa yang sesuai.

Sekian, selamat bertrading!

Sabtu, 24 Mei 2014

Update Trade Minggu Ke-3 dan Ke-4 Mei 2014

10:50 PG 0
Berikut adalah hasil trading bagi minggu ke-3 dan ke-4 bulan Mei 2014.

PAMM Account 128869 LiteForex (Mei 2014-Week 3 & 4)
Untuk minggu ke-3 tiada loss dicatatkan cuma tak banyak hasil dapat dijana. Bermula minggu ke-3 aku trade dua currency pair iaitu EUR/USD dan GBP/USD. Risk lot dibahagi dua dan arah trade kedua-duanya sama (Kalau EUR/USD buy, GBP/USD pun buy jugak la, correlation). Minggu ke-4 agak teruk drawdown. 20 Mei punya closed trade tu EUR/USD (sell) dah set TP siap-siap. Kerugian 21 Mei tu closed trade hit Stop Loss bagi GBP/USD (sell). Disebabkan kecewa dengan loss tu, aku pasang lagi satu entri sejurus selepas loss tu dengan direction (buy) pulak, semalam trend reverse dan aku pun loss lagi sekali. Padahal hari selepas tu dah ada profit dah dalam USD200 lebih sebab FOMC, tapi sebab tamak punya pasal dan kononnya nak cover loss yang USD500 lebih tu, maintain position, market direction reverse lepas tu terus loss lagi sekali USD500 malam tadi. Sememangnya currency GBP/USD ni agak tricky dan unpredictable.

Position buy EUR/USD aku masih lagi floating, nak kena tengok minggu depan apa direction price akan pergi. Kalau hit SL memang USD500 pulak la terbang lagi. Equiti pun dah semakin kurang, harap-harap risk to reward ratio aku menjadi la next week. Mungkin aku akan berhenti kejap trade GBP/USD sebab nak merajuk kejap. Nak balas dendam tengok-tengok lagi rugi jadinya. Disiplin dah ada, template dah ada, analisis dah ada tapi emosi aku masih lemah lagi.

Kalau kita baca review penganalisis pakar, diorang kata market sekarang ni volatity tak berapa boleh pergi. Dalam forex ni range price bergerak tu yang penting, tahun lepas aku tengok market memang rancak betul, tapi tahun ni dah berapa bulan dah market macam slow motion sikit. Apa pun, tu observation aku yang masih setahun jagung ni. Kita tengok minggu depan pulak minggu terakhir bulan Mei apa akan berlaku.

Isnin, 12 Mei 2014

Update Trade Minggu Pertama dan Ke-2 Mei 2014

11:42 PG 0
Minggu pertama dan kedua bulan Mei aku telah menggunapakai strategi trading yang baru. Memandangkan aku cuma trade satu pair currency jer lepas tu keadaan market pun agak perlahan di permulaan minggu dan mengganas di akhir minggu, keputusan trade aku jadi tak berapa konsisten:

PAMM Account 128869 LiteForex (Mei 2014-Week 1 & 2)
Kerugian pada 1 Mei 2014 tu merupakan carry forward trade bulan April 2014. Aku telah berjaya cover balik kerugian tu pada 6 Mei 2014 dengan sedikit untung. Kerugian yang sebelum-sebelum tu belum cover lagi. Keuntungan 8 Mei pulak aku try trade currency EUR/USD tetapi lot kecik so tak dapat banyak la. 9 Mei aku kerugian setelah trading plan 7 Mei kena stop loss. Seperti yang aku pernah cerita sebelum ni, kesemua trading plan aku dah dikira awal-awal sebelum entri dan cuma TP jer yang aku boleh ubah, takde manual close atau ubah SL akan dilakukan demi menjaga integriti trading plan asal yang telah dibuat.

Untuk minggu ke-3 ni, trading plan yang aku akan jalankan akan melibatkan lebih daripada 1 pair currency dengan nilai margin level dan saiz lot yang bersesuaian bagi diversify sikit keputusan trading. Weekend ni aku akan laporkan perkembangan aktiviti trading ini macam mana.

Sabtu, 3 Mei 2014

Keputusan Penuh Trading Akaun JayDee 128869 Bulan April 2014

12:38 PTG 0
Aku sebenarnya agak kecewa dengan tahap pencapaian bulan April 2014. Sememangnya keuntungan pada bulan Mac 2014 habis digunapakai untuk trading bulan April 2014. Walaupun kecewa, malu, sedih, marah, malu dan rasa nak berhenti, aku tetap nak tunjukkan jugak keputusan trading yang aku buat bagi bulan April 2014.

PAMM Account 128869 LiteForex (April 2014)
Untuk yang pertama kali tiba di blog aku ni, boleh baca Keputusan Penuh Trading Akaun JayDee 128869 Bulan Mac 2014 untuk membuat perbandingan.

Komen aku di sini, ada sebab kenapa laporan kewangan syarikat dibuat mengikut suku tahunan. Kadang-kadang bisnes ada bulan yang untung, ada bulan yang rugi tapi yang penting untung tahunan tu mesti ada la kalau pekerja syarikat nak dapatkan bonus, itu pun bergantung kepada pihak pengurusan syarikat jugak.

Strategi yang aku guna pakai sepanjang bulan April 2014 nampak gayanya tidak berapa berhasil disebabkan keadaan pasaran yang tidak menentu. Tambah lagi pulak aku cuma punya trading focus cuma pada GBP/USD sahaja. Mungkin pada bulan May 2014 ni aku cuba tambah 1 atau 2 currency pair yang lain untuk diversify sikit risk management aku. Kalau tengok pada keputusan di atas, yang mana ada kosong tu maksudnya trade tu di carry forward ke hari seterusnya sebab tak sampai target. Selalunya bila tak sampai target, tu yang dia terus kena Stop Loss. Agak tension jugak tengok berminggu-minggu trade asyik negatif jer. Apa pun, bagi aku yang lebih utama aku masih lagi berjaya pertahankan modal permulaan aku daripada total loss.

Disebabkan oleh loss ini, ranking aku dalam Live Monitoring PAMM LiteForex terus hilang dan terbenam ke nombor yang tercorot (289/317).


Sememangnya sistem PAMM ni agak telus dan tak boleh nak sorok-sorok. Sebagai seorang trader tegar, rugi atau untung, trade tetap perlu dijalankan sebab itulah aktiviti trading. Cuma mungkin kawalan tu perlu dikaji semula dan diperbaiki mengikut keadaan pasaran yang sememangnya kita sebagai manusia biasa takkan mungkin tahu ke mana hala tujunya di masa hadapan.

Selasa, 29 April 2014

Update Trade Minggu Ke-4 April 2014

3:02 PTG 0
Minggu ke-4 bulan April 2014 ni pun aku cuma bukak 2 trading plan jer. Itu pun hancur..Nampak gayanya teknik ni tak sesuai digunapakai ketika market bergerak sideways. Dalam minggu ke-4 ni GBPUSD cuba untuk breakout ke atas tapi tak berjaya jugak.

PAMM Account JayDee 128869
Profit bulan lepas dah habis dah pun disebabkan kerugian bulan ni. Apa boleh buat, sekurang-kurangnya modal aku masih lagi bertahan walaupun berkurangan. Aku duk dengar cerita orang main forex duk hentak full margin lepas tu kerja asyik mendeposit jer. Kalau trade gaya macam tu serupa macam pergi casino jer la.

Apa pun, minggu ni aku dah ada trading strategi baru, terima kasih kepada sifu. Aku akan update lagi minggu depan pulak tengok macam mana.

P/S: Jumaat ni NFP ke?

Ahad, 20 April 2014

Update Trade Minggu Ke-3 April 2014

7:39 PG 0
Untuk minggu ke-3 ni, aku hanya buat 2 entri trading plan jer. Satu daripadanya rugi, lagi satu pun rugi jugak dengan floating sambung ke minggu depan. Trading plan aku sepatutnya buat setiap hari tapi aku tak rasa macam nak memperbanyakkan risk aku pulak jadi cukup la 2 entri untuk minggu ke-3 ni. Apa boleh buat, bila waktu rugi kita kena terima jer la, hari tak selalu cerah, kadang-kadang hujan ribut, banjir dan sebagainya:

PAMM Account 128869 JayDee
Kalau kita tengok di atas, dah masuk 2 minggu aku rugi ni. Aku cuma trade currency GBP/USD jer sebab aku memang dah calculate cukup-cukup jer margin untuk trading plan aku. GBP/USD dikatakan akan naik (aku takde masa nak buat analisis sendiri, lagipun buat apa nak buat analisis sendiri kalau orang lain boleh buatkan untuk kita, macam la kita ni full time nak baca semua info pasal kewangan bagai tu..betul tak?) tetapi even penganalisis pakar pun boleh silap, apatah lagi kita ni yang tak belajar pasal ekonomi dunia.

Jadinya keuntungan USD1,566.49 bulan lepas telah pun dihakis oleh kerugian sepanjang 3 minggu ni. Performance return rate aku pun dah jatuh -8.81% untuk bulan ni, ranking aku kat PAMM Live Monitoring (Monthly tab) pun jatuh jugak:

JayDee 128869 ranking nombor 49 daripada 310
Aku sengaja letak Superb Trader punya ranking sekali sebab dia pun PAMM Manager dari Malaysia yang aku tahu. Aku jugak sebenarnya adalah salah seorang peminat Superb Trader sebab dia ni antara otai forex di Malaysia yang aku respek. Nak banding dengan aku yang baru 5 bulan berkecimpung dalam forex ni, Superb Trader ni dah 8 tahun dalam industri ini. Korang tengok la berapa beza dia punya modal, aku punya modal dah tinggal USD44.65 jer, dia punya modal USD1000 lebih siap dah ada investor letak berapa puluh ribu tu. Aku suka dia punya FB post sebab nasihat-nasihat dia agak realistik. Kalau orang lain semuanya duk citer diri hebat bagai tapi realiti sebenarnya disembunyikan. Aku mungkin satu hari nanti akan bersua muka dengan Superb Trader ni sebab komuniti forex kat Malaysia ni bukannya besar mana pun.

Apa pun, aku terbaca yang forex ni merupakan 'Level playing game' maksudnya takde istilah orang handal dan semua orang berpeluang untuk berada di atas. Jadinya walaupun ranking aku berada di atas member senegara aku, aku mungkin boleh naik atau turun bila-bila masa jer. Cuma yang penting kat sini, apa aku dah belajar adalah bila kita mengamalkan planning dan disiplin, takkan muncul lagi istilah 'margin call' ataupun MC. Aku dah pernah alami MC ni sekali bulan Disember 2013 sebanyak USD100 dan aku tak nak alaminya sekali lagi. Sakit hati woo RM330 hilang macam tu sahaja, tapi time rugi la kita belajar untuk menghargai penat lelah kita kumpul duit tu..haha..

Disebabkan akaun PAMM aku rugi, akaun Lite aku pun rugi jugak:

Akaun Lite
Just nak share jer la, bulan lepas aku depo USD100 so dapat bonus 40% menjadikan equiti aku USD14,000 sen. Aku cuba trading plan aku guna currency lain, terus rugi sebab ciri-ciri currency pair tu lain. Bulan ni aku kena recover balik la kerugian USD13 bulan lepas. Ada lagi USD7 nak kena recover untuk pulang modal. Kena sentiasa bezakan antara working capital (modal) dan profit. ROI bisnes-bisnes biasa pun dalam 10%-30% jer sebulan jadinya jangan la nak expect 100% return dalam masa sebulan dalam forex ni (walaupun boleh buat).

Aku ada lagi 2 akaun lain guna broker lain yang aku trade jugak menggunakan teknik yang sama (return rate tinggi sikit tapi tu pun sebab modal kecik giler USD10 hahaha). At least aku takde la tertumpu kepada 1 akaun semata-mata. Itu yang menariknya pasal forex ni, kita boleh scale up or down bergantung kepada kita punya plan, tapi kena ada plan la. Kalau trading takde plan tu macam kita pergi kedai mesin kuda 20 sen la yang kita masuk bawak RM10, kat dalam tu kita untung sekejap 100% dapat RM20 lepas tu dua jam lepas tu habis terus RM20 tu tinggal kosong bila keluar. Tu mujur contoh aku bagi RM10 jer, kalau RM1000? Apa pun tak boleh.

Apa aku dah merepek da..kita tengok pulak minggu depan nanti ye?

Ahad, 13 April 2014

Mencuba Broker InstaForex

10:02 PG 1
Aku ni bukan jenis yang kalau guna satu brand aku akan terus guna brand tu jer. Aku tak suka sangat terikat dengan cara tu. Walaupun sebenarnya kadang-kadang tu adalah lebih baik kita setia dengan yang satu, tapi untuk setia dengan yang satu tu kita kena membuka mata melihat pilihan-pilihan lain supaya kita lebih menghargai pilihan yang kita dah buat tu.

Setelah 2 minggu cuba menghubungi wakil Instaforex yang katanya ada ofis berdekatan dengan ofis aku tapi takde jawapan, aku akhirnya berwhatsapp dan dapat jawapan daripada wakil tu. Tujuan asal aku sebenarnya nak masuk kelas Forex diorang (aku ni memang daripada dulu sampai sekarang seminar junkies, aku suka duk pergi dengar seminar, webinar sebab aku suka nak tahu benda-benda baru). Kelas diorang pulak aku baru jer bulan lepas terlepas. Ofis diorang pulak dah pindah kat KL sana (Ofis aku kat Seri Kembangan). Bila aku dapat tahu yang untuk masuk kelas diorang, kena depo sekurang-kurangnya USD500. Terus aku tak jadi la nak register kelas diorang tapi aku tetap bukak akaun la sebab aku perlu tahu apa bezanya broker InstaForex yang digembar-gemburkan hebat ni.

Apa pun aku tetap bukak akaun standard dengan InstaForex ni hari Rabu lepas (aku tak tahu aku register under affiliate siapa, mungkin IB Insta tu la kut). Aku bukak akaun standard sebab akaun Eurica (takde spread tapi ada cas komisyen) aku tengok cam pelik dan lagi tak paham jer.

So macam ni ler rupanya client cabinet InstaForex:

Akaun InstaForex aku
Kalau korang tengok screenshot kat atas, memang aku dah start trade dah pun. Modal aku USD20 jer. Deposit rate kalau local depo agak tinggi sikit dari LiteForex, Depo 1 USD= RM3.60, Withdraw 1USD=RM3.25 tapi setakat USD20 berapa la sangat. Apa pun, aku guna Neteller untuk depo sebab aku ada plan lain untuk projek ni sebenarnya. Tu aku share kemudian lah. Bagusnya team InstaForex ni lepas jer aku register diorang kol aku untuk introducekan diri diorang tanya khabar semua. Aku register XM hari tu ada jugak, siap ada akaun manager lagi sedia memberikan bantuan. LiteForex aku register dulu takde pulak orang kol aku, aku jumpa sifu aku baru la aku kenal sikit-sikit staf diorang kat Malaysia ni. Cumanya kalau kol selalu-selalu sangat (nak mintak depo ler tu selalunya) naik menyampah pulak macam telemarketer duk kol-kol nak jual barang/membership/insuran tu. Apa pun, masing-masing ada kelebihan dan cara kerja masing-masing.

Cukup la cerita perbandingan ni. Kita sambung kembali dengan akaun trading InstaForex. Akaun standard yang aku register aku pilih yang ada 5 decimal (boleh pilih yang 4 kalau malas nak tengok 5 ni panjang sangat). Rupa-rupanya spread untuk trading memang dah fixed, takde yang floating. Contoh macam aku yang trade GBP/USD sahaja (buat masa ni), spread dia untuk 5 decimal price adalah 30. Bagi aku kira okaylah, kalau floating spread untuk GU di LiteForex pun antara 15-30 bergantung pada masa, selalunya 20-25 camtu la. Bagi aku yang trade kecil-kecilan ni berapa la sangat.

Akaun verification pulak rupanya optional. Aku tak pasti apa kelebihan bila akaun dah verify sebab berdasarkan apa yang aku faham, even kalau tak verify lagi pun boleh jer nak trading. Kalau LiteForex kalau tak full verify, tak boleh bukak akaum PAMM langsung.

Aku dah trading 2 hari, baru aku perasan rupanya aku boleh claim bonus 30%. Kena buat manual rupanya. Kalau broker XM automatik 30% bonus, broker LiteFX pulak automatik 30% untuk akaun lite sahaja. So daripada USD20 aku dah meningkat equiti jadi USD26. So total equiti aku campur untung trade sampai jumaat lepas dah jadi USD30.

Aku cam kagum sekejap bila aku nampak ni:

Senarai server InstaForex
Punya la banyak server trading InstaForex ni. Aku belum alami lagi requote atau busy ke sebab baru 3 hari trade tapi memang trading order cukup pantas.

Komen aku cuma pada login jer la, kena login guna trading akaun number dan password. Bila dah lebih 5 minit nak kena login balik semula. Leceh sebab aku dah terbiasa bila dah login malas nak relogin balik biar jer terbukak. Lepas tu akaun management dia lain sikit, mungkin aku belum biasa lagi.

Tu jer la untuk review aku menggunakan broker InstaForex. Ada banyak lagi aku boleh tulis tapi aku simpan untuk lain kali lah. Masih lagi cuba PAMM system dengan ForexCopy. Boleh tengok performance trade aku tanpa censored di widget bawah ni:


Okaylah, aku nak eksperimen benda lain pulak.

Sabtu, 12 April 2014

Update Trade Minggu Ke-2 April 2014

9:46 PTG 0
Sekejap je dah 2 minggu berlalu. Kalau aku tulis banyak-banyak pun pasal cerita minggu ni bukannya korang nak baca pun kan? Mesti korang just nak tahu apa keputusan trade jer. Macam zaman sekolah la, orang bukan nak tahu apa ko buat sebelum exam tu sama ada rileks je sebelum exam atau last minit punya study, yang penting orang nak tengok apa keputusan exam jer. Itu jer matlamatnya. So keputusan minggu ke-2 trade aku adalah seperti berikut:

PAMM Account 128869 LiteForex
Minggu pertama aku ada la sedikit untung, bila masuk minggu ke-2 aku telah mengalami kerugian. Semua ni gara-gara price tak sampai kat TP pada hari Jumaat walaupun aku dah adjust sebab aku dah perasan price dah tak boleh naik ke atas. Currency GBP/USD minggu lepas naik tak ingat punya, entri-entri kecik aku jer yang mengena, entri bersaiz besar sikit semuanya terlepas. Nak kena cuba untuk modify sikit trading strategi aku kalau strong trend macam minggu lepas. Oh ye, aku hanya trade currency GBP/USD sahaja. Aku takde nak campur-campur currency lain macam kebanyakan trader aku tengok buat. Aku pernah cuba nak mempelbagaikan currency dalam satu trading account tapi jadi macam serabut pulak aku rasa. Apa pun, aku ada satu akaun hanya fokus trading EUR/USD sahaja, ada sebab kenapa aku trade currency tu sebab dia punya stop level GBP/USD lagi tinggi daripada EUR/USD. Aku citer dalam ni pun bukannya korang paham pun sebab aku tak expose pun lagi trading strategi aku..wahaha..

Cuba tengok akaun Lite aku (hit TP sebab price 4 decimal):

Akaun Lite di LiteForex
Kelebihan trade banyak akaun ni adalah akaun-akaun ni akan mempunyai keputusan berbeza-beza. Kalau yang sana rugi, yang kat sini untung. Keburukan ada banyak akaun ni, kepala jadi pusing la kalau tak manage betul-betul. Cara aku manage semua akaun ni, untuk setiap trade aku masuk ada 1 file excel yang dah siap rekod bila entri masuk, berapa pip nak TP, berapa SL, berapa maksimum margin boleh pergi dan yang paling utama, berapa banyak kerugian yang aku boleh tanggung. Cuma akaun Lite ni kalau tengok amaun kat atas ni, aku cuma baru untung USD5.67 jer pun. Aku masih ada lagi USD7.84 nak recover loss aku 2 minggu lepas.

Okaylah, sekian dahulu update aku MenjadiTrader. Entri aku yang seterusnya aku nak cerita pasal eksperimen terbaru aku menggunakan satu broker baru yang agak terkenal. Okaylah..selamat membaca.

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)