MenjadiTrader

Sebuah Blog Mengenai Perjalanan Seorang Pedagang Matawang Online

LightBlog

Sabtu, 18 Oktober 2014

Update Trade Minggu Ketiga Oktober 2014

Hari ini merupakan hari lahir aku. Alhamdulillah, walaupun sebenarnya bukan hadiah hari lahir aku pun, bos kepada LiteForex Malaysia akan menghadiahkan aku USD10 ke dalam trading akaun aku sebab aku mempromosikan status post FB LiteForex Malaysia. Terima kasih bos!

Sampai masanya untuk update apa yang telah berlaku sepanjang trading pada minggu yang baru berlalu ni. Kalau minggu lepas aku cakap pasal proses recovery kan? Proses recovery tu masih lagi belum selesai lagi. Aku sedang merangka plan untuk cut loss pulak sekarang ni. Mari kita lihat pula angka-angka hasil keputusan trading aku sepanjang minggu ke-3:

Akaun PAMM MenjadiTrader 144842
Kalau minggu lepas langsung takde close profit yang berjaya didapatkan, minggu ke-3 ni aku berjaya mencuri sikit profit yang agak selesa daripada keadaan pasaran EUR/USD dan GBP/USD yang sedang mengalami correction katanya. Nampak macam banyak kan tapi...

MenjadiTrader performance graph MQL5
Hasil bertrading menggunakan calculated hedging dan pertahanan margin level, aku berjaya meningkatkan balance aku ke paras USD30,000. Nampak tak garisan hijau tu, duk berfloating negatif pada paras yang lebih tinggi daripada minggu lepas. Aku sekarang ni duk manage floating negatif ni jer la dah aku pergi padamkan stop loss point aku. Entri negatif aku yang hari Isnin minggu lepas duk ada lagi ni. Mujur jugak aku tak ambil approach full margin dalam trading, kalau tak memang dah kena Margin Call atau Stop Out dalam market EUR/USD dengan GBP/USD yang menggila sekarang ni. Salah satu akaun aku sekarang ni dah drawdown 50% daripada total equiti dan kredit, tengah kusut sama ada nak cut loss awal atau nak ikut cut loss plan.

Mungkin korang tak berapa nampak situasi sebenar betapa kompleksnya trading entri dan keadaan yang aku sedang tempuhi. Nah aku tunjuk pulak floating negatif dengan betapa serabutnya entri layer EUR/USD aku bila aku pergi mengada-ngada tak nak guna stop loss:

Screenshot Akaun PAMM MenjadiTrader 144842 (-VE Floating)
Walaupun korang nampak serabut giler entri-entri layer aku, tapi aku dah calculate dah point cut loss aku kat mana dan berapa sebenarnya aku nak cut loss tu. Untuk trading setup dan cut loss plan aku ni, aku terpaksa guna 3 excel file sheet dengan formula yang berselirat tapi of course dah ada summary la untuk mencapai objektif utama TP cut loss.

Sekarang ni aku cuma tengah tunggu je price turun ke paras TP untuk aku cut loss dan buat setup trading yang baru. Nampak tak margin level aku masih lagi berada pada paras yang dikira selamat lagi (3000% kira selamat lagi, jangan bawah 300% atau lagi teruk bawah 100%). Kiraan-kiraan macam ni la yang sepanjang kelas Forex aku pergi tak pernah pun dititikberatkan selain daripada kelas advance yang LiteForex anjurkan (tiba-tiba pulak aku duk promote LiteForex pulak walhal aku datang kelas hari tu berapa kerat jer yang muncul..wakaka). Boleh hubungi aku ataupun lagi senang big boss atau mana-mana IB LiteForex Malaysia untuk tujuan tempahan kelas.

Apa pun, cara nak manage trading yang dah huru-hara ni perlukan masa dan pengalaman. Aku tak cakap yang cara aku trade ni bagus, kalau aku tetapkan pendirian gunakan stop loss, aku tak perlu pun nak lalui keserabutan yang aku tengah lalui ni. Itu yang lebih baik sebenarnya. Sekarang ni aku terpaksa melalui cabaran mental floating negatif sebab kalau market USD jadi semakin lemah, akaun trading aku ni memang berada dalam keadaan bahaya.

Okaylah, di harap dengan perkongsian aku di blog ini dapat memberikan satu perspektif baru bagi bakal forex trader ataupun kepada senior forex trader yang nak bagi komen atau kritikan membina. Aku hargai semua pembaca blog aku ni dan sentiasalah setia membaca blog aku yang tak seberapa ni.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam.. nk tnya ...mna blajar main forex..

Menjadi Trader berkata...

Wslm..aku lebih gemar kalau forex ni tak di buat main-main, anggap ianya satu aktiviti bisnes jadinya baru ada nilai di situ. Merata tempat boleh belajar sebenarnya, cuma perlu jawab soalan nak belajar percuma atau berbayar? Pilihan di tangan anda..

Unknown berkata...

salam tuan, boleh saya dapatkan no.hp tuan ? boleh berkongsi ilmu & pengalaman..

Menjadi Trader berkata...

Salam Long Daud,

Saya sebenarnya lebih selesa kalau berhubungan melalui FB atau Gmail. Boleh email saya di menjaditrader[at]gmail.com kalau ingin berhubung dengan saya secara terus. Kalau berdasarkan pengalaman saya, saya je yang selalu taip panjang-panjang berbanding mereka yang bertanya..huhu..

Tag

2014 (59) 2015 (33) 2016 (27) 2017 (21) 2018 (13) 2013 (11) 2007 (7) 2019 (6) 2020 (4) 2008 (3) 2006 (1) 2021 (1)