Sampai masanya untuk update apa yang telah berlaku sepanjang trading pada minggu yang baru berlalu ni. Kalau minggu lepas aku cakap pasal proses recovery kan? Proses recovery tu masih lagi belum selesai lagi. Aku sedang merangka plan untuk cut loss pulak sekarang ni. Mari kita lihat pula angka-angka hasil keputusan trading aku sepanjang minggu ke-3:
Akaun PAMM MenjadiTrader 144842 |
MenjadiTrader performance graph MQL5 |
Mungkin korang tak berapa nampak situasi sebenar betapa kompleksnya trading entri dan keadaan yang aku sedang tempuhi. Nah aku tunjuk pulak floating negatif dengan betapa serabutnya entri layer EUR/USD aku bila aku pergi mengada-ngada tak nak guna stop loss:
Screenshot Akaun PAMM MenjadiTrader 144842 (-VE Floating) |
Sekarang ni aku cuma tengah tunggu je price turun ke paras TP untuk aku cut loss dan buat setup trading yang baru. Nampak tak margin level aku masih lagi berada pada paras yang dikira selamat lagi (3000% kira selamat lagi, jangan bawah 300% atau lagi teruk bawah 100%). Kiraan-kiraan macam ni la yang sepanjang kelas Forex aku pergi tak pernah pun dititikberatkan selain daripada kelas advance yang LiteForex anjurkan (tiba-tiba pulak aku duk promote LiteForex pulak walhal aku datang kelas hari tu berapa kerat jer yang muncul..wakaka). Boleh hubungi aku ataupun lagi senang big boss atau mana-mana IB LiteForex Malaysia untuk tujuan tempahan kelas.
Apa pun, cara nak manage trading yang dah huru-hara ni perlukan masa dan pengalaman. Aku tak cakap yang cara aku trade ni bagus, kalau aku tetapkan pendirian gunakan stop loss, aku tak perlu pun nak lalui keserabutan yang aku tengah lalui ni. Itu yang lebih baik sebenarnya. Sekarang ni aku terpaksa melalui cabaran mental floating negatif sebab kalau market USD jadi semakin lemah, akaun trading aku ni memang berada dalam keadaan bahaya.
Okaylah, di harap dengan perkongsian aku di blog ini dapat memberikan satu perspektif baru bagi bakal forex trader ataupun kepada senior forex trader yang nak bagi komen atau kritikan membina. Aku hargai semua pembaca blog aku ni dan sentiasalah setia membaca blog aku yang tak seberapa ni.
4 ulasan:
Assalam.. nk tnya ...mna blajar main forex..
Wslm..aku lebih gemar kalau forex ni tak di buat main-main, anggap ianya satu aktiviti bisnes jadinya baru ada nilai di situ. Merata tempat boleh belajar sebenarnya, cuma perlu jawab soalan nak belajar percuma atau berbayar? Pilihan di tangan anda..
salam tuan, boleh saya dapatkan no.hp tuan ? boleh berkongsi ilmu & pengalaman..
Salam Long Daud,
Saya sebenarnya lebih selesa kalau berhubungan melalui FB atau Gmail. Boleh email saya di menjaditrader[at]gmail.com kalau ingin berhubung dengan saya secara terus. Kalau berdasarkan pengalaman saya, saya je yang selalu taip panjang-panjang berbanding mereka yang bertanya..huhu..
Catat Ulasan